BAB 3

1.1K 9 4
                                    

“Aqlan… Aqlan!”

Mutiara goyangkan bahu Aqlan beberapa kali. Mahu kejutkan lelaki itu bangun dan minta diri untuk pulang.

“Yes, dear…” Aqlan separuh merengek di dalam tidur.

“Aqlan, bangunlah! I nak balik dah ni!” gesa Mutiara lagi. Suaranya naik satu oktaf, mahu Aqlan buka mata dengan segera.

“Dah pagi ke?”

Aqlan terpisat-pisat bangun sambil menggosok mata sendiri. Saat terpandangkan wajah Mutiara di sisinya, dia cuba mengingati setiap aksi mereka malam tadi, namun ingatannya kosong.

“I tak tahu you hebat sangat, atau ingatan I yang lemah. I can’t remember our nights together!” keluh Aqlan perlahan.

“Nak buat apa ingat? Apa yang jadi, dah terjadi dah pun…” kata Mutiara selamba. Tak ada gunanya mengenang dosa mereka.

“Come on, baby. I cuma dapat one night with you. At least, I need to have some memories of how great you are, and how nice your body feels.” Aqlan mengelus-ngelus peha Mutiara dengan lembut.

“Well, too bad. You yang tak ingat. Bukan salah I. Anyway, I pergi dulu dan… thank you for last night!” Mutiara kenyitkan sebelah mata, lalu dia bangun dari birai katil tersebut.

“I want you again! You cakap je berapa you nak, I bayar.” Aqlan mula memujuk.

Sungguh, dia rasa rugi tak ingat apa-apa pun tentang mereka malam tadi. Kerana itu, dia rasa tak puas memiliki Mutiara.

“One night only, Aqlan!” tegas Mutiara di jenang pintu.

Ini juga masalah lelaki-lelaki yang pernah dia tiduri. Semuanya mahukan peluang sekali lagi pagi itu.

Puas ditolak, namun berani pula mereka mahu membayar duit untuk mendapatkan apa yang mereka hajati.

Mujur saja, dia bukan mata duitan. Kerana itu, tak pernah sekali pun dia tergugat dengan wang yang mereka tawarkan. Yang Mutiara mahu, cuma keseronokan. Itu saja.

“Oh, come on babe! Sekali je lagi! Tak akan ubah apa-apa pun pada tubuh you!” Aqlan mula bangun, mahu mengejar Mutiara.

Namun, Mutiara terlebih dahulu bertindak pantas. Dia berlari keluar dari apartment Aqlan dengan laju.

“Goodbye, Aqlan!”

Bum! Pintu apartment lelaki itu ditutup kuat.

“Kurang asam punya lelaki. Bagi betis, nak peha!” rungut Mutiara sambil berlari menuruni anak tangga.

Dia tak mahu turun menaiki lif, bimbang Aqlan akan mengejar dan pujuk rayu dia lagi.

Prinsipnya kekal sama, dan tak akan berubah sampai bila-bila. One night stand, only!

Manakala, Aqlan yang masih terpisat-pisat, tercengang-cengang di depan pintu yang sudah tertutup rapat.

Mutiara… memang istimewa!

Gadis itu, lain dari yang lain! Rasa menyesal pula kerana setuju dengan syarat Mutiara semalam.

Dia patut buat perjanjian yang menguntungkan dirinya agar dapat memiliki Mutiara setiap malam.

Namun, kini… terpaksa dia lepaskan gadis itu pergi. Tak mungkin dia dapat bersama dengan Mutiara lagi.

#anisashikali
#mutiaramilikedwards
#readyebook

MUTIARA MILIK EDWARDSWhere stories live. Discover now