8 | Breakup

4.6K 363 63
                                    

|Sensei!|

We got married,
and suddenly in love.

🚲

HARI minggu kali ni, aku tekad dan— be a real man dengan memberitahu mak kehendakku yang aku mahu percepatkan tarikh kahwin. Seminggu aku berfikir dan aku yakin, aku mahu memperisterikan dia.

"Mak, Aarif dah fikir masak-masak biar percepatkan tarikh kahwin tu jadi bulan depan terus,"

"Eh?" Mak capai air dalam gelas.

"Kau mimpi apa semalam tiba-tiba tak ada angin, tak ada ribut nak kahwin cepat-cepat. Ingat sikit umur jarak kau dengan Lea tu berapa. Dia nak SPM. Jangan nak main-mainlah Rif,"

Garpu kuletak dipinggan.

"Ni bukan kaitan dengan mimpilah mak, mimpi basah tu selalu lah tapi... Kan elok kalau percepatkan benda baik. Halalkan yang haram,"

"Pandailah kau bercakap,"

Kepalaku diluku.

"Alah, sebelum ni mak yang beria nak kahwinkan kita orang. Bila Aarif nak cepatkan, tak bagi pula—"

"Dah tak payah mengada. Mak pelangkung kau karang," mak masih meneruskan makan.

"Mak, Aarif tak main-mainlah. Aarif sungguh ni nak cepatkan tarikh tu. Dah selalu sangat jumpa Lea dekat sekolah, hantar lepas tu ambil dia sekolah... Keluar berdua. Aarif ni lelaki, mak jangan lupa. Ingat Aarif tak rasa apa-apa ke dekat dia, even budak pun,"

Bila aku bagi jawapan jujur mak sekali lagi meluku kepala aku. Lengan aku turut dicubit,

"Kau dah gatal sangat sampai tak sempat tunggu Arleana 18 tahun?"

Aku terus mengangguk tanpa teragak-agak.

"Alah, bolehlah mak. Bincang dengan makcik Intan suruh cepatkan tarikh, mak cakaplah apa-apa sebab pun tapi jangan cakap yang Aarif suruh,"

Bila mak membebel, aku senyum tipis. Aku suruh mak bagi alasan tanpa perlu kata aku yang meminta tarikh dipercepatkan.

Well, aku lelakikan? Mestilah nak menangkan pride and ego sedikit.

Lagi-lagi kalau Arleana dapat tahu. Malu lah aku nanti.

"Arleana nak SPM lah Rif, mak tak setuju.
Tunggu tahun depan jelah,"

Aku mendengus lelah. "Kita orang buat sepakat untuk bertunang sampai setahun. Kalau ikutkan, bulan depan genap setahun then putus—"

"Mak tahu kan Arleana tu bukannya suka Aarif pun, mestilah dia setuju."

Mak mengeluh. "Habis tu Aarif tiba-tiba nak kahwin ni kenapa? Suka dekat Arleana?"

Lambat-lambat aku mengangguk. Tengkuk aku usap,

"She's different,"

"Mak tak percaya, kau awek bertukar tiap minggu. Suka dekat Arleana dalam masa singkat macam ni? Peliklah mak,"

"Mak ni, dulu kemain nak jodohkan kami. Ni Aarif dah terlanjur suka—"

"Kalau betul Aarif serius. Putuskan hubungan dengan semua teman wanita Aarif malam ni juga,"

Dua saat aku menatap mak.

"Baru mak yakin untuk benarkan kahwin,"

Lantas telefon di atas meja aku capai sebelum aku mendail nombor Amira. Beberapa minit kemudian panggilanku diangkat.

Sensei | Husband Next Pintu (e b o o k)Where stories live. Discover now