BAB 6

505 6 0
                                    

Mutiara larikan jari-jemari di celahan rambut. Mengurai-ngurai rambut yang sedikit kusut selepas ditiup angin kuat.

Sesekali dia mendongak ke langit yang kelam tanpa kerlipan bintang. Awan kelihatan penuh di dada langit.

Lantas, Mutiara mula berlari-lari anak, mahu segera sampai ke kelab yang biasa dikunjunginya setiap malam sebelum hujan turun. 

“Ni semua salah driver tu tadi!” Mutiara merungut sendiri.

Geram pula bila teringat tentang pemandu grab yang ditempah tadi. 

Nampak sangat baru saja join menjadi grab driver. Banyak kali salah jalan, walaupun dah berpandukan GPS.

Setelah memarahi pemandu itu dengan teruk, dia ambil keputusan untuk berjalan kaki saja memandangkan mereka tersekat di dalam jem. Biasalah Bukit Bintang. Tak sah kalau tak jem!

Jejak saja kaki kanannya ke dalam kelab, Mutiara menarik nafas lega sedalam-dalamnya.

Dia berdiri di tepi pintu buat beberapa saat, mahu stabilkan nafas yang masih belum teratur dek kerana kepenatan menapak dalam kasut tinggi untuk sampai ke sini.

Setelah nafasnya teratur semula, barulah Mutiara berjalan masuk ke bahagian bar. 

“My regular drink, please!” pesan Mutiara kepada Ikhwan, ketika lelaki itu mula mendekatinya sebaik saja dia duduk di bar.

Satu senyuman manis dihadiahkan buat bartender tampan itu. 

“Hey, beautiful!” tegur Ikhwan, seraya mengukir senyuman paling menggoda buat Mutiara.

Kalaulah Mutiara mahu pandang bartender sepertinya, dah lama dia pikat gadis ini.

Namun kerana pilihan Mutiara semuanya bukan calang-calang orang, jadi dia ambil keputusan untuk pandang dari jauh saja.

Sedar diri, Mutiara tak akan pandang lelaki biasa sepertinya.

“Hey…” Mutiara balas teguran mesra bartender itu, sebelum lelaki itu hilang dari pandangan untuk menyiapkan minumannya.

Lalu, Mutiara mengambil kesempatan yang ada untuk menilik wajahnya di kamera telefon pintar. Ingin memastikan make-up yang dipakai masih elok kelihatan. 

“Perfect!” pujinya bangga dengan kecantikan yang dimiliki. 

“So, having fun tonight?” Ikhwan kembali bersama satu gelas air bewarna kuning keemasan, lalu gelas itu diletakkan di depan Mutiara. 

“As always!” Mutiara tertawa kecil apabila Ikhwan menggelengkan kepala beberapa kali, seraya memandang ke arahnya.

Dia tahu apa yang lelaki itu fikirkan. Pasti lelaki itu tak faham mengapa dia suka bertukar teman tidur.

“You tak penat ke bertukar-tukar lelaki setiap malam?” soal Ikhwan entah untuk yang ke berapa kalinya. 

“Nope! It’s fun!” Mutiara gelak halus seraya mencapai gelas minumannya, lalu diteguk perlahan air itu beberapa kali. 

“Well, enjoy!” Hanya itu yang mampu Ikhwan ucapkan kepada Mutiara.

Lalu, dia kembali sibuk di belakang bar, menyiapkan minuman-minuman untuk pengunjung kelab malam yang tak pernah surut. 

Mutiara lemparkan pandangan ke lantai tari buat beberapa saat sebelum kembali fokus pada telefon pintar di tangan.

Malam ini, giliran Muayyad untuk bersamanya, namun sejak dia tiba di kelab ini, tak kelihatan langsung kelibat Muayyad di mana-mana.

Usai tinggalkan satu mesej di whatsapp Muayyad, Mutiara pusingkan tubuh, menghadap ke lantai tari. Bersama gelas di tangan, dia meliuk lentok menari mengikut rentak lagu dangdut yang diputarkan.

MUTIARA MILIK EDWARDSWhere stories live. Discover now