HB ‼️2- Kemas

91 10 0
                                    

Dina menyumbat baju - baju yang ingin dibawanya ke dalam beg galas yang agak besar . Lipat ? Jangan harap Dina akan melipat bajunya . Kerana baginya melipat baju membazirkan masa sahaja . Apalah anak dara sorang ni.

Dina memandang ke arah Hana yang sejak tadi memilih antara nak bawa beg galas ataupun bagasi . Gila nak bawa bagasi masuk hutan . Memang tak masuk akal !

" Wei kau ni dah kenapa , Hana ? Bawa je la beg galas tu . Jangan kata nak bawa bagasi sudah . " Ujar Dina bengang . " Memang pun " . Balas Hana . Tangannya sibuk memasukkan baju ke dalam bagasi . Dina yang melihat hanya menggelengkan kepala.

" Wahai kawanku sayang , sekarang ni kita nak pergi masuk hutan , bukannya nak pergi oversea ! Bawa beg galas sudah la . Mangada nak bawa bagasi bagai ! " Kata Dina . Dia menjeling geram ke arah Hana . Dasar budak degil !

" Aku bawa banyak baju la . Nanti tak muat macam mana ? " Balas Hana . Mukanya sengaja dibuat sedih .
" Nak buat apa bawa baju banyak ? Kita pergi 3 hari je bukan 3 tahun , Hana oi ! " . Kata Dina tidak puas hati .

Baru sahaja Hana ingin membalas , Syareena menyampuk . " Ish dah la korang , dah malam ni . Esok nak pergi dah . Hana , awak bawa je la beg galas . Kalau awak bawa bagasi masuk hutan susah la . " Nasihat Syareena lembut.

Dina menggangguk kepala tanda setuju dengan apa yang dikata oleh Syareena . Hana mengeluh perlahan .
" Ye la " .

Dia mengeluarkan semula baju - baju di dalam bagasi lalu memasukkan ke dalam beg galas . Mereka bertiga pun berehat setelah selesai berkemas.

" Wei korang , siapa yang nak bawa peralatan masuk hutan ? " Ujar Hana memecahkan suasana sunyi itu. Dina yang ingin menutup mata itu , kembali membuka mata .

" Yang tu aku dah suruh tiga orang mamat tu . Biar diorang uruskan . Kita just bawa peralatan memasak dan bekalan makanan je. " Kata Dina yang sedang menahan kantuk dari tadi . Syareena menggangguk lalu dia melelapkan mata .

**********

Jam tangan berjenama rolex ditilik Shah . " Mana pula tiga orang minah ni ! Orang suruh tunggu kat sini pukul 8 :00 , sekarang dah nak pukul 8:30 dah ". Marah Shah sambil bercekak pinggang . Dani hanya mendiamkan diri manakala Harraz bermain telefon .

" Tu la kau . Nak sangat sekumpulan dengan minah - minah senget tu . "
Sampuk Harraz selamba . Matanya setia memandang telefon . Shah mendengus geram .

" Sedap kutuk kitorang ya ! " . Ujar Syareena tiba - tiba . Muka sengaja digarangkan . Shah terkejut . " Sejak bila pula korang ada kat sini ? " . Soal Shah .

" Baru je " jawab Hana .

" Ok sekarang , aku sebagai ketua kumpulan akan tentukan tempat duduk masing-masing . Shah akan duduk kat tempat pemandu sebab dia akan pandu van ni . Aku pula kat sebelah Shah . Hana dan Syareena duduk kat seat belakang aku dan Shah . Dani dan Dina akan duduk kat seat belakang sekali . " Beritahu Harraz panjang lebar.

Semua menggangguk tanda setuju kecuali Dina . " Jap ! Asal aku pula yang kena duduk seat paling belakang
dengan Dani pula tu . Tak nak aku ! . "

" Nak ke tak nak ke , kau kena duduk juga faham ! " Marah Harraz .

" Tapi kat seat belakang kau kan ada tiga tempat . Jadi baru 2 orang duduk . Muat la aku sorang lagi ! " Balas Dina bengang .

" No ! " Marah Harraz .

" Dah tu . Dina kau duduk je la dekat belakang . Pasal tempat duduk pun nak gaduh ke ? Dah masuk ! " Arah Shah bengang .

Hana dan Syareena ketawa kecil . Dina menjeling lalu dia masuk ke dalam van . Daniel pun masuk ke dalam van . Tempat di sebelah Dina dia tuju . " Wei tepi la sikit . Tahu la gemuk tapi bagi la aku ruang sikit . " Marah Daniel . Sengaja dia berkata begitu . Dina membuntangkan matanya. Pinggang langsing serupa model ni dia kata gemuk !!

