BAB 2

907 9 0
                                    

“You cantik sangat malam ni!” puji Aqlan ketika mereka berada di dalam lif yang sedang membawa mereka naik ke apartmentnya.

Mutiara ukir senyum manis, rasa bangga dipuji oleh lelaki yang tergila-gilakannya.

“Come!” Aqlan memeluk pinggang Mutiara usai lif berhenti di tingkat sepuluh.

Dalam hati, dia rasa sangat bangga dapat membawa Mutiara pulang malam ini. Sesekali, dia melirik nakal ke arah tubuh gadis itu. Seksi!

Sudah banyak malam dia cuba masuk jarum, namun ada saja lelaki yang berjaya mematahkan cubaannya.

Lelaki di kelab malam itu semua jenis gelojoh! Jenis tak tahu sabar. Bukan dia tak tahu, Mutiara dah banyak kali ditiduri oleh lelaki yang berlainan pada setiap malam.

Namun, sikitpun dia tak rasa rugi. Mutiara, sangat cantik orangnya. Rugi kalau dia tak dapat merasa tubuh gadis ini.

“Masuklah,” pelawa Aqlan usai dia buka pintu apartment.

Mutiara melangkah masuk dengan bersahaja, kemudian dia terus tuju ke dalam bilik tidur lelaki itu. Makin melebar senyum Aqlan melihat gadis itu seakan tidak sabar-sabar untuk melayani bahtera mereka.

Tak sampai dua saat, Mutiara keluar semula dari bilik tidur lelaki itu, kemudian dia berjalan-jalan ke sana sini, melihat apartment milik Aqlan sekali imbas ibarat sedang melewati rumah contoh.

“Ada apa-apa yang tak kena ke dengan rumah I?” Tanya Aqlan, hairan melihat Mutiara seperti mahu periksa keadaan rumahnya.

“Saja, I nak tengok tempat tinggal you,” balas Mutiara pendek.

“Jangan risau, I belum kahwin lagi. I’m single and ready to mingle!” Aqlan kenyitkan sebelah matanya kepada gadis itu.

“I tahu. I tak ikut lelaki yang dah kahwin balik ke rumah.” Mutiara labuhkan punggung di sofa yang berada di ruang tamu lelaki itu.

Dia menentang pandangan Aqlan seraya tangannya naik memintal hujung rambut perlahan-lahan.

“So, shall we?”  Tanya Aqlan sambil jongketkan kening kanannya.

Dia berdiri di jenang pintu bilik, ralit memandang ke arah Mutiara.

“I ada syarat!” kata Mutiara, mula memeluk tubuh.

Dia tentang pandangan hairan yang terbit dari wajah lelaki ini.

“Syarat apa?”

“I akan luangkan satu malam saja dengan you, untuk seumur hidup ni. No more nights with you, after this,” tegas Mutiara.

“Wow, one night stand only? Rugilah I!” Aqlan tertawa halus.

“Take it or leave it!” bidas Mutiara pula.

Inilah masalah setiap lelaki yang dia ekori. Bila dia tetapkan satu malam saja sebagai syarat, semua cakap rugi. Apa mereka ingat, dia barang murah yang boleh dipakai berkali-kali sesuka hati?

“Okay, deal. One night only! I tahu, ramai lagi lelaki tengah beratur nak bersama you lepas giliran I, malam ni kan?” Aqlan cuba menebak kasar.

“Ramai tak ramai, I yang tentukan.” Mutiara orak senyum sinis di bibir. Lelaki semua sama! Berajakan nafsu semata. 

“Jadi, you tunggu apa lagi? I ada satu malam saja dengan you. Makin lama I tunggu, makin rugilah I!” Aqlan orak langkah mendekati Mutiara di ruang tamu. Mahu menarik gadis itu masuk ke dalam biliknya.

“You stink! Pergi mandi dulu, lepas tu I nak mandi pulak,” arah Mutiara sedikit tegas sehingga langkah Aqlan terhenti di tengah jalan.

Dia tak suka lelaki yang gelojoh. Dia tak selesa berhubungan dengan mereka tanpa bersihkan diri terlebih dahulu.

“Okay-okay, I mandi kejap!” Aqlan angkat tangan, tanda menyerah kalah.

Mutiara memang bukan gadis biasa yang calang-calang orangnya. Gadis ini nampak sangat protokol tentang hubungan di bilik tidur.

Dan, dia sanggup lakukan apa saja untuk keselesaan mereka bersama. Apalah yang susah sangat takat mahu mandi, kan? Keseronokan yang mereka kecapi nanti, akan jadi lebih berganda-ganda.

Usai Aqlan beredar masuk ke bilik air, Mutiara bangun dari sofa lantas kaki ditalakan ke dapur. Dia buka peti ais milik lelaki itu, mencari air buat mereka berdua.

Ternampak kotak jus apple dari jenama Marigold di poket minuman. Lalu, Mutiara capai dua cawan kosong di cabinet, kemudian dia tuangkan minuman tersebut ke dalam cawan.

Mutiara orak langkah ke dalam bilik tidur Aqlan sambil memegang cawan berisi jus di kedua belah tangannya. Ketika dia masuk ke dalam bilik, Aqlan baru selesai mandi. Lelaki itu cuma bertuala di pinggang.

“I ambil jus apple you,” kata Mutiara minta izin untuk minum setelah dia buka peti ais lelaki itu tanpa izin.

“Eh, tak apa. Minumlah,” pelawa Aqlan seraya beredar ke almari bajunya.

“I suka minum dulu sebelum mandi.” Mutiara dekati lelaki itu, lantas dia hulurkan air untuk Aqlan minum sama.

“Ada-ada jelah you ni!”

Aqlan geleng kepala sekali dua, sedikit merungut dengan protokol yang Mutiara cipta namun dia teguk juga jus itu sehingga habis. Kebetulan, dia rasa sangat dahaga.

“I mandi kejap,” Mutiara capai tuala yang Aqlan hulurkan padanya lantas bergegas masuk ke dalam bilik air. Lama juga dia mandi.

Keluar saja dari bilik air, Aqlan sudah sedia menunggunya dia atas katil bersama senyuman manis. Mutiara juga ikut tersenyum sama. Ketika dia cuba mampir ke arah katil, Mutiara lihat Aqlan sedang menguap besar beberapa kali.

“Hai… belum apa-apa lagi, you dah mengantuk ke?” perli Mutiara seraya berjalan menghampiri lelaki itu.

“Mengantuk tak semestinya I tak boleh berjaga.” Aqlan kenyitkan mata lalu dia tarik tangan gadis itu hingga Mutiara jatuh ke atas dadanya.

Dia mula bernafsu melihat kecantikan Mutiara. Tubuh gadis itu cuma dibaluti dengan bathrobe biru miliknya.

Namun, kantuk yang datang terasa sangat menggila. Dia cuba melawan kelopak mata yang semakin memberat semampunya.

Banyak kali juga dia menguap besar. Mutiara pula hanya ketawa-ketawa melihat Aqlan mula tewas melayan kantuk. Nampak sangat Aqlan bukan jenis yang biasa berhibur hingga ke pagi.

Kerana mahukan dirinya, Aqlan cuba melawan norma rutin harian lelaki itu. Dan, malam melabuhkan tirai ketika Mutiara mengelus lembut wajah peneman tidurnya.

#anisashikali
#mutiaramilikedwards
#readyebook

Untuk urusan tem pa han,

www.wasap.my/60187909216/MutiaraMilikEdwards

MUTIARA MILIK EDWARDSWhere stories live. Discover now