[6] Iftar Ramadan (1)

2.1K 26 0
                                    

Bulan Ramadan kini menjelma, semua umat islam diwajibkan berpuasa. Pelajar-pelajar sekolah juga tidak dikecualikan. Marissa dan rakan-rakannya juga turut melaksanakan ibadah puasa dan kini sudah masuk hari ke-10 berpuasa.

Group WhatsApp 6 Delima

Fasha : Weh jadi tak iftar sama-sama harini?

Anis : Haah lah weh harini kan sepatutnya berbuka puasa sama-sama.

Firdaus : Tapi Marissa dah sihat ke belum? Kesian dia.

Fasha : Semalam masa aku call dia, dia kata dia okay je alhamdulillah.

Danny : So jadi ke tak ni? Aku nak kena bagitahu mak bapak aku ni kang takde sape nak hantar aku.

Zakri : Aku onz je bila-bila pun hehe.

Marissa : Eh sorry doh korang tadi aku ada hal sekejap tak sempat nak pegang phone, eh jadi² malam ni iftar sama-sama wohoo. Mak aku dah masak and tempah catering dah so sape-sape yang free jemputlah datang.

Cikgu Hanan : Saya pun dijemput sekali ke?

Marissa : Eh lupa cikgu ada dalam group ni waduh, kalau cikgu free jemputlah datang.

Fasha : Okay beb.

Zakri : Onzz.

Danny : Okk nasib bapak aku boleh hantarkan.

Anis : Weh Marissa, aku datang lambat sikit tau, aku kena teman mak aku beli barang kejap.

Cikgu Hanan : Saya free je malam ni. Jumpa kamu semua ye.

Marissa : Okayy guyss
----------------------------------------------------------
Marissa mencari baju yang sesuai untuk dikenakan pada malam tersebut. Dia buntu dan bingung untuk memilih baju yang berwarna gelap atau cerah. Marissa yang dalam kebuntuan itu pun menelefon Fasha untuk mendengar pendapat kawan rapatnya itu. Akhirnya, Marissa membuat keputusan untuk memakai gaun berwarna nude dan mengenakan tudung berwarna coklat cair. Penampilannya yang sangat menawan itu pasti bakal membuat ramai terpikat.

Rakan-rakan Marissa sepatutnya hadir sebelum jam 6:30 petang

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Rakan-rakan Marissa sepatutnya hadir sebelum jam 6:30 petang. Sebelum rakan-rakannya tiba di rumahnya, Marissa mengemas rumah dan meja supaya tetamu yang datang akan berasa lebih selesa. Marissa sangat mementingkan kebersihan dan kecantikan jadi, tidak hairanlah jika dia sanggup mengemas berjam-jam semata-mata untuk mencantikkan kawasan sekeliling.

Tepat pada pukul 6:15 petang, rakan baiknya, Fasha sampai. Mereka pun bersalaman dan Marissa mempelawa Fasha untuk ke meja makan.

"Weh bapak cantik sia kau malam ni" puji Fasha setelah melihat penampilan Marissa.

"Eh ngko ni, apa kurangnya kau" balas Marissa.

"Aku tak sabar nak tengok penampilan Cikgu Hanan, orang kata dekat luar dia lagi handsome hehehe" kata Fasha kepada Marissa.

"Ee entah pape entah kau ni, malas aku nak layan" balas Marissa yang malas untuk menyambung topik itu.

Setelah beberapa minit berlalu, rakan-rakan sekelas Marissa yang lain turut datang. Ada yang datang membawa makanan dan jamuan tambahan. Semua dipelawa untuk ke meja makan sambil menunggu azan maghrib. Ibu bapa Marissa pun turun dari kamar mereka menyapa rakan-rakan anaknya itu. Ibu bapa Marissa memang dikenali dengan sikap peramah dan baik hati mereka.

'Wah, ramainya yang datang hari ini, tak sabar aunty dengan uncle nak join kamu semua ni' seloroh ibu Marissa. Semua hanya ketawa apabila mendengar kata-kata Datin Mazlyna itu.

Kini tinggal lagi 5 minit sebelum azan maghrib berkumandang. Kelihatan kelibat seorang lelaki memasuki pintu masuk. Figura lelaki tersebut telah memukau semua orang di situ. Tidak disangka lagi, ia merupakan Cikgu Hanan yang memakai baju berwarna kelabu dan berseluar hitam. Beliau kelihatan sungguh tampan.

"Assalamualaikum, maaf lewat sikit, traffic jam tadi huhu" kata Cikgu Hanan sebaik sahaja melangkah masuk pintu utama

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Assalamualaikum, maaf lewat sikit, traffic jam tadi huhu" kata Cikgu Hanan sebaik sahaja melangkah masuk pintu utama.

"Eh takde hal lah cikgu, mai lah masuk, jemput duduk" pelawa Datin Mazlyna.

"Ooo inilah cikgu ganti anak saya ni ye, kacak bergaya orangnya" usik Datin Mazlyna.

Cikgu Hanan tertunduk malu mendengar gurauan itu.

Azan maghrib pun berkumandang. Cikgu Hanan pun membacakan doa buka puasa lalu mereka pun saling menjamah lauk-pauk dan hidangan yang disediakan dengan penuh berselera. Setelah selesai makan, mereka semua berjemaah menunaikan solat fardu maghrib dan menunggu untuk solat isyak serta solat sunat tarawikh. Cikgu Hanan menjadi imam solat-solat tersebut. Bacaan solat yang merdu membuatkan para makmum menjadi lagi khusyuk melakukan ibadah tersebut.

Setelah selesai solat berjemaah bersama-sama, mereka semua dipelawa untuk moreh bersama-sama. Setelah selesai moreh, rakan-rakan Marissa beransur pulang ke rumah masing-masing.

"Thank you Marissa and family! " ucap rakan-rakan Marissa sebelum pulang ke rumah.

Tiba-tiba hujan turun dengan sangat lebat. Cikgu Hanan yang baru sahaja ingin melangkah keluar pulang ke rumah berhenti setelah dinasihatkan oleh Datin Mazlyna untuk tunggu sebentar kerana hujan lebat dan hari sudah larut malam. Beliau merisaukan keselamatan anak muda itu kerana mengetahui dia akan memandu pulang.

"Cikgu, saya rasa lebih baik cikgu tunggu di dalam sebentar, hujan lebat sangat ni, bahaya kalau drive sekarang ni" nasihat Datin Mazlyna kepada Cikgu Hanan.

Cikgu Hanan pun akur dengan nasihat ibu Marissa itu kerana dia juga mementingkan keselamatan dirinya.

Cikguku Musuhku JodohkuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang