B A B 1

161 5 10
                                    

Hanya sebuah fiksyen sahaja.

Mempersembahkan

SEBUAH van sekolah berhenti di hadapan sebuah apartmen. Seorang lelaki yang memakai kemeja berwarna biru muda, berseluar slack, bertali leher hitam, dan berkasut formal keluar daripada perut van tersebut. Selepas mengucapkan terima kasih kepada pak cik van, van itu terus berlalu. Dia melangkahkan kakinya menuju apartmen tersebut. Tempat tinggalnya berada di tingkat 3. Sewaktu dia mahu memulas tombol pintu, telinganya menangkap suara pertengkaran emak dan ayahnya.

"Sekarang aku nak kau, beritahu aku siapa aku ni pada kau?" Suara ayahnya bertempik.

"Haha! Kenapa baru sekarang nak tanya? Selama ni? Sebelum ni? Ada ke awak fikir tentang saya? Awak abaikan saya! Awak langsung tak ada masa dengan saya!" Emaknya membalas, tak kalah juga tinggi suara dia dengan ayahnya.

"Takkan kau tak faham kerja aku macam mana? Aku ni Polis! Inspektor! Kerja aku banyak. Duit tu semua tak ke mana tau tak! Dekat kau jugak! Aku tak pernah abaikan tanggungjawab aku sebagai suami! Tapi kau! Kau sanggup curang di belakang aku! Kau sedar tak yang kau tu masih isteri aku!"

"Sebab saya sunyi! Ahmad yang saya kenal dulu...yang perihatin dekat saya...yang sayang saya...dah berubah. Polis lain boleh je luangkan masa dengan keluarga! Tapi awak? Selepas je jadi inspektor awak langsung berubah! Awak tak macam dulu lagi!"

"Apa pun alasannya, kau masih sah bergelar isteri aku! Itu tak akan berubah!"

"Kalau macam tu lepaskan saya! Biarkan saya bahagia!"

Mendengar sahaja perkataan yang meluncur keluar daripada mulut emaknya. Air mata lelakinya yang bergenang sejak tadi di kelopak mata kini tumpah. Dia memulas tombol pintu rumah mereka kemudian masuk ke dalam. Emak dan ayahnya masih tak perasan akan kehadirannya.

"Baik, kalau itu yang kau nak. Amanda Binti Abdullah aku ceraikan kau dengan talak satu! Puas hati kau!"

"Terima kasih, sebab telah bebaskan saya. Dan saya nak minta maaf kepada awak segala salah dan silap saya pada awak. Halalkan makan minum saya selama saya bergelar isteri awak." dengan itu Amanda terus berlalu pergi seraya membawa bagasi miliknya.

Ahmad memicit kepalanya lalu duduk di sofa untuk menangkan diri.

"Maafkan mama sayang. Jaga ayah kamu elok-elok eh. Mama tetap sayang kamu." ucap Amanda memeluk dan mengucup dahi anak terunanya sebelum keluar betul-betul dari rumah itu.

Ahmad berdiri lalu menghampiri anaknya. "Hairul," panggil ayahnya. Air matanya mengalir lagi. Ahmad membawa anaknya itu ke dalam pelukan. "Maafkan ayah." Hairul menangis di bahu ayahnya seraya membalas pelukan ayahnya.

Dua hari yang lalu, Hairul balik daripada sekolah. Petang tu dia bercadang nak membeli alat tulisnya yang sudah habis. Keluar je daripada sebuah Mini Market, dia ternampak ibunya dengan seorang lelaki, yang penting itu bukan ayahnya. Mereka keluar berdua-duaan dan bermesra-mesraan. Tapi, hatinya menidakkan bahawa perempuan itu ialah emaknya. Kerana dia percaya emaknya tak akan berlaku curang kepada ayahnya.

Rupanya-rupanya bisik hatinya betul hari itu. Hairul duduk di tubir katilnya selepas habis sahaja sebahyang isyak. Gambar mereka sekeluarga yang tergantung pada dinding biliknya di tenung. Dia memegang dadanya. Sakitnya hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.

{7}REALITIWhere stories live. Discover now