BAB 1

1.4K 23 0
                                    

“Kau ni, hari-hari ajak aku datang sini, tapi satu apa pun kau tak buat. Menari tak, minum pun tak. Takat duduk macam ni, baik kita lepak dekat kedai mamak je,” rungut Fauzan tak semena-mena.

“Siapa kata aku tak buat apa-apa? Aku tengah buat kerjalah ni,” bidas Ray selamba.

Namun, matanya tak lepas memandang ke arah seorang gadis yang sedang duduk di atas kerusi bar. Fauzan ikut memandang ke arah yang sama.

“Takat jadi pemerhati perempuan tu, kau panggil kerja?” Dia kembali memandang wajah Ray.

“Yup!” akui Ray.

“Dah lima hari kau jadi pemerhati tak bergaji Ray. Kalau betul kau suka dia sangat, angkut jelah bawak balik. Lagipun, memang tu kerja dia selama lima hari ni. Tiap malam, dia balik dengan lelaki yang berlainan. Tiap malam jugak dia layan lelaki yang berlainan.” Fauzan mengutuk gadis itu dengan selamba.

“Hurm, interesting! Kau pun perasan ya?” Ray pandang wajah sepupunya sekilas.

“Mahu tak perasan kalau dah mata kau duk tenung dia macam helang tiap malam.”

“Kau pun berkenan dengan dia jugak ke?” Ray mula menentang anak mata sepupunya.

Tak mustahil Fauzan juga berminat dengan perempuan yang sama, kerana gadis itu memiliki kecantikan yang luar biasa.

Tak pernah dia lihat gadis itu duduk berseorangan selama seminit pun. Ada saja lelaki yang datang menghurung. Menemani gadis itu minum, mengajak gadis itu menari, dan adakalanya, ada tangan-tangan yang berani mahu menyentuh tubuh cantik itu secara berlebihan.

Namun, pantas ditepis oleh gadis itu. Bukan dia tak nampak, semuanya dalam pengawasannya.

“Aku tak nak berebut dengan kau. Tak pasal-pasal, kita bermusuh pulak nanti. Tapi, kalau kau tak kisah pakai bekas aku, aku on je!” Fauzan meneguk air haram di tangan seteguk dua.

“Jangan berani-berani nak cantas hak aku.” Ray beri amaran tegas.

“Hak apanya, kalau kenal pun tak lagi?” perli Fauzan sedas.

Ray pamer wajah beku.

“Peliklah. Kau geli nak sentuh bekas aku, tapi kau boleh terima pulak bekas orang lain kan?” Fauzan menayang riak hairan.

“Culture aku memang macam tu,” jawab Ray ringkas.

Dia malas mahu bercerita lanjut dengan Fauzan. Matanya kembali memandang ke arah gadis yang dipuja dalam diam.

“Habis, bila kau nak try dia?” Fauzan menagih jawapan kerana dia sudah bosan mengunjungi kelab yang sama selama lima hari berturut-turut tanpa membawa sebarang keseronokan untuk dirinya. Tak habis-habis kena jadi jaga tak bergaji.

“Belum masanya lagi.” Ray teguk air pepsi di tangan dengan rakus saat melihat ada tangan kekar sedang melingkar erat di pinggang gadis itu.

Gelas di tangannya dicengkam kuat! Dia tak suka melihat pemandangan itu, tapi dia tak punya daya dan kuasa untuk menghalangnya juga.

Dari selesa duduk di atas kerusi, kini Mutiara sudah berdiri seraya menyandarkan tubuhnya di tubuh Aqlan. Dia selesa membiarkan tangan lelaki itu memeluknya erat dari belakang.

Tak dipedulikan mata-mata yang memandang cemburu ataupun jelek dengan dirinya. Yang dia tahu, dia mahu berseronok seperti biasa.

“Ara… jom ikut I balik,” bisik Aqlan di telinganya.

“Nantilah dulu, awal lagi. Jom kita menari, I suka lagu ni!” Tangan Aqlan ditarik agar segera mengekorinya ke tengah lantai tarian.

Lalu, Mutiara mula menari mengikut rentak lagu Sa janji trakan mabuk-mabuk lagi, tanpa segan silu. Sememangnya, ini lagu kegemarannya.

Bila DJ dah putarkan lagu ni, memang tak akan dia lepaskan peluang untuk menari sepuas-puasnya.

Aqlan pula cuba mengambil kesempatan di tengah lantai tari itu. Perlahan-lahan dia dekati tubuh Mutiara, lalu tangannya mula merayau-rayau ke seluruh tubuh gadis itu. Mengikut rentak lagu.
Mereka leka menari tanpa mempedulikan orang sekeliling.

