[8] Jam Tangan

2.1K 28 4
                                    

Setelah pulang ke rumah dari jamuan iftar di rumah Marissa, Cikgu Hanan lantas sedar bahawa dia tertinggal jam tangannya di tandas rumah Marissa semasa dia membukanya ketika mengambil air wudhu'.

'Aduh jam tangan aku..' keluh Cikgu Hanan.

Ting!

Kedengaran bunyi notifikasi telefon pintar Cikgu Hanan.

--------------------------------—------------------
Aslm cikgu, cikgu tertinggal jam cikgu kat toilet rumah saya. Esok saya bawakan ke sekolah ye cikgu. Selamat malam.
------------------------------------------------------

Teks yang dihantar oleh Marissa kepada Cikgu Hanan membuatkan Cikgu Hanan terkejut dan gembira pada masa yang sama. Dia yang sempat mengeluh kerana jam tangannya itu kembali ceria apabila Marissa mengirimkan mesej.

-----------—----------------------------------------
Wslm, terima kasih ye Marissa. Esok cikgu bawakan kek chocolate kegemaran kamu sebagai balasan. Selamat malam.
------------—-------—-----------------------------
Balas Cikgu Hanan.

Marissa di rumah hairan bagaimana Cikgu Hanan mengetahui tentang makanan kegemarannya sedangkan dia tidak pernah memberitahu kepada sesiapa melainkan ibu bapanya dan rakan baiknya.

'Aik macam mana cikgu tahu eh? ah apa apa lah janji dapat kek chocolate hihi' Marissa bercakap bersendirian.

Di sekolah

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kelas"

"Waalaikummussalam w.b.t" jawab Kelas 6 Delima dengan penuh bersemangat.

'Hari ini cikgu ada mesyuarat kejap lagi, jadi cikgu tinggalkan kerja dan latihan untuk kamu semua buat ye, sila buka buku latihan geografi set 3 dan siapkan ye' pesan Cikgu Hanan.

'Baik... cikgu...' jawab Kelas 6 Delima.

'Weh Marissa kau tak bagi lagi eh jam cikgu tu?' tanya Fasha kepada Marissa.

'Eh haah do belum lagi, kejap aku pergi kejar cikgu lah, nak pergi mesyuarat tapi lupa jam apoo' balas Marissa.

Marissa pun segera mengejar Cikgu Hanan yang sedang dalam perjalanan ke bilik mesyuarat sambil memegang kain yg agak labuh dan jam tangan pada masa yg sama.

'CIKGUUU !'

BOOM

Kedengaran bunyi Marissa yg jatuh tersungkur kerana terpijak kainnya sendiri.

'Astaga Marissa ! Ya Allah kamu ni kan' kata Cikgu Hanan sambil berlari ke arah Marissa dan memimpinnya untuk bangun berdiri.

'Kamu okay tak? Ada cedera mana-mana ke? Nak duduk bilik sakit ke? Nak plaster ke minyak ke?? Awak nak balik saya boleh cal-'

'Cikgu, saya jatuh terpeleot je tau bukan terjun tangga aduhai.. risau benorr' potong Marissa.

'Haih jalan tu lain kali hati-hati, lipat kain tu kalau labuh, kan dah kotor jatuh' kata Cikgu Hanan sambil menepuk membersihkan kawasan yang kotor pada kain Marissa.

'B..baik cikgu' balas Marissa yang tiba-tiba sahaja merasakan degupan jantungnya laju seakan-akan tersentuh dengan perbuatan Cikgu Hanan itu.

'Nah cikgu jam ok bye' Marissa terus berjalan laju sesudah memberi jam tangan kepada Cikgu Hanan.

'T..teri amboi lajunya pergi, TERIMA KASIH !' jerit Cikgu Hanan sambil tersenyum melihat gelagat Marissa.

Cikgu Hanan terus menuju ke bilik mesyuarat sambil memakai jam tangan miliknya itu.

  

Cikguku Musuhku JodohkuWhere stories live. Discover now