HB ‼️9 - Kenapa dengan Liya?

21 3 1
                                    

Semak samun yang menghalang laluannya dirempuh begitu sahaja . Apa yang penting sekarang dia nak cepat sampai ke air terjun .

Terasa dirinya diekori , pantas kakinya laju melangkah tanpa sedikit pun menoleh ke belakang .

Selama 10 minit berlari , akhirnya Shah sampai di air terjun itu . Kelihatan Harraz dan Daniel memandangnya pelik .

Shah termengah - mengah mencari nafas . Dia mengendahkan sahaja pandangan hairan kawannya itu lantas kayu yang diikat itu diletak sebelum merebahkan perlahan tubuhnya di atas tanah . Letih rasanya
ketika ini .

Shah menarik nafas lalu menghembus laju . Dadanya yang berdegup kencang dipegang sekejap .

Harraz dan Daniel berpandangan sebelum kaki mereka melangkah mendekati Shah yang berbaring itu .

"Kau ni dah kenapa Shah?" Soal Daniel dengan nada hairan .

"Aku ke--"

Belum sempat Shah berkata , Dina yang entah dari mana muncul terus menyampuk .

"Setengah jam kitorang tunggu kau tahu tak Shah ! Hish lambat betul lah . Kalau aku tahu kau lambat macam ni baik aku je pergi cari" Bebel Dina . Tak padan dengan sakit . Kayu api yang diikat itu diangkat .

"Ak--" Belum sempat Shah berkata lagi , laju sahaja Dina memintas .

"Nanti siap solat , korang pergi kat seberang sana kat khemah aku tu . Nanti kitorang siapkan makan malam" Ujar Dina lalu membuka langkah meninggalkan tiga orang jejaka itu .

"Oii pandai ke nak nyalakan api?" Tanya Daniel dengan riak sinis.

Dina berhentikan langkahnya lalu berpaling ke belakang . Wajah Daniel dipandang dengan senyuman sinis .

"Hey pak cik ! Tengok tangan ah" Tangan yang kecil itu ditunjukkan kepada Dani . Konon sado lah tu !

Buat pertama kalinya Daniel ketawa kecil apabila melihat telatah Dina . Biasanya asyik marah atau tengking je bila jumpa Dina .

Tapi entah kenapa dia boleh ketawa . Dina kembali melangkah tanpa menghiraukan ketawa Daniel itu . Tanpa Dina sedar , senyuman kecil terbit di bibirnya .

"Kau nak cakap apa tadi, Shah?" Soal Harraz pula . Daniel memberhentikan ketawanya lalu menoleh ke arah Shah yang masih berbaring di atas tanah itu.

"T-tak ada apa ah!"  Shah bangun dari baringan lalu masuk ke dalam khemah . Harraz dan Daniel saling berpandangan . Pelik !

  

                             ............

Mereka bertujuh menikmati makanan yang dimasak oleh Liya dan juga Syareena . Shah memandang ke arah Hana yang hanya menikmati bubur sahaja .

"Hana , makan bubur je ke?"  Shah bertanya . Sudu diletak dan matanya tepat memandang wajah putih bersih Hana .

"Ha'ah . Sebenarnya tak ada selera tapi Dina paksa" Jawab Hana sambil memuncungkan bibirnya .

"Kalau aku tak paksa nanti perut kau
masuk angin" Ujar Dina tanpa memandang rakannya itu . Hana hanya tersengih .

"Lepastu menyusahkan orang" Sampuk Harraz dingin . Hana yang baru hendak menyuap bubur ke dalam mulutnya mendengus perlahan .

Sudu diletak kembali ke dalam pinggan . Hana bangun lalu dengan kaki terjengket - jengket berjalan masuk ke dalam khemah .

"Sikit - sikit sentap!" Kata Harraz lalu pinggan yang masih ada sisa makanan diletakkan . Dia bangun lalu melangkah balik ke khemahnya .

Yang lain hanya memerhati . Nak pujuk buat apa kan ? Dah besar panjang nak pujuk - pujuk bagai . Shah menggeleng kepala perlahan .

