HB ‼️ 3- Perjalanan

76 8 1
                                    

Shah memandu van itu sederhana laju . Nak bawa laju - laju kan minyak habis pulak . Dalam tengah memandu , tiba - tiba Shah menekan brek mengejut .

" ARGHHHH !! " Semua orang di dalam van terkejut . Daniel mengurut dadanya yang kencang akibat terkejut dengan tindakan Shah . ' fuhh nasib tak jatuh atas riba Dina . Kalau Tak mahu kena penampar kedua ! ' .

Harraz menampar bahu Shah kasar .
"Kau ni dah kenapa brek
mengejut?!" . Shah mengusap bahunya . Pedih siot !

"Alaa bukan aku sengaja . Sekarang ni kita nak pergi arah mana?"

" mSyareena , peta yang profesor bagi tu kau bawa tak?" Soal Harraz dingin . Syareena menggangguk lalu dia mengambil peta yang digulung itu untuk diberikan kepada Harraz . Harraz mengambil peta tersebut .

Harraz membuka peta itu . Harraz tergamam seketika apabila memandang nama hutan tersebut . Liya menjenguk sedikit ke hadapan untuk melihat peta itu apabila melihat Harraz diam berkutik .

"Hutan Hitam?" Soal Liya pelik . Setahunya mana ada nama hutan hitam . Semua di dalam van itu sudah kecut perut apabila mendengar nama hutan tersebut .

"Saya rasa macam tak sedap hati la"
Syareena memulakan bicara . Yang lain hanya menelan air liur .

"Ish tak payah fikir negatif la!" Balas Dina keras . Hanya menyedapkan hatinya sahaja .

"Hmm betul kata Dina tu , takkan la profesor nak bagi tempat
yang bahaya kan" Tambah Hana perlahan . Dia cuba untuk menyedapkan hati ahli kumpulannya.

Yang lain hanya menggangguk .
Shah mula menekan pedal minyak lalu mengikut lakaran peta tersebut .

**********


Setelah 2 jam perjalanan , masing - masing mendiamkan diri . Hana , Liya dan Dani tidur manakala Syareena membaca buku dan Dina termenung .

Nak main telefon dalam van , pening la pula . Lagipun baik simpan bateri telefon , boleh main dalam hutan nanti . Jap ada ke line dalam hutan ?

Shah menguap besar . Matanya mengerling jam tangannya . "Baru pukul 11:00 pagi" Kata Shah perlahan .

Harraz disebelah dikerling . "Wei Harraz , kau rasa Hutan Hitam tu bahaya ke tak eh?" Soal Shah perlahan . Dia memperlahankan suaranya agar tidak mengganggu ahli kumpulannya yang lain .

Harraz diam seketika . "Wei kau dengar tak apa aku cakap ni?" Soal Shah lagi apabila melihat Harraz diam . "Aku pun tak pasti la . Biasa la hutan , ada haiwan - haiwan liar macam babi memang la bahaya" Beritahu Harraz mendatar. Takkan tak pernah masuk hutan mamat sorang ni ?

Shah berdecit perlahan . "Bukan tu lah maksud aku!"

"Dah tu apa?" Soal Harraz bingung .

"Maksud Shah , bahaya hantu la . Apa la kau ni" Liya menjawab perlahan . Dia menggosok perlahan matanya yang masih ada sisa mengantuk .

Harraz terkejut . "Sejak bila kau bangun?"

Liya tersengih . "Tadi!" Jawab Liya sepatah .

"Hah betul kata si Liya tu . Hantu la maksud aku" Jawab Shah bersungguh - sungguh .

"Ish mana ada hantu dalam dunia ni.
Kau tu cuba fikir positif sikit" Kata Harraz dingin . Shah mencebik bibirnya . Ni la manusia ! Eh kau bukan manusia ke ?

Suasana di dalam van sunyi pula .
Harraz mengambil peta tersebut .
"Wei Shah , kita dah nak sampai kan?" Shah menggangguk .

"Ha'ah . Masuk simpang kanan pastu kita dah boleh nampak hutan tu" Jawab Shah .

Harraz menggangguk . "Guys !
Wake up . Kita dah nak sampai" Arah Harraz tegas . Yang lain bangun lalu masing - masing meregangkan otot .

"Huarghh dah sampai ke?" Hana meraup mukanya.

