1 | Perancangan stereotaip

8.7K 502 103
                                    

|Sensei!|

We got married,
and suddenly in love.

🚲

WALID menatap aku garang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WALID menatap aku garang.

"Tengoklah anak dara awak ni Mariam, tahun depan nak SPM tapi masih tak habis-habis dengan kartun jepun dia tu,"

"Anime lah Walid," Aku membetulkan.

"Haa pandailah nak menjawab, pergi naik atas baca buku sekarang!"

Bibirku memuncung. "Lagi sikit je kaicho wa maid-sama ni nak habis, kejap lagi nanti Lea tutup."

Walid hanya menggeleng sahaja.

"Senang bagi Lea ni kahwin tau, dengar cakap suami... boleh lembutkan sikit keras kepala dia. Lagi senang kalau suami dia tu cikgu,"

Bila Umi memberi idea, Walid hanya mendengus perlahan. "Anak awak tu muda lagi tahu, nak kahwin apa nya?"

"Kita pun kahwin muda juga bang,"

Aku melihat sekilas langkah Walid yang berlalu sebelum fokusku kembali kepada Usui Takumi di dalam skrin. Entahlah, aku tak anggap serius pun tanggapan Umi. Tapi aku tak sangka pula ini yang akan terjadi walhal aku takdelah degil mana...

AKU memakai tudung bawal hitam yang aku sudah siap gosok dan sangkut awal-awal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


AKU memakai tudung bawal hitam yang aku sudah siap gosok dan sangkut awal-awal. Dengan patuh aku menurut kata Umi untuk ke ruang tamu berjumpa dengan mak cik Salmah. Sebaik sahaja aku melangkah turun, aku terpandang mak cik Salmah dan anak lelaki dia. Aarif.

Aku menyalam tangan mak cik Salmah, dia sudah biasa ke sini tapi bersama anak dia? ini adalah kali pertama. Aku perasan dari ekor mata yang Aarif sedari tadi menghadap handphone. Dia tak sudi nak pandang aku dan dia ingat aku hadap sangat dengan muka dia? selalu kalau umi suruh aku bagi makanan dekat rumah sebelah pun aku malas nak pandang muka dia. Dia tanya pun aku hanya angguk sahaja.

Sensei | Husband Next Pintu (e b o o k)Where stories live. Discover now