BAB 9

1K 9 2
                                    

“Morning,” ucap Mutiara apabila dia perasan Ray sudah mula sedar dari tidur. 

Sejak bangun dari tidur subuh tadi, Mutiara sudah mandi dan bersiap-siap untuk keluar dari rumah Ray.

Kalau dengan lelaki lain, adakalanya, dia akan terus tinggalkan mereka begitu saja.

Tapi, dengan Ray… terasa susah mahu buat perkara yang sama. Dia sukakan Ray!

“Last night was amazing!” puji Mutiara, seraya memandang wajah Ray dengan redup.

Satu senyuman manis dia ukirkan buat lelaki itu yang sudah bangun bersandar di kepala katil.

“I’ll get going now and like I’ve said last night. There’ll be no next time,” ucap Mutiara lagi mengingatkan janji antara mereka.

Ray sudah setuju, malam tadi merupakan kali pertama dan terakhir mereka bersama.

Dan, dia harap Ray akan berpegang pada janjinya.

“Wait a second!” Ray bingkas bangun dan menuju ke bilik air.

Dia mahu bersihkan muka dan gosok gigi dulu sebelum dia kembali meneruskan perbualan dengan gadis itu.

Pada masa yang sama, Mutiara terus buka aplikasi Grab untuk memesan pengangkutan pulang. 

“You think you can get away after what you have done?” kata Ray, usai dia melangkah keluar dari bilik air bersama tuala muka yang tersangkut di leher.

Dia merenung tajam wajah gadis di depannya.

“What do you mean?” Berkerut dahi Mutiara, keliru dengan soalan yang Ray lontarkan. 

“I tahu malam tadi, kita tak tidur bersama. And, you just pretend being awake like we did had sex last night!” 

Bam! Mutiara terasa seperti kepalanya dihempap oleh batu yang besar dan berat!

Ray boleh cakap bahasa Melayu? 

“You boleh cakap dalam bahasa Melayu?” soal Mutiara penuh hairan seperti orang dungu.

Dalam banyak-banyak soalan yang patut dia tanyakan, soalan ini juga yang menjadi pilihan mulutnya.

“Kenapa tidak? Sepupu I, Melayu. Obviously, I can. You assumed, I cant,” ujar Ray, seraya menayang satu senyuman sinis di wajah.

Semakin membuntang mata Mutiara mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ray.

Pertemuan mereka di dalam grab kelmarin, kembali berputar di ruang ingatan. 

“Bodohnya kau, Mutiara!” tempelaknya selepas menyedari kebodohan diri sendiri. 

Memang Ray tak pernah kata dia tak boleh berbahasa Melayu, namun dia yang anggap lelaki itu begitu kerana rupa dan loghat asing yang dimiliki oleh lelaki itu.

Dan, macam mana lelaki itu boleh tahu tentang apa yang jadi malam tadi? Mata Mutiara naik memandang wajah tampan itu, meminta penjelasan. 

“Terkejut kenapa I boleh ingat? Sebab I tak minum ubat tidur yang you bagi,” kata Ray lagi. 

Sekali lagi, Mutiara terpempan hebat. Macam mana Ray boleh tahu dia letak ubat tidur dalam air pepsi lelaki itu semalam?

Kalau Ray tahu ada ubat tidur dalam air tersebut, bagaimana pula cawan itu boleh kosong? Fikiran Mutiara berkecamuk dengan pelbagai persoalan yang timbul. 

“I buang air tu ke luar tingkap. I rasa pelik bila you kata you suka minum dulu sebelum bersama. Dari situ, I tahu you ada letakkan sesuatu dalam minuman I. Nak-nak lagi bila you bawa gelas you masuk sekali ke dalam bilik air. Nampak sangat you tak mahu tersalah minum air yang boleh memudaratkan you,” terang Ray panjang lebar, merungkai cubaan khianat Mutiara malam tadi. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 06, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MUTIARA MILIK EDWARDSWhere stories live. Discover now