"Eii aku kahwinkan juga diorang nih!" Omel Shah serius . Yang lain hanya tertawa mendengar omelan Shah itu . Kalau sehari tak buat lawak bodoh memang tak sah !

Harraz berjalan perlahan sambil tangannya memegang touchlight yang hanya menerangi sekitar itu sahaja.
Bunyi burung hantu sedikit sebanyak  membuatkan dia merasa seram sejuk.
Harraz menghela nafas perlahan.

Sstt .. sstt ..

Bunyi semak samun seperti dilanggar sesuatu membuatkan Harraz berhenti
drastik. Hanya beberapa langkah sahaja lagi mahu sampai di khemahnya. Mata dihalakan pada semak samun tidak jauh dari tempatnya berdiri sekarang ini.

Bunyi di sebalik semak itu kedengaran lagi. Segera Harraz mendekati khemah lalu parang Shah yang tersandar di batang pokok itu diambil laju.

Dengan lafaz bismillah di bibir , kakinya perlahan - lahan menuju ke semak itu. Semakin dekat dia dengan semak itu semakin kuat bunyi sesuatu di sebalik semak itu. Parang digenggam kuat.

Parang diangkat tinggi sedia untuk menebas semak itu namun belum sempat berbuat demikian , teguran seseorang di belakang membuatkan parang terlepas dari genggamannya kerana terkejut.

" Harraz , jangan ! "

Liya segera menghampiri Harraz yang masih terkejut itu. Parang yang berada di atas tanah itu diambil laju lalu disorok di belakangnya . Harraz pelik akan kelakuan gadis periang itu.

"Hish terkejut aku . Bagi balik parang tu dekat aku" Kata Harraz dingin. Liya menggeleng kepala laju. Parang masih lagi disorok di belakangnya.

"Kau nak buat apa?" Soal Liya .

"Nak bunuh kau!" Jawab Harraz dengan muka bekunya itu. Liya terlopong kecil lalu kakinya berundur setapak demi setapak ke belakang.

Namun belum sempat dia ingin membuka langkah , Harraz terlebih dahulu menangkap pergelangan tangan gadis itu. Liya membuntangkan matanya .

"TOL... Emphh !" Belum sempat Liya ingin meminta tolong , Harraz segera menekup mulut Liya .

"Shhhh senyap lah bodoh!"

Apabila Liya sudah tidak meronta , Harraz melepaskan pergelangan tangan gadis itu. Liya menghela nafas lega.

"Aku gurau je lah tadi"

Liya menjeling geram . Terkejut bukan kepalang apabila si Harraz tu kata nak bunuh dia. Siapa je tak takut kan , muka bengis nak mampus !

"Dah lah tu . Bagi balik parang tu dekat aku" Kata Harraz laju .

"Kau nak tebas semak ni ke?" Soal Liya ingin tahu . Harraz sekadar menggangguk . Mata Liya terus membuntangkan besar.

"Eh² jangan lah. Ibu aku kata jangan tebas sesuka hati . Nak tahu sebab apa ? Sebab mana lah tahu semak yang kau nak tebas tu tempat ' Dia ' berehat ke ? Atau benda lain . Hah ! Kau tak takut ke?"

Harraz mengerutkan dahinya . Dah kenapa pula si Liya ni ? Buang tabiat ke ? Harraz ingin merampas kembali tetapi bunyi di sebalik semak kembali berbunyi.  Tapi kali ini cukup membuatkan bulu roma Harraz meremang serta merta.

" Hehe..hehe "

Bunyi gelak yang agak perlahan membuatkan Harraz menelan air liur perlahan-lahan. Parang dirampas laju lalu diangkat tinggi. Sedia untuk menebas. Lantak lah lepas tebas nampak benda tu ke ? Haih ! Minta jauh lah.

Belum sempat ditebas semak itu , ada satu tangan merampas kembali parang itu.

"AKU KATA JANGAN , JANGAN LAH SIAL !! "










#Liya dah kenapa?

Wait for the next chapter!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HUTAN  BERPUAKA ‼️Where stories live. Discover now