[9] Aku Punya Lah !

1.4K 15 0
                                    

"Penat gila weh tadi... boleh pulak aku ter..jatuh masa lari, buat malu je." kata Marissa kepada Fasha dengan nafasnya tidak cukup dan tercungap-cungap setelah sampai sahaja di pintu kelas.

"Ha tu lah kau, aku dah pesan lipat kain tu taknak dengar." balas Fasha.

Marissa duduk di kerusinya. Sebaik sahaja dia membuka tote bag miliknya untuk mengambil buku latihan, dia perasan akan kewujudan kertas seperti kad berwarna biru di dalam begnya itu. "Aik?" Marissa hairan. Dia pun membuka kad tersebut.

----------------------------------------------------------
Cuba pergi ke kantin, tengok dalam peti sejuk kantin tu. Harap awak suka ye!
----------------------------------------------------------

Marissa yang penat berlari tadi terdiam seketika dan cuba mengenal pasti penulis surat tersebut. Setelah beberapa detik memikir, dia tetap buntu dan tiada jawapan di dalam mindanya.

"Nak pergi sekarang ke nanti? Kalau sekarang buatnya prank ada lipas ke, mati aku tapi kalau pergi nanti takut aku lupa pulak, hm." kata Marissa di dalam hatinya.

Marissa cuba meyakinkan dirinya untuk pergi ke kantin untuk mengetahui isi tersirat surat tersebut.

Marissa yang berjalan dengan terkedek-kedek hampir sampai ke kantin sekolah. Perasaannya yang takut dan musykil tentang surat tersebut berubah apabila dia melihat Cikgu Aqilah di hadapan peti sejuk kantin.

"Ni plastik Hanan bawak tadi kan, dia bawak apa eh?" Cikgu Aqilah bermonolog sambil membuka plastik di dalam peti sejuk itu.

"Only for you, hope you enjoy it - H, wah untuk I ke ni? comel lah Hanan ni." kata Cikgu Aqilah.

"Eh tu saya punya lah cikgu!" jerit Marissa yang bergegas ke hadapan peti sejuk.

"Eh suka hati je! Ni Hanan beli special untuk I, perasan sangat kenapa??" tempik Cikgu Aqilah.

"EE NI SAYA PUNYA!" balas Marissa.

Marissa dan Cikgu Aqilah bergaduh sambil berebut plastik putih itu. Kelakuan mereka sangatlah tidak matang terutamanya Cikgu Aqilah yang lebih berusia itu. Ternyata kandungan di dalam beg plastik tersebut ialah chocolate brownies.

"Ni kek Cikgu Hanan nak bagi saya lah sebab saya pulangkan balik jam dia!" kata Marissa dengan nada yang tidak puas hati.

"Brownies ni memang kek favourite I pun so Hanan beli untuk I sebab I pernah mention dekat dia haritu!" balas Cikgu Aqilah yang tidak mahu mengalah.

Marissa yang penat melihat kelakuan Cikgu Aqilah yang seakan budak-budak itu pun mengalah dan terus ke kelas dengan muka yang monyok.

"Kenapa aku rasa marah eh bila Cikgu Aqilah nak ambil benda tu? Aku cemburu?? Kenapa Cikgu Hanan dalam kepala aku ni?? ew." Marissa terdetik seketika.

Dia yang teringat akan moto hidupnya yang tetap kental dan tidak terpikat kepada mana-mana lelaki itupun berjalan menuju ke kelas dengan selambanya.

Menyingkap dari sudut yang lain, Cikgu Hanan yang berada di dalam mesyuarat itu berasa tidak sabar untuk mengetahui reaksi Marissa terhadap hadiah pemberiannya.

Cikguku Musuhku JodohkuWhere stories live. Discover now