"Nak sampai bukan dah sampai minah oi!" Perli Harraz . Hana menjulingkan matanya ke atas .

"Wei Shah brek!" Jerit Liya tiba - tiba . Shah laju menekan brek . "Kenapa - kenapa?" Soal Shah gelabah .

Liya menunding jari ke hadapan . Yang lain melihat arah yang ditunjukkan oleh Liya . "Tu ada nenek tua!" Beritahu Liya .

Masa Shah ingin membelok ke kanan , dia ternampak seorang nenek tua sedang memegang tongkat . Badan nenek tua itu pula bongkok .

Shah terkejut apabila melihat nenek tua itu . Shah menepuk dahi .
"Macam mana aku boleh tak nampak ni" Ujar Shah lalu dia keluar dari van . Harraz ikut sama .

Hana yang mahu ingin keluar ditahan Liya . "Kau nak pergi mana?" Soal Liya polos .

"Nak pergi dekat diorang la , korang tunggu dalam van" Jawab Hana . Liya hanya menggangguk .

"Nenek nak pergi ke mana ni ? Boleh kitorang hantarkan" Pelawa Shah sopan .

"BALIK !!" Tengking nenek tua itu
tiba - tiba . Shah , Harraz dan Hana terkejut apabila ditengking sebegitu . Hana melihat muka nenek tua itu sedang menahan marah yang teramat sangat .

"Ke..kenapa n..nek?" Soal Hana tersekat - sekat . Takut barangkali . Siapa yang tak takut kena tengking sebegitu tanpa sebab .

"AKU CAKAP BALIK! " Tengking nenek tua itu lagi .

"Tapi nek , kitorang kena pergi hutan kat sana tu . Ada tugasan penting yang kitorang perlu selesaikan nek" Terang Harraz . Matanya setia memandang nenek tua itu .

"APA YANG PENTING SELAIN NYAWA ?!" Marah nenek tua itu . Tongkatnya dipegang erat.

Harraz , Hana dan Shah terkedu . Nyawa ? Daniel yang entah bila turun menyampuk .

"Nek , kitorang nak pergi hutan tu sebab nak cari bunga je . Bukan nak buat apa pun . Kalau nenek tak nak tumpang , sila ketepi . Jangan nak halang van kitorang ni" Balas Daniel biadap . Hana terkejut apabila mendengar kata - kata Daniel .

"Daniel , ni kan orang tua . Hormat sikit!" Hana berbisik di telinga Daniel . Hana mencubit lengan Daniel . Daniel mendengus kuat .

"Tak payah dengar cakap orang tua ni , kalau kita balik tanpa bunga tu , confirm prof potong markah kita!"
Kata Daniel bersungguh - sungguh .

Shah mencuit bahu Harraz . "Aku rasa betul la kata Dani tu , Harraz . Tanpa bunga tu kita tak boleh balik" Bisik Shah di telinga Harraz .

"Ermm takpa la nek . Kitorang yakin
akan masuk dan keluar dari hutan tu dengan selamat" Ujar Harraz penuh yakin .

Nenek tua itu hanya menggeleng kepala . "Nek , sila ketepi ya . Kitorang dah nak gerak ni" Beritahu Daniel kepada nenek itu .

Harraz dan yang lain segera masuk ke dalam van semula . Hana yang baru sahaja hendak masuk berhenti drastik apabila nenek tua itu memegang erat lengannya membuatkan Hana mengaduh perlahan.

"Jangan menyesal cu!" Ujar nenek tua itu . Suaranya kedengaran sayu sahaja . Hana mengemam bibirnya . Rasa tidak sedap hati mula menyebulungi dirinya .

Daniel pantas menarik lengan Hana menyuruh masuk segera . Sempat Hana meminta maaf kepada nenek tua itu .

Shah menekan pedal minyak lalu van itu bergerak meninggalkan nenek itu .

Syareena mengerling sekilas ke belakang memandang ke arah nenek itu . Dia merasakan seolah - olah nenek itu memberi amaran supaya jangan masuk ke dalam hutan itu .

Liya memandang Syareena yang diam berkutik . Sebenarnya dia juga berasa begitu . Dia cuba mengusir rasa kurang enak yang bertandang di dalam hatinya .
















Continue 👻 ~~~

Vote ✅
Comment ✅
Share ✅

Thank you ❤️


#katakantidakpadasilentreaders

HUTAN  BERPUAKA ‼️Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