[3] Perasaan Apakah Ini?

3.4K 29 0
                                    

"Kringgggg......"

Lonceng yang menandakan waktu rehat berbunyi selama 10 saat. Semua pelajar bergegas dan bersemangat mengemas barangan untuk ke kantin. Kebiasaannya, Marissa dan Fasha akan ke tandas terlebih dahulu sebelum ke kantin. Al-maklumlah perempuan kena lah pastikan penampilan diri sentiasa terjaga, perempuan dengan cermin ibarat isi dan kuku.

"Fasha, kau pergi lah cop tempat dulu takut banyak orang lah dekat kantin tu" kata Marissa kepada Fasha. "Okey aku pergi dulu tau, jumpa dekat tempat biasa" balas Fasha lalu keluar dari tandas.

Beberapa minit kemudian, Marissa pun keluar dari tandas dengan kelihatan sungguh menawan. Sudah menjadi kebiasaan apabila ramai pelajar lelaki sengaja tunggu di laluan ke kantin semata-mata untuk melihat kelibat Marissa. Marissa meneruskan perjalanannya ke kantin dan duduk bersama Fasha.

"Weh aku pergi beli makanan dulu tau" kata Marissa kepada Fasha yang berselera menikmati hidangan bihun sup yang dibelinya di kantin itu. "Okey...okey" balas Fasha yang penuh makanan dalam mulutnya itu.

Marissa beratur untuk membeli nasi berlauk kerana ianya merupakan kegemaran Marissa, lauk telur dadar dan kuah masak lemak cili api. Meskipun lauk yang diambil olehnya sedikit sahaja tetapi rasa lazatnya tidak terkata.

"Assalamualaikum makcik, hihi macam biasa lauk ni je" sapa Marissa kepada makcik kantin, Makcik Inon, di kaunter pembayaran.

"Waalaikummussalam dikk, cantiknya kamu hari ini, macam biasa semuanya berharga RM 5 sahaja" balas Makcik Inon dengan senyuman lebarnya.

Marissa pun cuba mengeluarkan duitnya dari poket baju kurungnya itu. Alangkah malang nasibnya apabila dia terlupa untuk membawa duit belanja ke sekolah kerana dia terbangun lewat pada hari tersebut.

"Er makcik s..saya terlupa bawak d..d.duit hari ini" kata Marissa kepada Makcik Inon dengan perasaan getar getir jikalau Makcik Inon memarahinya.

"Eh kamu kan sudah mengambil makannya haruslah dibayar" balas Makcik Inon dengan nada yang berbeza.

"Nah makcik, RM 5"

Duit RM 5 dihulurkan kepada Makcik Inon. Marissa terkejut dan lega pada masa yang sama menoleh kepalanya ketepi untuk melihat insan yang manakah sanggup menolongnya itu. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati Cikgu Hanan yang menghulurkan duit itu.

"Hari ini saya belanja dia makcik" kata Cikgu Hanan sambil senyum ke arah Makcik Inon.

"T..t.terima kasih cikgu" ucap Marissa kepada Cikgu Hanan. "Sama-sama Marissa, lain kali pastikan duit cukup dulu baru ambil makanan" pesan Cikgu Hanan. "Baik cikgu, terima kasih lagi sekali" balas Marissa.

Buat pertama kalinya jantung Marissa berasa berdebar apabila seorang lelaki menolongnya walaupun itu sudah menjadi kebiasaan. 'Dup dap dup dap' bunyi seakan tong drum itu menggambarkan bunyi jantungnya.

"Weh tadi kan Cikgu Hanan belanja aku doh sbb aku tak bawak duit" kata Marissa kepada Fasha. "Kau tak bagitahu pun aku dah tahu dah, dah berapa banyak orang gossip pasal kejadian tu, aku syak kan cikgu minat kau doh" balas Fahsa. "Eh kau tak payah merepek lah Fasha" bidas Marissa.

Habis sahaja waktu rehat, semua murid kembali ke kelas masing-masing untuk belajar.

"Marissa, Cikgu Aqilah panggil kau doh, aku tak tahu lah apa yang dia tak puas hati lagi dengan kau" panggil Anis, ketua kelas 6 Delima, sebaik sahaja pulang dari bilik guru.

Cikgu Aqilah sering tidak berpuas hati dengan Marissa kerana dia bukan sahaja mampu menarik perhatian para pelajar malah para guru bujang juga. Cikgu Aqilah yang menggelar dirinya 'Cikgu ter-Hot' berasa tersaing dengan kewujudan Marissa.

"Eh Marissa saya dengar cerita Cikgu Hanan belanja kamu di kantin tadi, kamu sengaja jer kan nak mengorat Cikgu Hanan" kata Cikgu Aqilah kepada Marissa dengan nada tidak berpuas hati dan muka berkerut.

"Cikgu, kalau tak ada benda penting nak cakap dengan saya, tolong jangan ganggu waktu pembelajaran saya ye" balas Marissa yang serik dengan perangai Cikgu Aqilah.

