Janji Jadi Isteri 2

1 0 0
                                    

"Aku janji jadikan kau isteri aku. Yang",

"Nanti kita kawin, sayang nak anak ade berapa orang?",

Dahulu, aku selalu dengar ayat-ayat ni mesti hati aku akan terus mekar dan gembira. Ayat ni memang terus berdesup membuatkan diri kita terasai dicintai dan dihargai dan disayangi. Lebih-lebih lagi, ada yang sudi berkongsi hidup dengan kita sehingga hujung nyawa.

Siapa tak suka?

Begitu juga kakakku, dia menangis hari ni dan menceritakan semuanya kepada aku. Ada sekeping surat di tangannya. Gambar seorang lelaki bersama-sama dengan seorang perempuan. Dalam dakapan perempuan itu, ada seorang bayi yang comel.

"Ni tunang kau dulu ke kak?",

Kakakku mengangguk.

"Dia dah kawin dan dah ada anak pun.".

Aku terus memeluknya.
Pertama kali, dia menangis bersungguh-sungguh.

"Dulu, dia pernah janji dengan aku, untuk berkahwin dengan aku. Hampir berpuluh kali dia menyebut untuk jadikan aku isterinya.",

"Tapi apabila hari perkahwinan, dia tak datang pun. Masa tu kau di Jepun. Kak pun kawin senyap je. Tak bagitahu orang sebab duit tak banyak. Fikir nak akad sahaja. Malang, pengantin lelaki tak datang. Malu besar pihak keluarga kita."

"Ramai cakap dia tak bertanggungjawab, tak cintakan aku ambil kesempatan terhadap aku... tapi aku tak pernah rasa dia macam tu.",

"Tiap-tiap tahun, ada bungkusan bunga mawar putih dicat merah yang dihantar mungkin tu tanda daripada dia",

"Jadi, aku tunggu dia.",

"AKU TUNGGU JANJI JADIKAN AKU ISTERI",

"Dalam diam, aku hantar beberapa kawan untuk cari sosok lelaki itu. Sama ada dia masih hidup atau pun mati",

"Hari ni aku baru tahu dia sudah beristerikan wanita lain. Sudah punya anak juga.",

"Sudah 4 tahun aku tunggu dia. Jadi persoalannya siapa yang beri bunga ni?",

Telefon kakakku berdering. Panggilan daripada nombor tak dikenali.

"Assalamualaikum siapa ni?"
"Hello, siapa ni?"
Kakakku bertanya tidak ada jawapan.

Lalu kakakku matikan panggilan itu.

"Dik, mari kita siasat nombor ni.",

Dengan aplikasi truecaller boleh direct terus keluar nama pemanggil.
'Badrul'.

Mata kakakku terbuntang. seperti dia kenal sangat nama tu. Dia terus memanggil semula nombor tu. Call balik! Berkali-kali tidak diangkat.

"Kak, Badrul ni yang janji nak kawin tu ke?"

Dia mengangguk.

"Dia kan dah kawin kak... Tak mungkin dia kak..",

Kejap.

Kakakku seperi baru mendapatkan ilham dan mengeluarkan semua bunga ros yang dicat merah itu..

Digabung gabungkan.. ada mesej tersembunyi.. gambar hati.. patah hati..

"Kak. ni macam tanda bahaya ni kak.. ni bukan janji nak kawin ni kak.", kataku. Bulu mula meremang apabila memikirkan hal hal yang menyeramkan.

Kakakku terus meluru ke lua rumah setelah mendapat mesej dan aku cuba mencari kakakku sudah tiada dalam pandanganku..

Cerpen: Selagi Aku Masih AdaWhere stories live. Discover now