•15•

400 62 91
                                    

Ting! Tong!

Halilintar berdiri di hadapan pintu rumah Tok Aba. Tatkala itu, dia seorang sahaja di situ. Jam di tangan kanannya dilihat sekilas. Adik-adiknya masih belum tiba.

"Ye! Kejap!"

Kedengaran laungan seseorang dari dalam rumah. Halilintar menghela nafas. Dia menoleh ke belakang. Ke manalah diorang ni? Lama sangat!

Ke...

Dia yang awal sangat? :v

Sementara menanti pintu dibuka oleh Tok Aba, sempat Halilintar menjengulkan kepala ke arah semak samun di sebelah rumah dua tingkat itu. Dia mahu melihat sama ada Gempa ada di situ ataupun tidak.

Krek~

Pintu rumah itu akhirnya dibuka. Terus Halilintar berdiri tegak semula.

"Lah, kau Halilintar... Atok ingatkan siapalah tadi... Ni kenapa ni datang ni? Adik-beradik kau yang lain mana?" soal Tok Aba bertubi-tubi sejurus melihat wajah mendatar cucu keduanya itu.

Belum sempat Halilintar mahu membalas, tiba-tiba kedengaran bunyi derapan-derapan kaki berdekatan situ yang semakin lama semakin mendekat.

Tap! Tap! Tap!

"Hali! Fuh... Fuh... Kau... Kau tak adil!"

Rupa-rupanya bunyi itu datangnya daripada Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar yang baru tiba. Termengah-mengah mereka mencari nafas akibat penat berlari.

Halilintar tersenyum senget.

"Jadi... Siapa yang keluar last tadi?" soalnya.

Taufan, Blaze dan Solar menarik muka masam. Soalan itu seakan-akan berbaur sindiran di telinga mereka.

Flashback...

"Alamak!"

Bukk!

"Adoi!"

Akibat saling bersaing dan tolak-menolak, kaki mereka tersangkut antara satu sama lain dan mengakibatkan mereka jatuh serentak. Selamat Halilintar sudah pergi dulu :v

"Tepi! Tepi! Aku nak keluar dulu!"

"Ah, takde! Aku keluar dulu!"

"Huwarghhhh macam mana nak bangun ni?!"

"Isy, Ais! Janganlah tindih aku! Bangunnnn!"

"Sedapnya baring atas kau ni~"

Bagaimana keadaan situasi itu anda tanya?

Ais sudah selamat terjatuh dan menghempap Solar. Thorn terkial-kial mahu menarik kakinya yang ditindih oleh rimbunan kaki manusia- Oof-

Blaze dan Taufan pula cuba bangun sambil sambung tolak-menolak dan tarik-menarik. Masing-masing tidak mahu menjadi yang keluar terakhir dan mengambil alih tugas Gempa.

"Lepaskan kaki akulah!"

"Jangan harap! Aku nak keluar dulu!"

"Ais, bangunlah... Aku kekurangan oksigen dah ni-"

"Malaslah..,"

Masing-masing sedang bergelut, kecuali seseorang. Thorn yang akhirnya dapat mengeluarkan kakinya sudah tersengih gembira. Dia bangun dari situ dan berlari ke pintu rumah. Mereka semua tidak sedar sebelum dia sendiri yang mengumumkan kemenangannya :v

Readers : Ini bukan Thorn yang aku kenal :v
Author : Yes absolutely :v

"Yeay! Thorn keluar dulu!"

Best Ke Jadi Meow? 💀Where stories live. Discover now