HB ‼️5- Dina sesat ?

66 7 0
                                    

Dina mengeluarkan telefonnya di dalam beg galas yang dibawanya .

" Hish tak ada line lah pula ! " Gumam Dina geram . Dia bangun dari duduknya . Terasa pergelangan tangannya dipegang oleh seseorang .

" Nak pergi mana ? " Soal Liya sedikit tersentak apabila Dina tiba - tiba berdiri.

" Aku nak pergi cari line sekejap . Jangan risau aku tak lari pun" jawab Dina nakal sengaja mengenakan Liya yang dianggapnya seperti adiknya sendiri walaupun tidak sampai sehari kenal .

Liya tertawa kecil seraya mengangguk faham . Dina berjalan perlahan meninggalkan rakan sekumpulannya sambil telefonnya diangkat tinggi ingin mencari line . Daniel hanya memandang tanpa bersuara .

Dina berjalan tanpa arah tuju .
" Hish macam mana aku nak call kakak aku kalau tak ada line ! " Dina mendengus kasar .

Dah lah dia sudah berjanji dengan kakaknya akan menelefon sekiranya dah sampai di hutan . Tapi entah bagaimana dia boleh terlupa .

Dina mengikat rambut hitam pekatnya separas bahunya itu . Rimas ! Dina cuba menelefon kakaknya .

Lama menunggu panggilannya bersambung , punat merah di tekan laju . Ingin sahaja dia mencampakkan telefonnya sekarang tetapi ditahan sahaja .

Dia memandang telefonnya sekilas seraya menarik nafas dan menghembus perlahan . " Kali ni last
aku cuba call , kalau tak boleh juga malas dah nak call " . Selepas mencari nombor kakaknya , telefon dilekap pada telinga .

Tut .. tut

Panggilan bersambung .

" Hello kak ! "

" Hel ... "

Belum sempat kakaknya berkata , talian putus tiba - tiba .

" Hello kak ! Hello ? "

Dina mendengus geram . Punat merah ditekan . " Bodoh betul lah "
Dina mencarut kuat . Kaki mengorak langkah untuk pergi ke arah rakan sekumpulannya . Tidak sampai 2 minit berjalan , kakinya terhenti drastik .

" Ikut arah mana eh ? " Gumam Dina sendirian . Otaknya ligat berfikir dari arah mana dia datang .

" Hah itu la kau , Dina . Ralit sangat nak cari line sampai tak tahu mana satu jalan betul nak balik ! " Kutuk Dina kepada dirinya sendiri .

Lama berjalan tanpa arah tuju , akhirnya dia berehat di sebatang pokok . Badan disandarkan di batang pokok tersebut . Dina mengeluh perlahan sebelum merasakan matanya memberat . Perlahan - lahan matanya menutup .

...................

Hana bangkit dari duduknya . " Hish mana Dina ni ? Dah dekat 2 jam ! "
Hana berkata dengan nada risau . Mana tak risau kalau dah dekat 2 jam tak balik - balik lagi . Takkan lah nak cari line sampai 2 jam kut .

Syareena turut bangun lalu menepuk perlahan bahu Hana yang jelas kelihatan risau .

" Aku rasa dia sesat ! " Daniel berkata selamba . Syareena membuntang mata besar .

" Hish kau jangan nak memandai eh !"
Marah Hana . Daniel menjulingkan mata ke atas manakala Harraz diam berkutik .

" Aku rasa betul kata Dani tu " Sokong Shah . Hana meraup perlahan wajahnya . Kalau betul apa yang dikatakan oleh Daniel tu , sekarang juga dia mesti mencari Dina dengan segera . Beg galas dicapai laju .

Baru sahaja kakinya hendak melangkah , terasa lengannya dipegang erat . " Kita tunggu lagi 10 minit . Kalau Dina tetap tak balik , baru kita cari " Cadang Harraz dingin .

HUTAN  BERPUAKA ‼️Where stories live. Discover now