HB‼️ 4- Masuk hutan

62 8 0
                                    

Akhirnya mereka semua pun sampai di hadapan hutan agak tebal .
Masing - masing turun dari van lalu bergerak ke arah bonet van untuk mengambil beg galas kecuali Hana .

Hana sibuk memerhati hutan tersebut . Terasa angin sejuk menyapa
kulit mulusnya . Hana menggosok lengannya yang terasa sejuk walaupun dia memakai baju t-shirt lengan panjang .

"Woi Hana ! Kau termenung apa tu . Mari la ambil beg kau ni!" Panggil Shah kuat . Tangannya memegang kemas beg galas Hana .

Hana berdecit perlahan . Baru dia ingin pergi ke arah Shah dan yang lain , tiba - tiba dia ternampak satu bayang - bayang hitam melintas di dalam hutan . Hana menggosok - gosok matanya .

"Apa benda tu?" Hana mengomel sendirian.

Hana memandang hutan tersebut dengan teliti . Tiba - tiba ada satu tangan memegang bahunya . Hana terkejut lalu berpaling .

"Ish kau ni , Liya ! Terkejut aku" Marah Hana . Tangannya menepis lembut tangan Liya di atas bahunya .
Liya tersengih lucu apabila melihat muka cuak Hana .

"Kau tengok apa ? Takut semacam aku tengok" Soal Liya pelik .

Hana menggeleng perlahan . "Tak ada apa - apa lah" Baru sahaja Liya hendak bertanya lebih lanjut , Hana segera melarikan diri .

Kakinya laju menuju ke arah Shah yang memegang beg galasnya . Liya di belakangnya tidak dihiraukan . Liya pelik melihat kelakuan Hana itu. Lantaklah !

Masing - masing menggalas beg .
"Sekarang aku nak masa kita masuk
nanti jangan sekali - kali berpecah . Takut perkara yang tidak diingini berlaku . Faham semua!" Pesan Harraz dengan lagak seorang ketua yang bertanggungjawab . Semua hanya menggangguk sahaja . Takkan nak menggeleng pula .

Harraz dan ahli kumpulannya berjalan masuk ke dalam hutan tersebut . Harraz yang berjalan di hadapan sekali berpaling ke belakang
menghadap Shah .

"Peta tu mana?" Soal Harraz kepada Shah yang ralit memandang sekitar hutan itu .

Shah terkejut apabila disergah begitu . Shah memuncungkan bibirnya ke arah Syareena yang sedang berborak kosong dengan Liya .

Tanpa banyak soal , Harraz memanggil Syareena . "Syareena!"
Syareena yang sedang rancak berborak dengan Liya segera memalingkan muka menghadap Harraz .

"Kenapa?" Soal Syareena pelik .

"Peta tu mana?"

Syareena mengeluarkan peta tersebut yang berada di dalam begnya .
"Nah!" Syareena menghulurkan peta tersebut ke Harraz . Harraz tidak mengambil .

"Ada aku kata nak ke?" Perli Harraz . Syareena menggaru kepalanya yang tidak gatal .

"Dah tu?" Soal Syareena .

"Aku just tanya je . Aku nak kau pegang peta tu . Kalau hilang siap kau!" Harraz berkata tegas . Syareena hanya mengangkat bahu mengiyakan sahaja .

Liya yang perasaan keadaan Hana yang senyap dari tadi bertanya perlahan . "Kau okey tak , Hana?'
Hana tersentak seketika .

"Ermm .. aku okey je" Hana tersengih menunjukkan dirinya okey sahaja .
Liya hanya menggangguk .

"Sya , sekarang kita nak ke arah mana?" Tanya Shah kepada Syareena . Syareena segera melihat peta itu .

"Ermm berdasarkan peta ni,
kita kena meniti jambatan . Sebab lukisan dia nampak macam jambatan" Kata Syareena yang fokus memandang peta itu.

Dina menjenguk sedikit melihat peta tersebut . "Ha'ah la . Kita kena meniti jambatan" Tambah Dina pula .

Harraz menggangguk . "So sekarang jom cari jambatan tu . Ikut arah mana, Sya?" Soal Harraz .

HUTAN  BERPUAKA ‼️Where stories live. Discover now