•17•

333 53 65
                                    

"Haih... Macam mana ni? Tok Aba pun tak nampak Gempa..,"

Semua orang melepak di ruang tamu sebaik sahaja pulang dari rumah Tok Aba. Fuh, kekenyangan juga akhirnya :v

"Hmm... Okey, cuba fikir. Kalau korang jadi kucing, korang akan buat apa?" Halilintar mengusap dagunya.

"Makan,"

"Main,"

"Tidur,"

"Mengiau,"

"Tanam pokok,"

"Pergi ke pasar raya, curi banyak-banyak makanan, bawak lari dan berkelah di tepi pantai sambil melihat ke langit, menanti turunnya hujan duit. Dengan duit tu, aku nak beli motor, kereta, rumah, baju Bye Kitty versi cetak rompak berharga RM2.60, karipap isi hidrogen hidrogen lebih, syarikat PineApel, beg tangan Gubbi, rumah korang dengan Tok Aba sekali aku nak beli,"

Krik... Krik... Krik...

"Kau ni... Siapa?"

Gadis yang muncul entah dari mana tadi memandang keenam-enam kembar elemental. Di tangannya ada buku nota dan pen biri-biri milik Yaya. Dia mencatat segala keinginannya tadi ke dalam buku nota kecil itu.

"Oh, aku... Aku budak girl, yang pantang menyerahhhhh~"

Semua orang bersweatdrop.

"Ehehe... Takdelah. Aku ni peminat kau, Boboiboy Solar! Sudi tak kau tanda tangan buku ni?"

"Eh? Ye ke?! Seriuslah?! Boleh, boleh! Meh sini!" Solar kelihatan sungguh teruja apabila gadis tidak dikenali itu mengaku sebagai peminatnya. Dia tanpa teragak-agak ingin menarik buku nota dan pen di tangan peminatnya itu, namun cepat-cepat gadis tersebut melarikan diri.

"Eh?" Solar agak terkejut.

"HAHAHAHA TAPI BOONG! BYEEEE,"

Pop!

Dalam sekelip mata, gadis itu hilang. Tercengang kembar-kembar elemental.

"Dahlah, aku dah penat dikhianati," Solar membawa diri yang lara di sudut ruang tamu dan murung di situ. Dia menangis tidak berbunyi.

"Oi Maira! Siapa perempuan tadi tu?!" serentak Blaze dan Taufan melaung ke arah Author yang tengah sibuk main filter IG sambil terjerit-jerit bagaikan anak ikan terbang ke Planet Markasatikuyajepuskusmarliunam. Di mana terletaknya planet itu anda tanya? Di tapak kaki anak cacing. Tak percaya? Pergilah tengok sendiri. Memang takde pun :v

"Hah?!" akibat terkejut mendengar laungan tanpa salam itu, Author tercampak telefon bimbit milik atok kepada jiran kepada moyang jirannya ke dalam longkang. Telefon bimbit jenama Makpia itu telang hilang dari pandangan dibawa arus. Pemergiannya ditatap oleh Tok Aba dengan pandangan sayu.

"Apa ni tetiba jerit?!" laung Author semula dengan geram.

"Perempuan tadi tu siapa?!" Taufan mengulang kembali soalannya. Hampir terkeluar anak tekak masing-masing akibat terlaung-laung. Padahal author kat depan diorang je :v Tak sampai tiga meter :v

"Isy, bisinglah kau ni! Tu kan salah seorang reader! Yang baru je lepas makan tadi tu!"

"Aduh, boleh diam sikit tak, bang, kak? Kitorang nak main sorok-sorok ni!" tiba-tiba, muncul dua orang kanak-kanak pendek bermuka seiras sedang bercekak pinggang memandang ke arah Author, Taufan dan Blaze yang sedang berdebat seperti ahli parlimen. Seorang memakai baju berwarna kuning bertulisan huruf U, dan seorang lagi berbaju biru bertulisan huruf I. Cuba teka siapa? Haa, salah. Jawapannya... Nobita dan Doraemon!

...

Suasana terus hening untuk seketika. Semua orang sedang memproses otak, memikirkan apa yang sedang berlaku sebenarnya.

Best Ke Jadi Meow? 💀Where stories live. Discover now