B A B 2

73 4 0
                                    

HAIRUL berhenti melangkah. Tombol pintu masih di pusing-pusing daripada luar. Tanpa membuang masa Hairul mencapai telefon pintarnya, lalu memanggil nombor ayahnya. Beberapa kali berdering barulah ayahnya menjawab panggilannya.

"Ayah dah balik ke?" Hairul bertnya.

"Belum lagi. Kenapa Hairul? Takkanlah Hairul takut kot tinggal kat rumah seorang diri. Macam tak biasa pulak," balas ayahnya bercampur gurauan.

"Tombol pintu dipusing-pusing dari luar ayah. Hairul ingat ayah dah balik," beritahu Hairul dengan nada yang serius.

"Kamu dah kunci semua pintu dan tingkap?" soal ayahnya dengan nada yang serius juga.

"Dah ayah," ujar Hairul beserta anggukan. Tombol pintu berhenti bergerak seketika. Belum lama selepas itu, 'BANG!!' pintu rumah ditendang dari luar. Hairul tersentak. Jantungnya berdegup laju.

"Hairul! Hairul! bunyi apa tu?" Suara ayahnya yang risau memanggilnya di hujung talian.

"Ayah, dia tendang pintu rumah kita ayah!" ujar Hairul.

"Hairul sembunyi dekat bilik sekarang! tunggu ayah balik!" dengan itu talian pun ditamatkan.

BUNYI gonggongan anjing menyedarkan Hairul daripada mimpinya yang menankutkannya. Dia meraup wajahnya seraya beristighfar dalam hati. Setelah itu dia bangkit daripada sofa dan mematikan suis televisyen. Baru je selangkah masuk ke dalam biliknya, tombol pintu dipusing-pusing dari luar. 'Bukan ke macam mimpi aku tadi?' bisiknya hatinya. Dia dengan laju mencapai batang penyapu bersamanya.

'CLIK' pintu rumah terbuka dan ayahnya muncul dibalik pintu tersebut. Hairul menarik nafas lega. Ayahnya yang meliat Hairul memegang batang penyapu seperti nak memukul seseorang, terkejut.

"Hairul nak pukul ayah ke?" soal ayahnya.

"Mana ada, Hairul waspada je," kata Hairul lalu meletakkan batang penyapu itu di tempatnya semula.

"Waspada ke takut?" usik Ahmad seraya tertawa kecil.

"Siapa suruh ayah beli rumah tempat sunyi macam ni. Mestilah Hairul terfikir benda-benda karut tu," balas Hairul. 

"Yelah..yelah, pergilah masuk tidur esok nak sekolahkan."ujar ayahnya. Hairul mengangguk. Setelah mengucapkan selamat malam kepada ayahnya Hairul terus masuk tidur.

'TING!' pesanan masuk. Hairul melihat. Nama mamanya tertera pada skrin hadapnnyanya. Tanpa membuka dan membalasnya, Hairul memasukkan kembali telefonnya ke bawah laci meja. Dia menyambung mengerjakan latihan sastera morden yang Cikgu Haliza berikan mereka tadi. Azif yang berada disebelahnya terintai-intai. Hairul hanya membiarkan, menunggu sehingga Azif membuka mulut.

"Aku nak tanya sesuatu boleh?" Akhirnya Azif membuka mulutnya untuk bertanya. Izzy yang berada di meja sebelah memasang telinga. Hairul mengagguk sambil tangannya masih sibuk mengerjakan tugas.

"Sebelum ni kau tinggal kat mana?"

"Bangsar."

"Oh...jadi sebab apa kau pindah ke sini?"

"Ayah aku kerja kat sini."

"Oh," Belum sempat Azif bertanya lebih lanjut Cikgu Haliza menegurnya agar berhenti mengganggu Hairul dan menyuruhnya untuk menyiapkan latihan yang diberikan. Azif pun akur sahaja. Izzy dan Nessa yang berada di meja sebelah hanya tertawa. Azif memberikan jelingan kepada kawan-kawannya itu.

Hairul memilih untuk menikmati makanan tengah harinya di kantin sekolah. Pada awalnya dia hanya seorang. Beberapa minit berlalu Azif dan dua orang kawannya menghampiri meja tempatnya makan lalu duduk semeja bersamanya.

{7}REALITIWhere stories live. Discover now