[1] Pengenalan

6K 61 0
                                    

"Weh Marissa tadi an aku terkunci dalam tandas sia"

Ungkapan yang bernada lelah keluar daripada mulut Fasha, rakan baik Marissa, sebaik sahaja melangkah masuk ke kelas 6 Delima.

"Lah mati-mati aku ingat kau nak lari rumah pindah duduk dekat tandas tadi, baru nak bawak selimut" perli Marissa yang hairan mengapa sahabatnya berada di dalam tandas terlalu lama.

"Tapi an tadi masa aku jalan keluar tandas, dengar cerita cikgu-cikgu gossip, lusa ada cikgu baru masuk, agak-agaknya handsome tak? ehehe" kata Fasha.

Marissa yang tidak asing lagi dengan perangai rakan karibnya itu pun membalas "engko kalau bab-bab ni laju eh cuba kalau nak masuk chapter baru subjek fuh bukan kemain liat". "alaa engko ni cuba semangat sikit kalau cerita pasal lelaki" balas Fasha.

Sejak Fasha dan Marissa mula berkawan di sekolah rendah lagi, ini telah menjadi tanda tanya Fasha 'mengapa Marissa tidak pernah bercinta' walhal Marissa merupakan seorang perempuan idaman.

Marissa yang sedang fokus mengulang kaji pelajaran sambil melihat pemandangan luar tersentak lalu memandang ke arah Fasha dan berkata "berapa banyak kali aku nak ulang, bercinta dekat sekolah ni buang masa je, baik aku mimpi kahwin dengan artis korea terus". "apa-apalah ko ni pelik betul aku" Fasha membalas.

Mereka sambung mengulang kaji pelajaran subjek guru seterusnya.

"Assalamualaikum murid-murid" kedengaran suara Cikgu Bariza memberi salam. "Waalaikummussalam w.b.t cikgu Bariza yang comel" balas kelas 6 Delima. "Lambat cikgu masuk kelas harini, cikgu singgah pergi vending machine lagi lah tu hihihi" kata-kata daripada seorang pelajar lelaki yang nakal tetapi permata kelas bernama Danny. "ish kamu ni Danny mana ada lah, saya pergi berjumpa pengetua untuk settlekan tarikh cuti bersalin, yer lah takut-takut ada jugak cikgu beranak dekat sini" balas Cikgu Bariza yang mengajar subjek Geografi dan sarat mengandung itu.

"Cikgu nak bagitahu kamu semua ni bermula lusa, cikgu akan mengambil cuti bersalin jadi, akan ada guru lelaki baharu yang akan menggantikan cikgu"

"Alaa cikgu lelaki? baru nak semangat kalau cikgu perempuan muda cantik ohok" kata Firdaus atau dikenali sebagai Daus. Firdaus ini kalau tak buat kelas huru-hara satu hari memang tak sah.

"Kamu tak payah mengada-ngada eh Daus, cikgu bagitahu Cikgu Norman yang kamu pernah kutuk dia depan cikgu nanti"

"Ehhhh takperlah cikgu saya gurau je tadi hihihi cikgu lelaki pun cikgu lelaki lah hihi" balas Daus yang gerun akan Cikgu Norman, cikgu disiplin sekolah itu.

"Haa tahu takut" balas Fasha.

"Okeylah kita sambung pelajaran kita, dekat mana cikgu berhenti hari itu?" "Dekat buku teks muka surat 78 cikgu" jawab Kelas 6 Delima dengan semangat.

Mereka pun belajar seperti biasa hingga tamat sesi persekolahan hari tersebut.

Cikguku Musuhku JodohkuWhere stories live. Discover now