•19•

451 55 13
                                    

"Assalamualaikum... Korang, aku dah balik!"

Halilintar menapak masuk ke dalam rumah. Bajunya sudah basah dengan peluh dan dipenuhi debu. Wajahnya turut ada kesan kotoran. Sekali tengok, macam orang baru balik dari kilang besi!

Krik... Krik...

Tiada yang membalas salamnya. Dahi Halilintar berkerut kehairanan. Wah, nampaknya suasana di situ masih lagi harmoni. Syukurlah.

'Hairan... Kenapa sunyi je ni? Diorang hidup lagi tak? Aku pergi tak sampai tiga jam pun rasanya..,'

Dia mengerling ke arah ruang tamu, dan matanya menangkap satu susuk tubuh manusia sedang terbongkang di atas sofa. Okey, itu normal.

Kemudian, kakinya melangkah ke bahagian dapur. Yelah, mana tau Trio Trouble Maker tu ada buat apa-apa masalah masa dia keluar tadi, kan? Biasanya kalau tiada sesiapa yang akan awasi mereka, pasti ruang dapur tu akan bersepah dengan tepung bertaburan dan telur pecah merata-rata... Dia dah biasa dah. Lepastu bila Gempa pulang ke rumah, memang habis terkeluar kesingajantanan kurang kasih sayangnya.

Dan... Dia tergamam.

"Okey, ni pelik. Memang diorang takde buat kacau ke?"

Suasana dapur juga masih sama. Kekal bersih dan tersusun. Tiada tepung di atas lantai, telur di dinding mahupun di siling, pinggan berantakan, mahupun barang senget-benget walaupun seinci!

Krik... Krik...

Kumpulan opera cengkerik yang diupah oleh Author untuk menjadi pemain musik latar belakang memainkan peranan mereka. Sedikit-sebanyak, bunyi itu mengganggu ketenteraman dan keamanan Halilintar.

"Wei, Author. Boleh tak kau jangan masukkan cengkerik-cengkerik ni dalam cerita ni? Rimas tau tak?"

Mendengarkan itu, Author yang dari tadi bergolek di atas katil terus melompat ke udara, sempat buat front-flip sebelum mendarat ke tanah semula. Dia bercekak pinggang.

"Mana boleh! Kesian cengkerik-cengkerik ni. Kalau diorang tak diambil kerja kat sini, diorang nak kerja kat mana? Kat mana diorang nak cari duit? Kasihanilah mereka ni nak cari sesuap daun," Author memeluk cengkerik-cengkerik itu sampai semuanya lemas. Tiba-tiba emosinya terusik.

Halilintar hanya memandang Author dengan muka jengkel. Dia memutarkan bebola mata.

"Betul tak Encik Cengke- Eh? EH?!" terbuntang mata Author sebaik sahaja melihat cengkerik-cengkerik yang didakapnya tadi sudah mengejung dengan mulut berbuih. Ada juga yang mulut dan matanya terbuka luas.

"Wei, bangun! Bangun! Janganlah mati lagi! Siapa nak tolong aku sabotaj Hali nanti?" apa lagi? Meraunglah dia dibuatnya. Maklumlah, Author tak sanggup nak masuk lokap. Kalau pulis tu hensem, takpe jugak hehehe- GURAU GURAU JANGANLAH AMIK SERIUS #siscuba

"Hmph, apa-apa jela- Eh, jap. SABOTAJ AKU?!" Halilintar yang baru sahaja mahu pergi, menoleh kembali ke arah Author tadi. Baru sahaja mahu melihat, aik? Sudah hilang :v

"Semoga bersemadi dengan aman... Maafkan aku sebab tak sempat bayar gaji kau..," Author menangis tak berlagu sambil menggali kubur untuk cengkerik-cengkerik tadi.

"Pulak..," Halilintar memasang riak jengkel.

"Dah, kau takyah menyibuk kat sini. Shuh, shuh, pergi sana. Reader dah tunggu tu," Author membuat gaya menghalau Halilintar dari situ.

Lelaki itu bercekak pinggang tidak puas hati.

"Kau ingat aku kucing? Tak, masalahnya sekarang kau yang muncul kat sini lepastu buat drama dengan cengkerik kau tu. Lepastu nak halau aku pulak?"

"Taklah, kau bukan kucing. Kau gajah. And kau kena faham tau konsep kestabilan ekonomi penghargaan khazanah bumiputera ni. Jangan ingat kau handsome, kau boleh sesuka hati kutuk mak ayah orang," bebel Author sambil tangannya sibuk mengukir batu nisan untuk arwah cengkerik yang amat dia kasihi tadi.

"...Aku tertanya macam mana aku boleh ada kat dalam cerita ni, ada author macam kau dan kena hadap bebelan kau yang aku tak faham satu perkataan pun... Sejak bila aku ada kutuk mak ayah orang?"

"Tulah kau, dulu waktu Pak Cik Kumar ajar Pendidikan Sivik masa bulan puasa, kau curi-curi makan biskut cili hijau dengan Blaze dalam semak belakang rumah Mak Cik Wawa. Dan kau tak layak menyoalkan apa yang aku tengah bebelkan sekarang sebab aku sendiri pun taktau apa benda la aku tengah cakap ni dan macam manalah aku boleh ada kat sini. Apapun, satu pengajaran untuk kaulah. Zirafah yang terbang jangan disangka kerbau dalam tempurung sebab terlajak kapal terbang boleh diundur, tapi terlajak basikal masuk alam lain la gamaknya. Jangan ingat aku tak bagi amaran,"

Pufff!!!

Serta-merta, hilang Author dari pandangan. Tinggallah sisa cengkerik-cengkerik yang masih hidup berdiri di sebelah Halilintar sambil menangisi pemergian rakan sekerja mereka yang telah pergi meninggalkan mereka buat selamanya.

Semakin jelas kerutan di dahi Halilintar. Nasib sahajalah dapat author yang suka menyibuk dalam jalan cerita. 80% daripada cerita ni penuh ngan penglibatan Author je tanpa korang sedar HAHAHAHA (APA BENDA AUTHOR MEREPEK NI OI)

"Chirp... Chirp... Chirp..,"
(Bersemadilah dengan aman, kawan durjana ku di sana...)

"Chirp... Chirp... Chirp..,"
(Kesian mati lemas dipeluk oleh pengarah sendiri...)

(P/s : Jangan tanya kenapa bunyi dia chirp chirp. Ni saya cari kat Google tau camne bunyi cengkerik dalam tulisan :v)

- Scene cut -

Tiba-tiba, Halilintar terdengar bunyi orang sedang berbual datang dari belakang rumah. Dengan itu, dia laju melangkah ke pintu dapur.

"Huh? A... Apakah?!"








Sorry merepek! Kalau takde scene merepek, semua chapter akan jadi pendek- Eh tapi chapter sebelum ni pun pendek jugak walaupun banyak yang merapu- Isy takpelah- Maafkan hamba-

YA ALLAH CRINGENYAAA

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 09, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Best Ke Jadi Meow? 💀Where stories live. Discover now