•13•

428 66 67
                                    

"Aduh... Mana Gempa ni? Main sorok-sorok pulak dia!"

"Tulah... Haih... Ni semua salah Solar lah ni... Kalau bukan sebab dia, mesti Gempa tak hilang macam ni,"

"Kan? Kan?"

Taufan dan Blaze sudah terlentang di ruang tamu. Berpeluh-peluh badan mereka kerana asyik berpusing-pusing satu Pulau Rintis demi mencari kucing gebu yakni abang mereka itu.

"Ehem, hello? Bukan salah aku! Salah kaulah, Taufan! Kalau kau tak masuk dalam makmal aku dan kacau eksperimen aku tu, Gempa dah masakkan makanan untuk kita!" Solar menarik muka masam tanda tidak puas hati. Tidak pasal-pasal dia yang kena!

"Betul tu! Betul!" beberapa orang pembaca yang sedang menjalani kelas online melaung-laung menyokong kata-kata Solar.

"Haaa kantoi tak fokus cikgu ajar!" celah seorang pembaca yang sedang duduk di atas katil dalam biliknya.

"Kan?" Solar memeluk tubuh, bangga kini kata-katanya tadi disokong.

"Dah, dah..," Author yang sedang mamai itu menarik semula para pembaca yang terlepas dari kandang. Dia mengangkat mereka semua dan mencampak semula mereka ke dalam kandang kebahagiaan tatkala orang lain terluka-

Haaa makin teruk dah sistem pemprosesan sel otak saya ni 😭😂

Taufan terdiam seketika. Dia hilang kata-kata. Yelah, dia sendiri akui semua itu terjadi kerana salahnya juga. Tetapi...

"Eh, patutnya kau salahkan Hali melebihi aku dan segala-galanya. Dia yang masuk makmal kau dulu," ujar Taufan sambil memejamkan matanya.

Perut dah lapar, tubuh dah penat. Gempa, Gempa... Pulanglah ke pangkuan adik-adikmu ini, nak... :'v

Solar mengerling ke arah Halilintar yang duduk di sofa berasingan daripadanya. Jelas kelihatan kerutan di dahi lelaki itu.

"Aku pulak?"

"Eleh, sama je dua-dua..," Solar membalas selamba.

Tatapan tajam Halilintar beralih pada Solar. Sebenarnya sejak kejadian tadi, dia dan Solar sudah malas mahu melayan antara satu sama lain. Masing-masing malas hendak mencari gaduh. Satu masalah tak selesai lagi, Nanti tak pasal-pasal timbul lagi satu masalah.

"Isy korang ni... Dahlah tu..," Ais juga yang perlu menenangkan mereka berdua. Bahaya betul kalau Gempa tiada. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku.

Halilintar dan Solar kembali diam. Mereka masih dengan ego masing-masing.

"Dah, sekarang ni kita kena fikir Gempa kat mana. Risau betul aku. Takkan asyik nak duduk kat rumah ni tanpa dia kot?" Blaze termenung ke arah kipas yang berpusing-pusing di siling.

Pusing... Pusing...

Helikopter helikopter 😂

"Haah, betul tu... Lagipun tengok Thorn... Dia diam je sejak tadi,"

Kelima-lima pasang mata itu memandang serentak ke arah Thorn yang dari tadi tidak bersuara dan asyik termenung seperti memikirkan sesuatu. Kesian pula mereka lihat lelaki itu. Iyelah, adik kesayangan Gempa, kan?

Thorn yang sedar dirinya menjadi perhatian, tersentak daripada lamunan. Dia dongak memandang wajah abang-abang dan adiknya.

"Emm... Kenapa?" soal Thorn sambil terkebil-kebil.

"Kau jangan sedih tau, Thorn... Kita akan berusaha cuba cari Gempa," Solar bersuara.

Thorn mengukir segaris senyuman sambil menggelengkan kepala perlahan.

"Takpe... Thorn okey je..,"

"Tapi..,"

"Hmm?"

Mereka masih memandang ke arah Thorn dengan perasaan tertanya-tanya.

Best Ke Jadi Meow? 💀Where stories live. Discover now