[5] Sakit Hati

2.4K 31 1
                                    

Perhimpunan pagi didahulukan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Semua murid dikehendaki berdiri tegak sambil menyanyikan lagu-lagu tesebut dengan bersemangat.

Kebetulan Marissa tidak sempat mengambil sarapan paginya sebelum ke sekolah, jadi Marissa kelihatan tidak bermaya ketika di sekolah. Marissa seakan mahu pitam ketika menyanyikan lagu kerana dia tidak larat untuk berdiri lama. Tubuhnya yang tidak stabil bergoyang ke kanan ke kiri seperti pokok kelapa ditiup angin. Selepas nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah, perhimpunan diteruskan dengan bacaan ikrar dan doa. Marissa yang lelah berdiri itu mula terduduk merehatkan diri.

"EH! Marissa! Amboi sedap duduk awak ingat ini apa?! Fans Sign Stray Kids awak nak santai santai ha?! Berdiri sekarang!" marah Cikgu Aqilah dari belakang.

Marissa berasa sakit hati dan seakan mahu menangis apabila dimarah sebegitu rupa depan khalayak ramai. Dia yang langsung tidak bertahan untuk berdiri lama itu mula bangun apabila namanya dipanggil oleh Cikgu Aqilah di atas pentas untuk berdiri di sebelahnya dan dikenakan denda untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah semula. Marissa yang tidak mampu melawan terpaksa akur dengan suruhan gurunya. Walaupun malu dan geram tetapi Marissa tidak dapat melawan kerana kehabisan tenaga. Mukanya pucat seakan mayat hidup berjalan menaiki anak tangga pentas.

Negaraku..Tanah..tumpah..nya..dar-
BOOM!

Marissa tiba-tiba pitam dan tidak sedarkan diri.

"Eh Marissa, awak bangun sekarang boleh pulak awak baring-baring eh?? Marissa..Marissa" teguran Cikgu Aqilah tidak mendapat respon daripada pelajar jelita itu.

"MARISSA-" jerit Cikgu Hanan yang panik melihat Marissa jatuh rebah atas pentas itu berlari daripada tempat duduknya untuk mengangkat Marissa untuk dibawa ke bilik sakit.

"Hanan, I rasa budak ni sengaja je jatuh so that dia tak payah lah nyanyi" perli Cikgu Aqilah kepada Cikgu Hanan.

"Eh you kalau takde benda baik nak cakap pasal Marissa, you tolong tutup mulut you tu" marah Cikgu Hanan kepada cikgu gedik itu. Cikgu Aqilah yang terkejut mendengar ayat yang keluar daripada mulut Cikgu Hanan itu pun beredar dari situ tanpa memberi sebarang bantuan dengan muka merajuk gediknya.

Setelah linkungan 30 ke 40 minit Marissa tidak sedarkan diri, dia terbangun tetapi tidak berdaya untuk menggerakkan badannya. Marissa terkejut melihat Cikgu Hanan sedang duduk menunggu disampingnya.

"C..c.cikgu buat apa dekat sini?" tanya Marissa kepada Cikgu Hanan. "Saya tunggu awak sedarkan diri lah Marissa uii risau saya kalau jadi apa-apa dekat awak" balas Cikgu Hanan yang bertindak prihatin itu. "Eh s..saya okay je cikgu, saya tak sempat ambil sarapan pagi tadi dan malam semalam saya tak makan sebab tiada mood, memang salah saya, jadi cikgu tak perlulah risau." balas pelajar popular itu. "Lain kali ambil sarapan, jangan skip meals, buatnya awak jatuh sakit ke apa tak tidur malam saya dibuatnya." kata Cikgu Hanan. Cikgu Hanan yang tersedar dengan apa yang telah dia katakan itu berpaling muka kerana malu dan terus mengucapkan selamat tinggal dan mendoakan kesihatan Marissa lalu beredar.

"Eh dah kenapa aku pulak yang dirisaukannya, bukan aku suka dia pun ee" bisik Marissa di dalam hatinya.

