[2] Kedatangan Cikgu Baharu

3.8K 32 1
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pelajar perempuan di Tingkatan 6 Delima. Ketibaan guru lelaki baharu.

"Weh weh weh Marissa, ada cikgu lelaki kurus herlok menuju ke kelas kita lah AAA tak sabarnya"

Fasha yang mengintai dari luar kelas dengan teruja memberitahu Marissa yang sedang asyik membaca novel kepunyaannya dan tidak mengambil kisah tentang figura guru lelaki tersebut.

Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi tapak kasut kulit berdekatan dengan pintu kelas dan akhirnya terlihat individu lelaki yang berpakaian kemeja dan seluar slack serba hitam berbadan tidak terlalu kurus, berotot, rambut mengikuti fesyen terkini, rupawan dan tinggi melangkah masuk ke kelas 6 Delima.

"Weh Marissa, selama aku hidup ni first time aku nampak jelmaan bidadara menjadi cikgu" kata Fasha yang ternganga melihat rupa guru tersebut. Matanya bersinar-sinar dan bersemangat untuk belajar.

Marissa menutup buku yang dibacanya lalu memandang ke depan. Figura guru lelaki tersebut seperti familiar bagi Marissa. Setelah beberapa saat meniliti, Marissa terkejut kerana guru lelaki tersebut merupakan senior sekolah menengahnya.

"Assalamualaikum semua, nama saya Hanan Aqasha bin Izmal, boleh panggil saya Cikgu Hanan" guru lelaki tersebut memperkenalkan dirinya sebaik sahaja meletakkan barangan kepunyaannya di atas meja guru.

"Umur cikgu berapa?" "Cikgu single lagi ke?" "Cikgu asal mana?" "Cikgu kenapa handsome sangat?"

Berbagai-bagai soalan yang ditujukan kepada Cikgu Hanan oleh pelajar perempuan kelas 6 Delima. Marissa yang masih tidak percaya senior sekolahnya yang berusia tua 2 tahun daripadanya itu akan menjadi gurunya, hanya melihat terus ke arah Cikgu Hanan tanpa berkelip.

"Kamu okey?" tanya Cikgu Hanan ke Marissa yang kelihatan seperti telah melihat sesuatu ajaib.

Marissa dengan gagap menjawab "s..s.saya okey je". Cikgu Hanan sememangnya mengecam muka juniornya itu, Marissa yang cantik dan muka persis Liza Soberano.

Sesi perkenalan diri berlangsung dan setiap murid Kelas 6 Delima memperkenalkan diri masing-masing termasuk Marissa. Kini, giliran Cikgu Hanan memperkenalkan dirinya. Satu per satu diberitahunya kepada kelas. Cikgu Hanan perasan yang Marissa sedang membaca novel seakan tidak mengambil kisah tentang fakta dirinya lalu bertanya, "Marissa awak tak berminat nak kenal cikgu ke?". Marissa yang terkejut dengan persoalan Cikgu Hanan pun menjawab "Eh- t..takdelah cikgu, saya rasa nama dan umur pun dah cukup untuk mengenal cikgu". Cikgu Hanan terdiam seketika dan menyorokkan senyumannya.

Setelah selesai sesi perkenalan diri, mereka menyambung pelajaran Geografi itu dengan semangat.

"Weh Marissa, asal kau gagap tadi, kau dah terjatuh hati dekat Cikgu Hanan ehhh eleh chia chia chia" usik Fasha. "Mana ada lah gila, kau tak ingat ke Cikgu Hanan tu kan senior sekolah kita dulu" balas Marissa. "Ehh lah ye ke? tak tahu pulak aku, maklumlah waktu sekolah menengah aku pandang Haziq je", Haziq merupakan crush Fasha ketika sekolah menengah.

Cikgu Hanan sememangnya menjadi lelaki pujaan ketika berada di sekolah menengah dahulu. Beliau pandai dan menjadi Top Student 5 tahun berturut-turut, rupawan, tinggi, atlet sekolah, baik hati, popular dikalangan warga sekolah termasuk junior, senior dan makcik cleaner tetapi poyo dan sering dimarahi oleh guru-gurunya kerana suka tidur di dalam kelas.

Cikguku Musuhku JodohkuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