10 | Durex

6.8K 449 63
                                    

|Sensei!|

We got married,
and suddenly in love.


🚲

SEMINGGU cuti sekolah dan dalam tempoh itu aku pulang ke Johor untuk raikan majlis pernikahan kami.

Aku bermalam di rumah nenek dan mak juga turut serta. Kecuali Aarif yang ditempatkan di homestay keseorangan. Katanya kalau selalu jumpa sebelum akad, takut hilang seri nanti.

Apo!

Tak menyempat betul majlis. Sudahlah aku terpaksa tidak hadir tuisyen sepanjang cuti ni.

"Hisy termenung apa tu Lea, sini cepat pakai inai..."

Terasa lambat langkah kaki ini bergerak. Tiba di ruangtamu, aku bagaikan puteri yang dilayan oleh dayang-dayang. Riuh malam ini hanya untuk aktiviti memakai inai sahaja.

"Kalau ada Aarif ni mesti lagi seronok," mak  bersuara.

"Itulah, nak buat macam mana. Takut hilang seri pengantin,"

"Yang Lea ni tak tunggu habis SPM dulu kenapa? Entah-entah dah bunting..."

Berkerut aku memandang Maklang yang tiba-tiba sahaja mencelah. Inilah contoh makcik-makcik bawang di Malaysia.

"Mulut kau ni nak kena penampar aku ke? Orang muda nak bina masjid dah dikutuknya bukan-bukan. Mentaliti macam nilah yang lagi menggalakkan dia orang buang bayi tak bersalah,"

Maklang mencebir dan mula membebel sendirian. Aku pula hanya jadi penonton setia sahaja. Dan sekarang ini bila semua bangkit, aku hanya mampu mengeras seperti tunggul.

Nak bergerak pun leceh!

"Psst,"

Aku berkerut dahi. Laju kepala ini tertoleh ke arah tingkap. Inilah padahnya bila duduk hujung pintu malam-malam macam ni. Entah bunyi apa yang aku dengar, takut-takut anak mataku melilau melihat sekeliling.

"Psst–" bunyi itu lagi.

"Woi, aku dekat sini lah..."

Anak mata aku kecilkan. Terpandangkan satu figura yang aku kenali, retinaku mula membesar. Aku beristighfar kecil,

"Dah kenapa macam ju-on dekat luar ni?" Bisikku.

Aarif hanya angkat bahu.

"Kan mak tak kasi ada sini sekali?"

"Aku bosan—"

Haila. Kalau tangan tak berinai, mesti dahi sudah aku tepuk.

"Mengada eh langgar pantang larang,"

"Umi, Mel nampak kucing jantan dekat luar tu. Pergi ambil penyapu cepat,"

"Nak buat apa dibantai kucing..."

"Kucing jadian mak cik Salmah, tu–"

Kini, semua mata mula tertumpu pada tempat Aarif berada. Aku sembunyi tawa,

Padan muka!

"Ya Allah budak bertuah!"

"Aarif tak nampak sangat pun Lea. Gelap ni, bosanlah mak–"

"Balik!"

"Tak menyabar betul," mak berleter lagi.

Dapat aku dengar tawa sanak-saudara yang ada di ruang ini. Pipiku terasa kebas,

Sensei | Husband Next Pintu (e b o o k)Where stories live. Discover now