4 | Aku suka kau

4.2K 347 33
                                    

|Sensei!|

We got married,
and suddenly in love.

🚲

MATHEMATICS ialah waktu terakhir kelas untuk hari ini. Tidak boleh tidak, guru yang mengajar masih Aarif minhat.

Jujur sebenarnya subjek yang bukan menjadi kesukaanku ialah Math sendiri. Ditambah pula dengan guru yang mengajar, lagi menjadi-jadilah rasa tidak minat itu. Nasib baik Aarif jarang memanggil aku untuk menjawab dekat papan hitam,

Mungkin kelebihan bertunang?

Crap,

Dengan tahun ni SPM, sedikit tertekan yang aku rasakan.

Seperti biasa, aku insan yang sentiasa lambat macam kura-kura semestinya menjadi pelajar terakhir yang keluar daripada kelas. Tapi suara deheman di hujung sana membuatkan aku menoleh,

"Eh, cikgu tak balik lagi?"

Tiada respon. Hanya langkahnya sahaja yang semakin merapati, renunganku sepenuhnya terhala pada dia. Jaraknya kian dekat denganku,

"Hari ni balik dengan aku. Tunggu dekat tempat biasa,"

Mendengarkan itu, aku kembali mengezip beg sekolah.

"Tahu, umi dah pesan tadi..."

"Okay good. Jom turun sama, "

Berkerut kedua keningku. Dia bukannya tidak tahu tahap populariti dia dekat sekolah ini. Well, cikgu paling muda dan ada rupa. Kalau aku turun bersama nanti, dan tiba-tiba terserempak guru lain. Mahu terpalit gosip selama tiga hari berturut-turut, atau mungkin lebih.

Sebab guru dan pelajar bercinta, bukan asing lagi di zaman milenium.

Lama aku menyepi, akhirnya Aarif bersuara.

"Aku nak kau bawa buku yang Afnan dah kumpul tadi, letak dalam kereta aku then kau tunggu dekat tempat biasa,"

Pantas aku mengangguk faham. Mentang-mentang dia cikgu, tak habis-habis mengarah. Tak tunggu lama, beg aku sarung dan buku latihan atas meja guru aku ambil sebelum aku membontoti Aarif dari belakang.

◆◆◆

PUNGGUNG aku labuhkan di bangku tempat biasa. Tempat ini bukanlah jauh sangat cuma agak terlindung dari mata-mata pelajar lain. Jam di tangan aku tilik, kenapa lama sangat Aarif ni? Sudahlah cuaca panas terik, mahu tidak mahu aku mengipas wajah dengan tangan sendiri.

10 minit menunggu, akhirnya vios coklat berhenti di hadapanku. Tanpa berlengah lagi, aku terus membolos di dalam kereta tersebut. Nasib baik tingkap kereta Aarif jenis gelap. Jadi agak terlindung dari mata-mata pelajar yang masih menunggu di bus stop,

Inilah padah yang kami kena tanggung di atas pertunangan rahsia kami-

Usai berada di dalam kereta. Benda pertama yang aku lakukan ialah mengeluh panas. Walaupun dalam kereta dia ada penghawa dingin. Tapi bahang panas mentari sebentar tadi masih terasa. Aku pantas kembali mengibas wajah,

"Panas ke?"

Aku mengangguk perlahan. " A bit, "

Aarif merenungku sekilas sebelum menaikkan suhu aircond di keretanya.

Sensei | Husband Next Pintu (e b o o k)Where stories live. Discover now