•5•

1K 125 126
                                    

Gempa POV

Aduh... Macam mana ni?

Aku

Dah

Jadi

Kucinggggggg

Warghhhhh!!!

Huhuhu... Aku tak kisah kalau Solar tu nak buat eksperimen. Tapi kenapa ianya melibatkan perubahan pada diri manusia? Lagi-lagi aku yang jadi mangsanya.

Aku hanya duduk di hadapan rumah.

"Duduk luar tau. Kalau kau masuk, mesti kau sepahkan macam-macam benda. Kalau rumah bersepah, mesti kitorang yang kena marah dengan abang garang tu. Muka kau tak boleh diharap sangat," ujar Ais.

Eii, boleh dia kutuk aku? Aku ni Gempalah! Aaaaaaaaaaaaa!

Pintu rumah ditutup. Kini, tinggallah aku keseorangan, eh silap! Tinggallah aku keseekoran di luar rumah. Okey, itu agak janggal bagi manusia yang baru bertukar jadi kucing macam aku ni.

Huhuhu... Apa aku nak buat? Aku nak masuk rumah...

"Meow...,"

"Meow...,"

Aku cuba memanggil adik-adik aku. Suara aku, aku kawal sesayu yang mungkin.

"Meow...,"

Kali ketiga, dan pintu terbuka.

"Kesiannya awak. Thorn minta maaf. Thorn tak boleh nak bawak awak masuk. Nanti Abang Gempa marah...," Thorn membelai kepalaku.

"Meow...," mataku dibulatkan sebulat yang boleh. Eii, macam manalah aku nak jalani hidup sebagai seekor kucing?

"Thorn! Tutup pintu tu! Nanti kucing tu masuk!" kedengaran suara Ais berteriak dari dalam rumah.

Aku cuma membuat muka sedih. Thorn... Jangan tinggalkan abang Gempa sendiri...

"Maaf meow. Thorn masuk dulu,"

Pintu ditutup semula. Aku mengeluh berat. Nak bercakap pun, mesti keluar meow je. Manalah diorang faham.

Kenapalah waktu genting macam ni diorang baru dengar nasihat aku supaya jangan bawak kucing masuk rumah? Haih...

"Psst... Psst... Gempa...," satu suara menyapa pendengaran aku. Maklumlah, kucing. Telinga tajam.

Aku mendongak dengan mata yang... Err... Bulat.

Kelihatan kelibat Solar memanggil aku. Dengan hati yang riang, aku terkedek-kedek berlari ke arahnya.

Aaarghh ni aku tak suka ni! Disebabkan aku gebu, aku nak berlari pun susah. Kenapa? Sebab kaki aku pendek. 😑 Aku mengaku yang transformasi aku kepada kucing ni gebu dan berbulu lebat :v

Aku segera melompat ke arah Solar lalu menampar-nampar pipinya kerana geram.

"Awww, sakit, Gempa. Sakit... Dah, janganlah pukul aku. Kau ni comel tau tak. Lari pun terkedek-kedek macam itik," usik Solar.

Aku memasamkan muka. Diorang tak faham bahasa aku, tapi aku faham apa yang diorang kata. Sebab aku manusia yang terseksa menjadi kucing.

"Nanti aku akan buat potion untuk kau. Tapi, mungkin mengambil masa selama beberapa bulan. Kau kena stay kat sini dan jangan ke mana-mana. Nanti kalau aku berjaya buat potion tu, kau minum. Okey?"

Aku mengangguk faham. Tapi, beberapa bulan? Warghh lamanya!

Melihat Solar yang ingin pergi, aku segera menghalangnya.

"Meow~" rayuku.

Solar hanya tersengih.

"Siapa suruh kau telan potion tu? Tengok siapa jadi kucing sekarang,"

Aku menjelingnya tajam. Bukan salah akulah! Aku mangsa keadaan je!

"Oh ye, untuk makan, minum dan mandi kau, aku akan mintak diorang tengokkan. Kau jangan menggatal nak mengawan kucing lain. Aku tampar kau kang,"

Okey, ini membuatkan aku berasa takut. Huhuhu nafsu kucing ni lain macam! Hiks... Aku nak jadi manusia balik. SEKARANG!

"Ok, aku nak kaji balik bahan-bahan tu. Ingat! Kau jangan ke mana-mana!"

Pesan Solar sebelum dia masuk ke dalam rumah meninggalkan aku.

Hmm... Nak buat macam mana lagi...

Bermulalah kisah pengembaraan aku sebagai seekor...

"Meow!"

End Of POV

Best Ke Jadi Meow? 💀Where stories live. Discover now