AURA 2

0 0 0
                                    

BIRU. Biru laut bercampur warna biru lembut.

Pertama kali aku lihat warna biru begini di ruang rawatan aku ni. kebiasaannya, warna biru ini agak kurang berlaku.

Aku ternampak seorang lelaki menyorok di sebalik dinding dan melihat seorang gadis yang juga pesakit di sini.

Dalam dirinya ada aura biru menyala-yala.

Aku menepuk bahunya.

"Allah! Oh, doktor ingat kan sapa tadi", katanya.

"Kau suka dia ke?", tanya ku jelas.

"Eh mana ada dokter...", terus belari masuk ke wad.

Aku masih memerhatikan auranya. Ingin sekali aku bertanya, kenapa aura awak biru?

hahahaha. mesti dia tak faham. Sebelum ini, aku tak tahu mereka ni ada perasaan sesama sendiri ...

Sampailah aku jadi 'stalker' mereka ni. ... Nampaknya si lelaki ni benar benar menyukai gadis tu .. dia memandang dan memerhati daripada jauh.. tapi kenapa aura biru?

Aku pernah nampak aura positif yang warnanya cantik daripada pasangan pasangan tua yang hidup harmoni dan sejahtera.. memang cantik aura mereka..

yang ni kenapa biru?
aku pun selidik la.. apa maksud warna biru ni... Biru adalah maksud warna kedalaman, kesetiaan, dan kepercayaan.

Ohhh!!!

Selama ini yang aku nampak aura warna warni tu ada maksud..

Baru tahu kekuatan diri sendiri.

"Doktor,... doktor cakap pasal apa?", tanya pembantu aku.

"Ada la. pasal aura.. aura awak hari ni tak ada.. mungkin sebab hari ni isnin.. awak penat ya?", tanyaku..

"haah doktor, mana doktor tahu?! saya memang tak suka doktor, hari isnin!!",..

'Esuk nak pergi stalk lagi .. warna aura ni boleh berubah ke?' detik hati aku.

-bersambung cerita fantasi aku-

Cerpen: Selagi Aku Masih AdaWhere stories live. Discover now