5 | I have a fiancee-

6K 404 46
                                    

|Sensei!|

We got married,
and suddenly in love.

🚲

TERKELIP-KELIP mataku kala tawa dia terhambur. Keningku juga bertaut rapat, merenung bingung Aarif yang bagai dirasuk.

"Kau percaya ke?"

Dengan tawa yang masih tersisa, dia menyoal lagi.

"First time orang confess ke apa? Kau patut tengok muka kau dekat cermin tadi,"

Aku mengetap gigi. Tak guna, aku hampir-hampir putus nafas sebab luahan dia. Sekadar gurauan rupanya!

"Lea tak percaya pun, cuma... Pelik. Orang tua macam cikgu suka budak sekolah, it's just weird. So that's why,"

Mengendahkan raut cemberut dia, aku hanya berlalu melepasi dia dengan sedikit senyuman tipis. Heh! Nak kenakan aku konon.

"Aku belum tua lagi lah,"

Dia kembali membontotiku. "Lea, jom main game,"

Satu keningku terangkat merenung Aarif.

" Catch me if you can,"

Tanpa aba-aba Aarif terlebih dahulu berlari. Dan aku masih statik, menatap kosong.

"Oh, come on—"

"Kejarlah Lea, jangan boring sangat... "

Aku mencebik.

"Okey, Lea dapat cikgu siaplah nanti. Lea tolak dalam air,"

Sejurus itu aku terus mengejarnya. Kami mula berlari berkejaran seindah bunga ditaman. Eh? Itu lirik lagu.

Aku menjadi pengejar dan Aarif pelarinya. Disebabkan pakai kain, aku tersungkur dan terjatuh dengan kedua lutut bertemu pasir pantai. Tapak tangan aku tahan agar tidak jatuh tersembam di pasir. Nasib baik keadaan aku jatuh ni masih terlihat ayu.

Aku lantas bangun dan menepuk-nepuk pasir di telapak tangan dan baju yang turut terkena. Aku memandang Aarif dengan sebal.

Boleh dia gelakkan aku? Sudahlah wajahku kian berbahang kini. Berapa ramai agaknya yang lihat aku jatuh tadi. Terbantut mahu mengejar... Aku terus berpatah balik ke tempat duduk kami tadi dan meninggalkan Aarif disitu yang ralit ketawa. Reaksi dia lagi menambahkan malu aku, tidak mampu tidak. Aku sedikit tertunduk.

Malu. Menjadi perhatian tak semena-mena,

Itulah, serve me right.  Mungkin kerana aku terlalu leka terus dapat hukuman jatuh, itu  sebagai penanda untuk aku sedar tentang sesuatu. Lain kali aku kena behave, Ikhtilat pun kena jaga,

Sudahlah kami ni dikira berdua-duaan tapi masih bernasib baik. Di khalayak ramai lagi,

Retinaku memerhati Aarif yang berjalan di gigi air, sesekali dia merendam kaki dia ke dalam air laut. Sambil berjalan, sambil ditendang-tendang lembut air laut tersebut.

Terpandang kasut dia di sebelah kaki aku berada, menimbulkan niat jahat dihati untuk membuang sepasang kasut milik dia. Biar tinggal sebelah... tapi belum sempat aku bangun dan bergerak, aku ditegur seseorang.

Sensei | Husband Next Pintu (e b o o k)Onde histórias criam vida. Descubra agora