“Ara… come on, I want you! Jom, ikut I balik,” Aqlan mula mendesah di telinga gadis itu lagi.

Dia harap Mutiara dengar bisikannya kerana muzik yang berkumandang sangat membingitkan telinga. Melihat Mutiara terus menari bagai orang kerasukan, Aqlan sedar yang gadis itu tak dengar langsung apa yang dibisikkan tadi.

“Ara!” jerit Aqlan lagi.

Kali ini, dia memegang kedua-dua belah bahu Mutiara seraya menentang anak mata gadis itu.

“Kenapa?!” jerit Mutiara pula. Hairan mengapa lelaki ini berhenti menari dengan mengejut.

“Jom balik!” Aqlan menjerit kuat agar dapat melawan bingit muzik yang berkumandang.

Apabila Aqlan menarik tangannya ke arah bar, Mutiara ukir senyum dalam diam. Dia dapat agak, Aqlan pasti tak mampu menahan nafsunya dengan lebih lama. Saja dia dera lelaki itu tadi. Mana boleh dia menyerah kalah sesenang itu.

Walaupun dia mudah diajak pulang, bukan bermakna dia akan terus setuju dengan setiap ajakan lelaki yang mahu menidurinya. Jual mahal itu perlu! Barulah lelaki akan rasa tercabar untuk memilikinya.

“Are you serious? Tak nak warm up dulu?” Ara gigit bibir sedikit, dalam masa yang sama matanya mengerling ke lantai tarian.

Pasti Aqlan tahu, dia bebas disentuh kalau mereka sedang menari bersama. Bertukar-tukar pasangan tarian pun tak mengapa. Tak ada siapa akan marah kerana semua yang masuk ke lantai tari, tahu mereka bebas bergaul dengan sesiapa yang mereka suka. Tiada istilah cemburu!

“I can’t wait to spend the night with you. Jom!” desak Aqlan lagi.

Kali ini, dia mendorong tubuh Mutiara dari arah belakang. Mahu gadis itu cepat atur langkah keluar dari kelab malam itu.

Mutiara ketawa halus, lucu dengan sikap Aqlan yang gelojoh namun kakinya tetap melangkah keluar dari kelab itu. Menurut saja kemahuan lelaki yang bakal menjadi peneman tidurnya malam ini.

“Kau tengok tu. Senang betul dia ikut lelaki tu balik,” kata Fauzan seraya menjuihkan bibir ke arah dua susuk tubuh yang sedang beredar keluar.

“Ray, kau dengar tak apa aku cakap ni?” Fauzan mula geram bila Ray tak menunjukkan sebarang reaksi.

“Dah tu, kau nak aku buat apa?” Ray memandang ke arah sepupunya sekilas.

“Yang kau duduk dekat sini lagi buat apa? Tak reti-reti nak pergi sailang? Kau kata, dia hak kau, kan?” Fauzan cuba nyalakan api cemburu di hati sepupunya.

“Biar dia berseronok puas-puas dulu,” jawab Ray perlahan.

Kemudian, dia minum lagi seteguk air pepsi di tangan.

Melopong mulut Fauzan mendengar jawapan yang keluar dari dua ulas bibir sepupunya tadi.

Biar betul, Ray boleh jadi sesporting ini?

Ray mampu tengok dan biarkan perempuan yang disukai disentuh dan ditiduri oleh ramai lelaki?

Sedangkan sepupunya itu mampu buatkan gadis itu melutut di kaki Ray selepas terkena pahanan cinta lelaki England ini! Sungguh, dia tak faham langsung apa yang sedang Ray lakukan!

“Aku rasa culture kau ni, gila!” tembak Fauzan lagi, benar-benar rasa tak puas hati dengan tindakan lelaki itu malam ini. Ray ukir senyum sengit di bibir.

Ya, Fauzan tak mungkin akan faham dengan tindakannya kerana mereka tak membesar di tempat yang sama.

Fauzan membesar di Malaysia, manakala dia di England. Ternyata budaya sosial mereka banyak yang berbeza walaupun hakikatnya nampak seperti sama.

“Kalau kau tak nak berseronok malam ni, tak apa. Aku nak! Nak balik nanti, cari aku,” pesan Fauzan kemudian dia mula berlalu ke lantai tari.

Di sana, senang dia mahu sauk mana-mana perempuan yang dia sukai untuk dijadikan teman tidur malam nanti.

#anisashikali
#Mutiaramilikedwards
#readyebook

P/s: Untuk urusan tem pa han,

www.wasap.my/60187909216/MutiaraMilikEdwards

MUTIARA MILIK EDWARDSWhere stories live. Discover now