BAB 7

495 3 0
                                    

“You know what, Muayyad? I think, our deal’s is off!” bentak Mutiara geram. 

Mutiara cukup pantang mendengar ayat sebegitu keluar dari mulut lelaki yang bakal menghabiskan malam bersamanya.

Kalau Muayyad rasa sewa hotel satu malam untuk menidurinya itu membazir, maka dia juga rasa Muayyad tak layak untuk menikmati tubuhnya malam ini.

Lelaki ini memang tak tahu bersyukur!

Ramai lelaki lain dambakan tempat Muayyad malam ini, namun Muayyad yang punya peluang keemasan ini dengan selamba rosakkan peluang yang dia beri.

“Baby, please!” Muayyad merangkul pinggang Mutiara dengan erat, mahu memujuk gadis itu.

“Back off!” Mutiara menolak tubuh Muayyad sekuat hati.

Tak rela disentuh lelaki tak guna seperti Muayyad yang cuma mahu membuang masanya saja.

Kalau dia tahu Muayyad mahu sia-siakan malamnya sebegini, lebih baik dia beri peluang ini pada Hanif saja tadi. 

“Come on, Mutiara! Janganlah buat perangai budak-budak pulak dekat sini!” bentak Muayyad geram. 

Sekali lagi, dia dekati Mutiara dan merangkul tubuh gebu itu dengan kasar.

Hanya kerana semua lelaki berebut mahu bersama dengannya, Mutiara ingat dia boleh perlakukan mereka sesuka hati?

Asyik-asyik, hanya kata-kata gadis ini yang perlu mereka ikuti. Sepatutnya, Mutiara yang perlu dengar dan ikut kehendak dia sebagai seorang lelaki! 

“Back off, Yad!” jerit Mutiara kuat, seraya cuba mengurai pelukan lelaki itu semampunya. 

Dia cukup tak suka disentuh-sentuh secara paksa begini. Kerana kuat dia meronta, terlerai juga pelukan Muayyad di tubuhnya.

Kini, Mutiara sudah bersedia untuk mendepani Muayyad.

Kalau lelaki itu berani menyentuhnya lagi, memang akan diberi tendangan hikmat di celah kelengkang lelaki itu, biar mandul terus!

“I’m sorry, Am I interupting anything?” tegur Ray, sebaik saja dia tiba di sisi Mutiara.

Sejak tadi dia perhatikan gelagat Mutiara dan lelaki ini. Nampak macam bergaduh pun ada. 

Ya, seperti lima hari yang lalu, dia sentiasa ada di dalam kelab ini untuk memerhatikan Mutiara.

Namun, tak pernah sekali dia tonjolkan diri di depan gadis ini kerana dia tak mahu Mutiara rasa diekori.

Ray mahu Mutiara nampak, setiap pertemuan mereka terjadi dengan natural, sedangkan semua yang terjadi merupakan rancangan yang sengaja Ray aturkan.

“Ray!” Dia terkejut dengan kemunculan lelaki England ini.

Namun, rasa terkejutnya tak menghalang Mutiara bingkas berselindung di sebalik tubuh kekar Ray Edwards.

Sejujurnya, dalam rasa geram yang mendidih naik di dalam hati, terselit juga rasa takut dengan kelakuan Muayyad yang sudah berani memaksanya. 

“Are you okay?” soal Ray lagi, saat dia menoleh ke bahu kirinya tempat Mutiara berdiri.

Gadis itu memeluk lengannya dengan erat. Ray faham, gadis itu sedang dihimpit ketakutan. 

“I’m not, please help me,” rayu Mutiara perlahan.

Terselit rasa syukur dan gembira di hati Mutiara apabila lelaki England ini muncul di depan matanya sekali lagi.

Dalam banyak-banyak kelab malam di kota ini, kelab ini juga yang Ray jejaki. Kebetulan yang sangat menyenangkan hati Mutiara. 

MUTIARA MILIK EDWARDSWhere stories live. Discover now