Di bilik guru

"Hanan, sampai hati you marah I kan? You ingat I takde perasaan ke?" pertanyaan diiringi lakonan muka sedih daripada Cikgu Aqilah membuatkan Cikgu Hanan rasa jengkel dengan sikap Cikgu Aqilah yang tidak matang itu. Pertanyaan tersebut dibalas dengan jelingan maut daripada Cikgu Hanan. Cikgu Aqilah berasa gerun dengan jelingan yang diberikan lalu dia terus ke tempat duduknya untuk sambung kerja.

"Ee kenapa dia lebih pentingkan Marissa yang tak cantik tu daripada aku cikgu ter-hot kat sekolah ni?? Ee geramnya aku!" Cikgu Aqilah bermonolog.

"Sudah-sudah lah tu Aqilah, engkau tu bukanlah lawa mana pun sedar lah diri sikit, pergi beli cermin cuba cermin diri sendiri, dengan tudung sengetnya, ada hati nak buat Cikgu Hanan tertarik, hm." perli Cikgu Zakwan, cikgu senior sekolah tersebut.

"Ee sakitnya hati aku!!" jerit Cikgu Aqilah dalam hatinya.

5 minit sebelum tamatnya sesi persekolahan hari tersebut, Cikgu Hanan bergegas ke bilik sakit untuk melihat keadaan Marissa.

"Marissa, awak okey??" tanya Cikgu Hanan dengan nada yang lelah kerana terpaksa berjalan sejauh 2 blok daripada bilik gurunya. "Saya okey je, cikgu tak payah lah risau, yang sakitnya saya." balas Marissa yang pelik dengan sikap gurunya itu. "Nak saya pimpin awak ke pagar sekolah ke?" tanya Cikgu Hanan kepada Marissa. "EHHH tak payah tak payah apoo risau sangat ni cikgu, saya pitam je cikgu bukannya saya kena operate ke apa tadi" balas Marissa. "Kalau macamtu biar saya teman awak jalan ke pagar" Cikgu Hanan mempelawa Marissa. Marissa yang tidak mampu menolak pelawaan itu kerana dia sudah malas menjawab persoalaan yang ditujukan kepadanya berulang kali pun berkata 'Ha ye lah ye lah cikgu haih".

Dengan berhati-hati, Marissa berjalan terkedek-kedek ke pagar sambil ditemani Cikgu Hanan yang bimbang dengan keadaan Marissa itu.

"Dah sampai pun pagar, awakni jagalah kesihatan elok-elok, jangan biar rupa jer elok, kesihatan pun kena elok juga" pesan yang ke berpuluh kali oleh Cikgu Hanan kepada Marissa.

"Amboi bermesraan nampak! Marissa, awak jangan sampai saya bagitahu mak bapak awak yang awak menipu untuk menyelamatkan diri awak daripada didenda eh!" kata Cikgu Aqilah kepada Marissa. Cikgu Aqilah tidak pernah bercakap dengan Marissa menggunakan nada suara yang lembut setelah mengetahui identiti pelajar tersebut. Cikgu Hanan yang bimbang dengan emosi Marissa ketika itu lantas membalas "Eh Aqilah, sekali lagi you bercakap kasar dengan anak murid you, I tak akan teragak-agak nak report you dekat pengetua eh, kalau dah habis cakap tolong pergi dari sini".

Marissa yang terkejut dengan tindakan Cikgu Hanan pandang terus ke arah cikgu tampan itu dengan mata berkacanya.

"C..cikgu tak payah lah marah Cikgu Aqilah, saya dah biasa dah dengan sikap Cikgu Aqilah, kadang-kadang tu adalah terasa sikit tapi lama-lama nanti saya dah terbiasakan diri lah tu" Marissa cuba menenangkan diri dan Cikgu Hanan.

"Haih Marissa awakni, haa kereta abang awak dah otw sampai, saya pergi dulu ye, jaga diri tu elok-elok. Assalamualaikum" kata Cikgu Hanan.

"Baik cikgu. Waalaikummussalam" balas Marissa lalu pulang ke rumah.

Cikguku Musuhku JodohkuWhere stories live. Discover now