" Sibuk je la kau ni Dani ! " Tengking Dina . Daniel hanya mengabaikan minah tomboy itu lalu dia duduk . Malas nak bertengkar dengan minah tu . Hana dan yang lain pun duduk di tempat masing - masing . " Ok sekarang , pakai tali pinggang keledar . " Arah Shah sengaja . Daniel hanya mengendahkan sahaja arahan Shah .

Bagi dia pakai tali pinggang keledar merimaskan . Nak bergerak pun susah . Leceh !

" Kitorang tahu la Shah . " Jawab Hana geram . Shah tersengih lalu kakinya menekan pedal minyak .

Baru sahaja van yang dipandu Shah ingin keluar dari perkarangan Universiti tersebut , tiba - tiba ada seorang gadis mendepakan tangan di hadapan van . Kerana terkejut dengan tindakan gadis tersebut , Shah segera memusingkan stereng van ke tepi .

Hana dan yang lain terkejut . Daniel yang tidak bersedia itu , tidak dapat menahan badannya lalu badannya jatuh ke atas riba Dina . Dina membuntangkan matanya lalu segera dia mengangkat kepala Daniel supaya bangun . Tidak cukup dengan itu , Dina menghadiahkan tamparan kuat ke muka Daniel .

Pang !!

" Sakit la bangang !! " Jerkah Daniel . Tangannya memegang pipi yang kebas akibat tamparan kuat Dina .
" Padan muka kau . Ambil kesempatan ! " . Marah Dina pula .

" Bila masa aku ambil kesempatan?! "
Jerit Daniel kuat . Dina tidak menghiraukan Daniel . Dia mengambil telefonnya di dalam poket lalu berpura - pura fokus . Seolah - olah tiada apa yang berlaku . ' pedih tangan aku ! '. Kata Dina dalam hati.

" Tu la . Orang suruh pakai tali pinggang keledar , tak nak . Padan muka ! " Bidas Hana pula . Daniel menjeling geram . Tangannya masih menggosok pipinya yang merah itu akibat tamparan kuat Dina .

" Sudah la ! Hah Shah , kau pergi tengok siapa yang halang van kita tu ? , Entah - entah orang nak bunuh diri ! " Arah Harraz tegas kepada Shah . Shah menggangguk lalu keluar dari van . Gadis di depan van ditenung Shah .

" Kau ni dah kenapa halang van aku ni , nak bunuh diri ke apa ? " Soal Shah . Gadis itu tersenyum manis .

" Eh mana ada la . Aku halang van kau
ni sebab aku nak ikut juga ! " Kata gadis periang itu. Shah membuat muka pelik . Hana yang entah bila turun menyampuk .

" Kenapa nak ikut kitorang ? " . Soal Hana pelik . Gadis itu berkata lagi .
" Profesor suruh aku ikut korang . Sebab katanya korang je yang belum pergi lagi . Kumpulan lain semua dah gerak lepas subuh tadi . Sebenarnya aku kena ikut kumpulan 1 yang pergi dekat pantai tu . Tapi diorang dah gerak . " Terang gadis itu panjang lebar .

" Kalau macam tu , Jom la ikut " . Balas Shah laju . Hana menjeling Shah . Kalau perempuan laju je dia !

" Woi Shah ! " Jerit Hana apabila memandang Shah yang ingin masuk ke dalam van . " Ish apa lagi kau ni Hana ? " Jawab Shah malas . " Ni ! Siapa nak angkat ? " Tanya Hana . Jarinya menunjukkan beg galas yang agak besar itu . Shah mengeluh perlahan lalu mengambil beg galas tersebut untuk diletakkan ke dalam bonet van .

Hana menarik tangan gadis itu untuk mengikutnya lalu menyuruh gadis itu masuk .

" Pakai tali pinggang keledar dulu , Hah Dani pakai tau , nanti tak
pasal - pasal kena tampar buat kali kedua ." Perli Shah . Dani menjawab " tahu la aku ! " .

"Siapa nama kau?" Soal Hana memecahkan suasana sunyi di dalam van tersebut . Semua hanya memasang telinga .

"Oh nama aku Liya , umur 20" Jawab Liya sambil tersenyum .

"Ye ke umur 20?" . Soal Shah tidak percaya .

"Betul la . Kenapa ingat aku tipu!" Liya sengaja membuat muka garang .

"Nampak macam budak - budak . Cute!"  Balas Shah nakal . Liya tergelak lucu mendengar kata - kata Shah . Syareena berdehem seketika .
Shah yang tergelak terus senyap . Matanya pura - pura fokus memandu .

Harraz mengerling Shah yang fokus memandu . ' takut sangat ! ' Desis hati kecil Harraz .


















Vote ✅
Comment ✅
Share ✅

Thank you ❤️

HUTAN  BERPUAKA ‼️Onde histórias criam vida. Descubra agora