"Saya belanja Marissa sebab dia terlupa untuk bawa duit makan, bukan sebab dia nak mengorat saya"

Suara Cikgu Hanan kedengaran. Rupa-rupanya Cikgu Hanan mencuri-curi dengar perbualan antara Cikgu Aqilah dan Marissa kerana beliau juga turut mengetahui tentang sikap Cikgu Aqilah daripada mulut guru-guru lain.

"Eh.. s..saya c..cuma nak pesan kepada Marissa yang lain kali jika dia tertinggal wang saku, jumpalah dan mintalah wang saya kerana takut menyusahkan guru lain" sambil tersenyum. 'Ei dia ni kan tolonglah pengetua bagi dia ni cuti 5 tahun, tak payah aku tengok muka dia ni' kata Marissa yang menyampah dalam hatinya. "Okeylah Marissa awak boleh ke kelas sekarang, kalau ada apa-apa jangan segan berjumpa saya ye" kata Cikgu Aqilah sambil menjegil matanya ke arah Marissa.

Marissa yang pulang ke kelasnya dengan muka marah telah menceritakan kesemuanya kepada rakan kelasnya. Kebetulan, subjek kelasnya pada waktu tersebut ialah Geografi, subjek Cikgu Hanan.

"Kalaulah aku boleh pecat cikgu-cikgu dekat sekolah ni Cikgu Aqilah akan jadi cikgu pertama aku keluarkan." kata Marissa kepada rakan-rakan membawangnya sambil menulis di dalam diarinya.

"Marissa ke sini sekejap" panggil Cikgu Hanan.

"Saya tak mahu dengar awak mengumpat atau kutuk cikgu-cikgu lagi ye, mereka itu cikgu kamu" marah Cikgu Hanan. Marissa tidak faham mengapa dirinya dimarahi Cikgu Hanan yang mengetahui kejadian sebenar. "T..tapi saya tak buat kesalahan apa-apa pun, kenapa saya dimarahi oleh Cikgu Aqilah??" dengan nada yang agak tinggi kerana stimuli respons perempuan ketika tidak berpuas hati. "Tak kisah lah kamu bersalah atau tak tetapi kamu tidak ada hak untuk mengumpat cikgu kamu." bidas Cikgu Hanan.

Marissa yang dalam keadaan marah dan hampir menangis itu tetap bersabar kerana prinsipnya yang harus sentiasa kental, kembali ke tempat duduknya tanpa berkata apa-apa terus membuat kerjanya dan tidak bersembang sehingga tamat sesi persekolahan hari itu.

"Marissa, kau okey tak? Aku kena balik dah ni kakak aku dah sampai" tanya dan kata Fasha kepada Marissa di hadapan pagar sekolah, tempat menunggu ibu bapa atau penjaga menjemput pulang. "Hm aku okey je, balik lah, jaga diri tau beb" balas Marissa yang tiada mood itu.

Kini, tinggal Marissa sahaja menunggu keseorangan.

"Nah ais krim, aku tahu kau suka ais krim ni kan, aku nampak kau sedih semacam je." kata Zafran kepada Marissa sambil menghulurkan ais krim vanilla. Zafran yang menyukai Marissa dalam diam itu cuba mengambil hati Marissa. "Mana kau tahu aku suka ais krim ni?, terima kasih tau weh" balas Marissa sambil tersenyum lalu memakan ais krim kegemarannya itu. Selepas beberapa minit bersembang dengan Marissa, Zafran pulang ke rumah kerana ibunya telah sampai untuk menjemputnya. Marissa terpaksa menunggu lama seorang diri kerana abang sulungnya menjemputnya lambat.

"Marissa, kenapa awak duduk berdekatan dengan lelaki sesuka hati awak?!" Marissa terkejut mendengar suara Cikgu Aqilah secara tiba-tiba. Marissa perasan yang Cikgu Hanan berdiri di sebelah Cikgu Aqilah. "Marissa, saya taknak awak bermesra dengan lelaki di kawasan sekolah ye, tak manis orang pandang" kata Cikgu Hanan.

'Ei apa masalah dedua cikgu ni tak habis-habis sakitkan hati aku, ei serabutlah' marah Marissa di dalam hatinya. "Yer lah cikgu-cikgu" jawab Marissa yang tahu dia tidak bersalah lalu memasuki kereta abangnya dan pulang.

Marissa tidak faham tentang perasaannya pada hari tersebut. Pagi tadi, hatinya seakan-akan berbunga kerana dibelanja oleh Cikgu Hanan tetapi bertukar menjadi marah disebabkan oleh Cikgu Aqilah dan bertambah marah apabila Cikgu Hanan memarahinya. Tetapi, dia sempat tersentuh dan tersenyum dengan perbuatan Zafran. Malangnya, perasaannya kembali betukar marah setelah ditegur oleh kedua-kedua cikgu sewaktu pulang ke sekolah.

Cikguku Musuhku JodohkuWhere stories live. Discover now