•4•

1.1K 132 60
                                    

"Meow...,"

Gempa sudah hilang daripada pandangan.

Halilintar, Taufan dan Solar tergamam.

Seekor kucing berbulu lebat sedang duduk di hadapan mereka dengan wajah yang keliru.

"Oh my God! Comelnya!" para pembaca berlari-lari ingin merebut dan mendapatkan Gempa yang sudah bertransformasi menjadi seekor kucing itu.

"Oi, oi, jangan culik kucing tu. Dah! Duduk sana diam-diam dan sambung baca!" arah author kesayangan semua :v

"Perasan betul," readers duduk semula di tempat masing-masing dengan tidak puas hati. Ada yang sambung makan, ada yang sambung baring, ada yang dah taknak baca dan ada yang sedang berangan.

Author dah merepek woii! Ketuk kepala author! 😂

Okok, berbalik pada cerita :v

"G... Gempa... Kau ke tu?" soal Taufan dengan wajah yang pucat.

"Meoww...," leret sahaja jawapan kucing tersebut. Wajahnya menunjukkan bahawa dia tidak puas hati dan sedang marah.

"Korang, nampak Gempa t... Eh? Kucing siapa ni? Mana dia masuk?" Blaze yang kebetulan lalu di situ untuk mencari kelibat abang sulungnya mengerutkan dahi hairan.

"Kucing? Thorn nak tengok! Thorn nak tengok!" Thorn automatik berada di dalam makmal Solar apabila terdengar perkataan 'kucing'.

"Ewww... Kucing? Bawak keluar! Nanti habis bersepah rumah ni dibuatnya! Gempa kan tak bagi kucing masuk rumah," Ais segera mendukung 'Gempa' dan membawanya ke bawah.

Manakala Halilintar, Taufan dan Solar masih termangu di dalam makmal itu dengan wajah yang sangat pucat.

"Solar... Kau buat potion untuk ubah orang jadi...,"

"Kucing ke?"

"Haah."

Mereka kembali senyap.

"Maknanya... Eksperimen aku kali ni... Berjaya!"

Thorn dan Blaze yang masih tidak faham apa-apa hanya diam. Pelbagai persoalan menghentam dinding fikiran mereka.

Best Ke Jadi Meow? 💀Where stories live. Discover now