9 | Kursus kahwin

4.9K 388 85
                                    

|Sensei!|

We got married,
and suddenly in love.

🚲

MUKA aku ditenung tajam, kalau nak disamakan dengan hujung mata pisau. Malah, pisau pasti lebih tumpul. 

"Minggu depan kita pergi kursus kahwin,"

Aku anggukan kepala. Tali pinggang keledar aku tarik dan aku buka keluar dari tubuh.

"Terima kasih,"

"Cikgu cakap terima kasih sebab Lea setuju?"

Melihat dia angguk, aku terdiam. Nak jadi pembangkang untuk perkahwinan ini, aku tahu aku akan kalah sebelum berdebat.

Nak lari rumah? Oh, terlalu drama. Mahu tak mahu, aku mesti akan hadap. Seperti biasa— terpaksa.

"Lea setuju sebab umi juga, lagipun perkahwinan kita ada tempoh kan?"

Tanpa mendengarkan jawapan Aarif, aku terlebih dahulu sudah  keluar daripada kereta.

◆◆◆

WALAUPUN kornea mata tekun menghadap Tv. Jujur, roh aku sudah merayau dari jasad.  Asyik terkenang dengan persetujuanku.

Eh, aku seorang sahaja ke yang rasa perkahwinan kami ni tak masuk akal?

Nonsense!

"Kau tengok drama apa ni dik?"

Entah dari mana Melissa muncul. Alih-alih sahaja sudah berada di sofa sebelahku.
Bantal kecil di sisi aku ambil dan diletak di atas peha.

"Entahlah, member-member semua cakap best... try lah nak layan jugak,"

Aku hanya berbasa-basi sedangkan fokusku tidaklah pada drama di dalam televisyen tersebut.

"Tak best... sebab cerita ni adaptasi novel. Baca novel kita punya bayangan tu lain,tapi cerita jadi lain. So, macam merosakkan jalan cerita yang tak sepatutnya. Ada novel best tapi jadi drama tak best. Novel tak best tapi jadi drama best pula, popular pula tu... cara pengarah dia bayangkan situasi tu kena penting, kalau tak... tak best tak payah tengoklah jawabnya,"

Terus sahaja remote dicapai dan channel ditukar kepada Animax.

"Aku tak sangka, kau dah nak kahwin dik—"

Aku toleh pandang Melissa sekejap dan senyum tak ikhlas ku beri.

"Aku pun tak sangka,"

"Aku ingat kahwin paksa ni cuma wujud dalam novel dengan drama je Mel. Tak sangka pula, aku pun kena. Dengan umur aku yang muda pula tu,"

"Tapi kau tak kena paksa kan?"

"Huh?" Soalku bingung.

"Tak siapa paksa kau setuju tapi kau yang terima sendiri dik. Kes kau ni macam Hara tau. Dilema dalam hal ni, ikutkan bunyi macam paksa tapi dia sendiri yang setuju sedangkan perkataan tak setuju tu tak pernah pun sesiapa halang,"

Bibir bawah aku gigit. Kuku aku lagakan,

"Kak Hara dengan Angah kahwin macam Lea ke?"

"Taklah, Angah yang pinang dia tapi dia bagi Hara tempoh untuk bagi jawapan dan Hara sendiri pilih takdir dan jodoh dia dengan memilih setuju. Sekarang ni nampak dia bahagia... terpancar kebahagiaan, anak pun dah nak masuk tiga,"

Sensei | Husband Next Pintu (e b o o k)Where stories live. Discover now