Cikgu Baju Ikan

0 0 0
                                    

SELANGKAH demi selangkah aku ke sekolah dengan semangat. Terima kasih pada Tuhan yang makbulkan doa yang ku pinta hampir setiap hari untuk menjadi seorang guru.

"Cantik langit hari ni", bisik hati.

Cantik

lagi

Takdir

bisik hati yang paling dalam.

Hanya aku dengan Allah taala yang tahu tentang takdir yang ditetapkannya. Pada umur 25 dan 26 ini kita akan diuji dengan karenah keluarga, rakan-rakan yang sudah bernikah, sahabat-sahabat yang sudah ada anak, adik-beradik yang asyik menikam pertanyaan tentang pekerjaan, samalah mak saudara dekat mahupu  jauh. Masing-masing mengupas cerita kita.

Hakikatnya kita dengan Allah taala sahaja yang tahu takdir kita.

Aku melangkah masuk kelas 1 Fattah. Kelas yang ditugaskan sepenuhnya menjadi seorang guru kelas.

"Stand up, everyone!"
"Assalamualaikum teacher!"

"walaikumussalam, sit down everyone"

"Thank You Teacher Ana"

"Hari ni siapa yang tidak hadir ya?"

"Fathi"

Aku pun berjalan lagi di tepi tepi meja murid murid tahun 1 Fattah. Rasa besar betul badan kita kerana badan mereka kecil kecil lagi. Paras-paras pinggang sahaja.

Tiba-tiba, ada seorang murid berkulit gelap, yang manis, memberitahu rakan sekelas dengan suaranya yang lantang.

"Teacher pakai Baju Ikan!"

Ya rabbana. Berdekah dekah rakan rakan dengan saya sekali. Baju ikan pun boleh, asalkan kamu rajin ke sekolah.

Apa yang budak nampak berbeza betul dengan orang dewasa nampak, masa mula melangkah sekolah ni, guard di depan menyapa oh cantiknya 

Bila masuk ke kelas, disebut baju ikan pula! bertuah betul Qisya Hamany ni!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 02, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerpen: Selagi Aku Masih AdaWhere stories live. Discover now