HB‼️ 6 - Patah Balik

57 6 1
                                    

"Kenapa dengan pipi kau tu , Dina ?"

Dina hanya mengangkat bahu . Sebenarnya dia pun tidak tahu macam mana pipinya boleh terluka .

"Aku tak t-tahu" Itu sahaja yang dapat dia beritahu kepada ahli kumpulannya . Yang selebihnya dia sendiri tidak tahu .

"Nampak macam kena toreh lah" Balas Liya yang lama berdiam diri . Dia sendiri tergamam apa yang terjadi pada Dina . Yang lain menggangguk tanda setuju apa yang dikata oleh Liya.

Shah memberikan kotak first aid kit kepada Syareena . Syareena mengambil lalu mengeluarkan segala peralatan perubatan . Nasib di kumpulannya ada Syareena yang mengambil bidang Medic .

Syareena mengambil kapas yang telah diletakkan cecair olehnya lalu menyapu perlahan pada pipi Dina .

Dina berdesis menahan pedih dan sakit pada lukanya apabila Syareena menyentuh lukanya .

"Macam mana kau boleh jumpa kitorang balik?" Soal Harraz ingin tahu . Dina menoleh ke arah Daniel yang sejak tadi ralit dengan telefon .

"Aku jumpa Dani tadi , lepastu dia tarik tangan aku suruh ikut dia then aku jumpa korang" Terang Dina sambil matanya memandang ke arah Daniel yang duduk tidak jauh mana darinya .

Yang lain terkejut termasuk Daniel sendiri . Dina mula pelik apabila melihat kesemua rakannya terkejut apa yang dikatakan oleh dia sebentar tadi . ' Aku ada salah cakap ke ? ' Gumam hati kecil Dina .

"Korang dah kenapa ? Macam tak percaya je?" Soal Dina pelik . Daniel bangun dari duduk dan terus kakinya melangkah ke arah Dina lalu mencangkung di hadapan gadis tomboy itu .

"Sejak bila pula kau jumpa aku?" Soal Daniel berbisik . Wajahnya serius menandakan sekarang dia tak main - main . Kerutan halus di dahi Dina membuatkan dia lagi pelik .

"Ha'ah la Dina . Sejak kau sesat sampai lah kau jumpa kitorang , Dani tak berganjak langsung dari duduk tau" Ujar Hana sambil memandang Dina yang kepelikan itu . Dina diam dan mula berfikir balik . Memang dia jumpa Daniel tapi kenapa masa tu Daniel nampak lain eh ?

"Kalau betul apa yang kau kata , siapa yang aku jumpa tu?" Soal Dina keliru .

"Aku rasa lah kan , H-hantu!" Balas Shah takut - takut . Harraz segera menampar bahu Shah kasar . Shah mengaduh sakit .

"Mulut kau tu jangan nak celupar sangat eh ?! "

Shah mendengus kasar . "Kalau bukan hantu apa ?"

Yang lain senyap berkutik . Tiba - tiba angin yang agak kencang disertai dengan jeritan nyaring puntianak membuatkan mereka semua terkejut .

Masing - masing bangun berdiri seraya memeluk erat beg galas mereka agar tidak diterbangkan oleh angin yang kencang itu .

Jeritan nyaring puntianak masih lagi kedengaran . Tetapi kelibat makhluk itu langsung tiada . " Allah !! " Jerit Hana apabila merasakan ada sesuatu menolaknya kuat sehingga dia jatuh
secara mengejut .

Hana jatuh meniarap . Dia pantas mendongak ke atas apabila ternampak satu makhluk yang berdiri di atas pokok itu . Hana terlopong . Terkejut! Dengan jubah hitam yang kelihatan lusuh . Kuku yang panjang serba hitam . Rambut panjang mengurai itu hanya memandang Hana tajam.

Hanya mata merah itu sahaja kelihatan kerana muka makhluk itu ditutupi oleh asap-asap hitam yang berlegar-legar di tubuh makhluk tersebut.

Dia cuba membuka mulutnya untuk mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran namun tidak boleh . Terasa mulutnya agak berat . Mahu menyebut ALLAH pun dia tidak mampu tika ini . Dia hanya mampu berdoa di dalam hati sahaja .

HUTAN  BERPUAKA ‼️Where stories live. Discover now