6 | Scent of jealousy

4.8K 433 62
                                    

|Sensei!|

We got married,
and suddenly in love.

🚲

SEBAIK sahaja kereta ku matikan enjin, aku mengorak langkah ke kantin sekolah. Ada segelintir pelajar tingkatan lima yang berada disana. Seperti yang diberitahu padaku semalam, kerana program mentor mentee yang telah bermula sejak dua minggu lepas. Disebabkan aku guru matematik, hari ini adalah giliranku sebagai tenaga pengajar.

Aku berdiri memerhatikan pelajar-pelajar yang sedang sibuk belajar. Tapi sekejap sahaja sebelum aku mengalihkan pandangan dekat Arleana yang diajar oleh Syed irfan. Aku pelik juga sebenarnya, sebab staf sekolah letakkan Irfan sebagai mentor matematik Arleana.

Kenapa tidak beri kepada pelajar perempuan yang lain sahaja?

What have gotten into me?

Kenapa aku rasa lain, tak senang duduk dengan melihat keakraban mereka berdua. Eleh Aarif, macam girlfriends kau jenis tak melayan lelaki. Benakku membentak,

Tapi, Arleana bukan jenis ramah begitu. Selama aku kenal dia, aku sudah cukup faham cara dia. Eh, perlu ke aku jadikan isu buat masa sekarang ni?

Segera wajah aku kalihkan, tapi sekejap cuma sebelum retina mata kembali pada wajah tersebut. Arleana terlihat tekun, anak matanya tidak sesaat pun berkalih pada wajah Irfan yang sedang mengajar.
Lantas tanpa terduga, langkahku menuju ke arah mereka. Lebih dekat memerhatikan mereka, melihat bagaiman cara Irfan mengajar.

Arleana mendongak merenung aku kejap, aku pandang kertas kerja mereka sebenarnya tapi dari ekor mata, aku nampak perbuatan dia sebentar tadi.

Hm,

Not bad juga cara Irfan mengajar. Tapi aku masih tak boleh terima... kenapa dia yang menjadi tutor Arleana? Jemari aku kepal,

Terasa ralat dengan diri sendiri—

Ini boleh dikategorikan sebagai cemburu ke?


◆◆◆

HALWA telinga mendengar nyanyian merdu seorang gadis. Usai menyarung kasut, tubuhku bergerak menuju ke arah suara yang didengari.

Dapat aku lihat Arleana yang sedang menyidai pakaian.

Bibirku ternaik dan aku berpeluk tubuh memerhatikan dia.

"Let's go crazy, crazy, crazy till we see the sun. I know we only met but let's pretend it's love, and never never never stop for anyone. Tonight let's get some —"

"And live while we're young,"

"Pfft,"

Tidak mampu tidak, tawaku terhambur perlahan. Arleana yang leka menyanyi terus sahaja terhenti. Tubuhnya terpusing menghadapku, sedikit terbuntang mata dia.

"Cikgu mengintai ke apa?"

Segera tanganya didepangkan menghalang ampaian. Atau mungkin pakaian dalam, ceh! Ingat aku teruk sangat ke?

Kedua tangan aku masukkan ke dalam poket seluar.

"Nak mengintai apa, setakat kartun-kartun je atas tu..."

Sensei | Husband Next Pintu (e b o o k)Where stories live. Discover now