HB ‼️ 8- Air Terjun

53 6 0
                                    

Bunyi desiran air terjun yang sayup - sayup kedengaran dari jauh . Terus sahaja mereka mencari bunyi desiran itu dengan segera .

Semak - samun yang menghalang laluan mereka ditebas oleh Shah yang memegang parang itu . Nasib masa mengemas dalam dorm hari tu , hatinya tergerak mahu bawa parang.

Akhirnya mereka menjumpai air terjun . Mereka semua mengucap syukur . Harraz menurunkan Hana di belakangnya . Hana turun dengan perlahan . Liya membantu sama .

"Aku , Shah dan Daniel akan pasang khemah dengan sini . Hana , Syareena , Dina dan Liya akan pasang khemah dekat seberang sana tu"

Mereka semua menggangguk . Para gadis bergerak ke seberang manakala yang lelaki memasang khemah di situ .

"Okey macam ni . Memandangkan kita ada dua khemah , so aku dengan syareena satu khemah , Liya dan Dina korang satu khemah eh" Kata Hana .

"Okey" Balas Syareena .

Dina dan juga Hana hanya memerhati Liya dan juga Syareena memasang khemah . Nampak sangat macam tak pernah berkhemah . Nak pasang
khemah pun tak reti .

Mahu menolong tidak boleh . Mereka berdua sakit tapi tak ada lah sampai tahap kronik . Syareena yang mengarahkan dua orang itu duduk dan tengok sahaja .

"Sya , macam mana nak pasang eh?"
Kata Liya yang jelas bingung itu .
Syareena mengangkat bahu tanda tidak tahu juga .

"Saya pun tak tahu juga . Ni first time
saya pasang khemah tau" Balas Syareena pula sambil cermin mata bulatnya itu dibetulkan sedikit.

Liya mengeluh perlahan sebelum pandangan jatuh pada khemah besar yang telah siap dipasang oleh tiga orang jejaka yang hot itu .

"Hmm macam mana kalau ..... " Ujar Liya seraya memandang wajah Syareena dengan riak nakal . Syareena yang faham akan apa yang dikata oleh Liya menggangguk laju .

"Woii ! Sapa yang rasa diri dia tu gentleman , Mari lah tolong pasang khemah untuk ladies ni !!" Jerit Liya kuat .

Harraz , Daniel dan Shah saling berpandangan sebelum ketawa mereka kedengaran kecuali Harraz yang hanya mempamerkan senyuman sinis.

"HAHAHAHAHHA ! Pasang khemah pun tak reti ke?" Jerit Daniel di sebarang sana dengan kuat seraya ketawa kuat .

Kedengaran seperti mengejek pun ada . Para gadis sudah menahan geram . Dina yang tidak dapat menahan marah terus berdiri disertai dengan Hana di sisi. 

"Woii aku dengan Hana reti pasang eh ! Sebab kitorang sakit je tau . Kalau
tak sakit dah lama dah kitorang pasang . Kalau tak nak tolong tu , cakap je lah !!" Jerit Dina pula dengan lagak tomboy dia tu . Syareena dan Liya bercekak pinggang tanda geram
dengan tiga orang lelaki itu .

Harraz berdehem membetulkan suaranya . "Shah , kau pergi cari kayu api . Biar aku dengan Dani pergi tolong pasang khemah kat sana tu"

"Beres bosskur !" Shah mengambil parangnya lalu bergerak masuk hutan bersama dengan lampu suluh dibawa bersama . Jam tangan ditilik Shah .
Sekarang dah pukul 6:30 petang . Baik dia cepat cari sebelum malam menjelma .

Harraz dan juga Daniel berjalan
menghampiri 4 orang gadis itu . Dina merenung tajam kedua - dua lelaki yang menghampiri mereka berempat .

"Aik ! Tadi bukan main gelakkan kitorang . Ni dah kenapa datang sini ?" Ujar Dina keras . Hana sengih sinis apabila matanya bertembung dengan mata hitam pekat milik Harraz .

"Nak tolong lah . Nasib lah kitorang ni gentleman , kalau tak tidur lah korang dekat atas rumput ni atau dekat atas batu besar dalam air tu" Kata Darius dengan nada mengejek .

Dina mengepal penumbuknya .
"Nasib aku sakit . Kalau tak lebam pipi kau tu"

Daniel menjelir lidah kepada Dina yang jelas menahan amarah itu . Liya dan Syareena sudah ketawa melihat pergaduhan antara Dina Tomboy dan juga Daniel acah hensem .

Liya membantu Harraz yang sudah ingin menegakkan khemah itu .

"Mula - mula gaduh , lama - lama cinta !" Sampuk Liya selamba sebelum ketawa lucu apabila Dina membaling ranting kayu ke arahnya . Daniel hanya senyum penuh makna .

"Dah lah . Sya, meh tolong aku pasang khemah kau ni" Kata Daniel . Syareena menggangguk lalu menghampiri Daniel yang sudah mencangkung itu .

"Dina , awak jangan jealous pula eh"
Gurau Syareena bersama dengan ketawa kecilnya . Dina menjeling tajam. Hana di sebelah hanya mampu
menahan ketawa sahaja apabila memandang wajah Dina yang kelat itu .

                     

                           ...........

Beberapa kayu api yang berada di atas tanah segera dikumpul oleh Shah . Tali halus yang dibawa tadi diikat pada kayu itu . Senang mahu angkat nanti . Shah mengesat peluh di dahi . Jam tangan ditilik . 6:55 petang !

" Hish macam tak cukup je " omel Shah sendirian . Shah bangun ingin mencari lagi kayu api . Sedang mencari , terasa dirinya diekori dari belakang . Shah menelan air liur payah .

Dalam 5 minit macam tu , Shah kembali ke tempat yang dia letak kayu api yang sudah diikat kemas olehnya tadi . Beberapa kayu api yang belum diikat , Shah mengumpul lalu diikat kemas bersama .

Kayu yang sudah diikat , diangkat dengan kedua - dua tangannya . Kaki melangkah menuju ke arah air terjun itu . Dalam perjalanan balik , matanya tertacap pada kain balutan yang penuh dengan darah itu. 

" Aik ! Macam kenal je " kata Shah bersendirian . Kakinya melangkah mendekati benda itu . Shah meletakkan kayu api yang sudah diikat itu di tepi lalu dia mencangkung di hadapan benda itu .

" Hmm tak silap aku yang ni bukan ke kain balutan darah lutut Hana tu ? Tapi aku rasa aku campak kat hujung sana tu . Tapi macam mana boleh ada kat sini eh ? " Omel Shah bersendirian .

Saat tangan Shah ingin menyentuh balutan itu , tiba - tiba satu kelibat hitam terlintas laju seperti puting beliung di hadapannya membuatkan Shah terlentang ke belakang .

" Aduh ! " Adu Shah . Pantas dia berdiri semula . Tangan mengibas - ngibas bajunya yang sedikit kotor dengan tanah itu .

"Benda apa tadi tu . Laju benor !"

Shah berkata perlahan . Matanya kembali ingin melihat balutan tersebut . Shah terkejut apabila mendapati balutan itu sudah tiada !

" Aik ! Pergi mana pula dah balutan tu ? " Kata Shah perlahan .

Tiba - tiba bulu romanya meremang . Terasa angin sejuk menyapa tubuhnya . Langit yang kian gelap itu diperhatikan oleh Shah . Kayu api yang diikat itu diangkat lalu berlari laju menuju ke air terjun itu semula .

Sesekali Shah memandang ke belakang apabila terasa dirinya dikejar sesuatu!










HUTAN  BERPUAKA ‼️Where stories live. Discover now