BAB 4

580 8 0
                                    

Mutiara keluar dari tangga kecemasan ketika dia tiba di tingkat lapan. Mahu menaiki lif untuk turun ke lobi. Tak kuasa dia nak meniti anak tangga hingga ke bawah. Penat!

Lagipun dia yakin, Aqlan tak akan mengejar dia lagi memandangkan lelaki itu tak sempat mengenakan baju dalam cubaan untuk mengejarnya tadi.

Ting!

Mutiara bergegas masuk ke dalam lif yang kosong. Usai menekan butang lobi, telefon pintarnya berbunyi tanda ada pesanan masuk ke whatsapp. Dia buka mesej itu dengan santai usai melihat nama pengirim.

You free tak malam ni? I nak you! – Muayyad!

Mutiara ukir senyum gatal di bibir saat mindanya terbayangkan tubuh sasa Muayyad dan ketampanan yang dimiliki oleh lelaki itu. Sudah berhari-hari lelaki itu merayu domba, memujuknya agar bermalam di kondo lelaki tersebut.

Namun, berkali-kali juga Mutiara katakan, malamnya sudah dipenuhi dengan janji bersama lelaki lain.

Nampaknya, Muayyad juga jenis lelaki yang tak kisah dengan gaya hidupnya yang sering bertukar-tukar lelaki.

“Kau mampu ke Mutiara?” Dia bersoal jawab dengan diri sendiri.

Setelah menimbang tara selama beberapa saat, laju jari-jemarinya menaipkan jawapan balas kepada lelaki itu.

I tunggu you dekat kelab biasa, malam ni – Mutiara.

Sebaik saja lif tiba di lobi, Mutiara ayunkan langkah kaki penuh bergaya untuk keluar dari situ.

Tak susah untuk dia pulang ke rumah, kerana setiap pagi dia akan gunakan khidmat grab. Begitulah rutinnya setiap malam. Ke kelab malam untuk berhibur, kemudian ekori saja mana-mana lelaki yang mahukan dirinya sebagai peneman tidur sepanjang malam.

Keesokkan paginya, setelah pulang ke rumah dengan Grab, dia akan bersiap-siap untuk mula bekerja seperti biasa.

Apabila dia tiba di luar lobi apartment Aqlan, mata Mutiara cekap menangkap nombor kereta Myvi yang ditempah dalam aplikasi Grab tadi.

Dia mula berlari-lari anak ke arah Grab yang baru berhenti di bahu jalan, lalu terus masuk ke dalam kereta itu.

Namun sebaik saja pintu ditutup, Mutiara terkejut melihat ada seorang lelaki asing di sebelah tempat duduknya.

“Excuse me, I think you’re in the wrong car. This is my ride,” kata Mutiara lembut, seraya memandang wajah lelaki di sisi kanannya.

Kacak sungguh!

“I’m sure, I booked the ride first,” kata Ray pula dalam slang England yang pekat.

Dia menentang anak mata Mutiara dengan pandangan bersahaja. Mutiara tercengang sesaat.

Kemudian, laju dia periksa aplikasi Grab di telefon pintarnya. Mahu pastikan dia tak tersalah masuk ke dalam Grab yang ditempah oleh orang lain.

Melihat keyakinan lelaki asing ini, buat dia jadi canggung. Malu saja kalau betul dia sudah silap kereta!

“Err… Encik! Betul ke nombor plat kereta ni, WYX234?" tanya Mutiara kepada pemandu Grab tersebut, dalam keadaan bingung.

“Ya betul, cik! Maaf, saya tunggu masa nak mencelah sebenarnya dari tadi. Memang betul Encik ni tempah Grab saya dulu, lepas tu baru saya terima pesanan cik, sebab saya tengok kita menghala ke arah yang sama. Jadi saya rasa, tak salah kalau saya terima dua pesanan dalam satu masa yang sama. Cik okay tak dengan aturan saya?” tanya pemandu itu pula, seraya memandang ke arah kedua pelanggannya bersilih ganti.

Mutiara terdiam lagi buat sesaat dua.

“Err… okay kut! Tapi, mat salleh ni okay ke?” Mutiara lirik sekilas ke arah Ray, yang sedang fokuskan pandangan pada wajah mereka bersilih ganti.

MUTIARA MILIK EDWARDSWhere stories live. Discover now