•9•

838 95 84
                                    

Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran Thorn dan Blaze tatkala melihat kelakuan adik kembarnya. Solar seakan-akan tidak senang duduk. Sekejap mundar-mandir, sekejap duduk. Hal ini menyebabkan Blaze berasa rimas.

"Kau kenapa? Ada masalah ke?" soal Blaze. Keningnya bertaut kerana hairan.

"Apa yang Solar nak cerita kat Thorn tu?" soal Thorn pula sambil menelengkan kepalanya ke kanan. Aduyai... Kalaulah yang jadi kucing tu Thorn dan bukan Gempa, mesti lagi ramai yang nak culik ni...

"Korang nak tau ke mana Gempa?" tanya Solar semula. Langkahnya diberhentikan. Dia kembali duduk di sebelah Ais di atas sofa yang berhadapan dengan sofa yang diduduki Thorn dan Blaze. (Ya Allah... Ayat berbelit sih... Korang faham tak ni? Jangan pengsan sebab pening sangat sudah. Susah author nanti😂)

Thorn dan Blaze mengangguk laju. Dari tadi mereka tidak nampak kelibat si abang sulung. Bukan setakat kelibat, malah bayang pun tidak nampak.

"Kalau korang nak tau... Errr... Err...," Solar tergagap-gagap. Kalau mereka tahu, pasti mereka terkejut. Lagi-lagi Thorn. Manakan tidak, dia yang paling rapat dan manja dengan Gempa.

"Apa err err ni?"

"Err... Err...,"

"Kalau setakat nak cerita pasal 'err err', baik tak payah cerita. Bazir air liur je. Baik berzikir ke, baca Quran ke, daripada bazirkan air liur untuk  cakap benda tak berfaedah,"

Zapp!!!

Terdengar panahan petir di sekeliling Solar. Begitu juga dengan author. Terhinjut bahu author menaip benda ni. Habis tercekik tulang ikan.

"Author ni menaip sambil makan ikan ke apa?" tanya reader yang baru sahaja lepas bergaduh dengan adiknya.

"Erk, mana ada! Ni tulang ikan bilis sarapan pagi tadilah!" balas author menafikan pernyataan tersebut.

"Jap, tulang ikan bilis pun boleh tercekik ke?" soal reader yang baru sahaja lepas bersin tadi.

Wait...

What-?!

Bersin?!

Woiii! Pakai sanitizer! Kekalkan jarak 1 meter! Kalau nak jauh 1 kilometer lagi bagus! Aaarghhh lariii! Covid-19!

Tidak semena-mena, Halilintar merenjat author dan readers di situ.

"Hoi, nape korang ada kat sini? Balik sekarang! Sibuk je kacau storyline," ujar Solar dengan bengang. Baru nak feeling perasaan sentap tadi.

"Ooo, halau kitorang eh? Boboiboy Halilintar bin Amato dan Boboiboy Solar bin Amato, gaji anda dipotong sebanyak 90%!" teriak author dengan nyaring sebelum mencampak readers balik ke pangkal jalan.

"Author kejam!"

Semua orang mengecam author sambil membaling selipar pada author dan author be like "apa salah aku?".

"Ya ampun, budak sorang ni... Sudah-sudahlah merepek tu," Taufan menggeleng perlahan apabila melihat muka author yang seakan-akan mintak kaki.

Ehem ehem... Berbalik pada cerita kita...

Maaf, ter'over' pulak. 😂😅🙇

Bagai dipanah petir, Solar tersentap. Kata-kata yang kedengaran sungguh sinis di pendengarannya.

"Hisy... Macam ni... Sebenarnya...," belum sempat dia menceritakan kebenaran, Halilintar menyampuk.

"Lembab betul kau ni. Sebenarnya, kucing yang si budak Polar letak kat luar tadi tu adalah Gempa. Gempa tertelan satu potion kat dalam makmal Solar. Dan tak disangka, Gempa berubah jadi kucing," Halilintar menjeling Solar dengan riak yang bersahaja. Lembab punya siput ikan cacing tulang ayam.

"Ya ampun... Sabo Hali, sabo," ujar author yang suka sangat menyampuk dan menyelit ni.

"Dah, kau duduk sana diam-diam, sambung chapter. Aku terbangkan kau nanti baru tau," ugut Taufan.

"Yelah...," author membuat muka alien yang menyerupai itik yang berwajah kambing dan digabungkan dengan gajah. Kemudian, dia sambung menaip di dalam satu aplikasi bernama yang Wattpad. Untuk pengetahuan anda, Wattpad adalah satu aplikasi di mana kita boleh berhubung dengan orang di seluruh dunia yang menggunakan app yang sama. Selain itu, kita dapat berlatih penulisan dan membaca hasil karya terbaik setiap orang dengan mudah dan efiksyen.

Ya ampun... Directnya😂 Mohon sesiapa hempuk kepala author yang dah rosak ni. Idea semuanya merepek 🙇🙇🙇 Maaf...

"APA?!"

Huhuhu... Maaf tak update... Takde data T^T Maaf jugak sebab merepek dan saya suka rosakkan storyline 😢 Hiks... T^T Kalau ada typo, bagilah tau. Jangan sampai saya gigit awak ÒAÓ Eh, lupa. Covid :'v

Best Ke Jadi Meow? 💀Där berättelser lever. Upptäck nu