BAB 8

4 1 0
                                    

     MEREKA, Hairul dan tiga orang sahabatnya sedang belajar di meja bulat yang agak besar di halaman rumah Hairul. Semalam mereka berjanji hendak belajar berkumpulan di rumah Hairul.

"Awak tak seram ke tinggal kat sini sorang-sorang?" Nessa bertanya kepada Hairul yang berada di hadapannya.

"Meremang jugaklah di buatnya. Tapi...bak kata ayah aku kita lelaki kenalah berani kan diri," Hairul menjawab sambil menandakan sesuatu pada buku rujukan Pengajian Amnya.

"Walupun dah seminggu aku duduk dekat rumah dia ni. Aku tak ada rasa apa-apa pun," kata Izzy.

"Habis siapa yang mintak teman pergi tandas setiap malam tu agaknya?" Azif menyindir Izzy yang tampak berlagak berani itu.

"Ceh! Ingatkan berani sangat!" balas Nessa kemudian ketawa.

"Nasib baiklah seminggu je. Lepas ni pandai-pandailah kau hidup," ujar Azif seraya menepuk bahu Hairul.

"Aku tahu lah!" Hairul menyahut.

"Hairul," Nessa memanggil.

Hairul angkat kepalanya untuk memandang Nessa. "Apa dia?" soalnya.

"Kenapa saya tengok awak nampak serabut sangat belakangan ni? Awak banyak mengelamun. Apa yang mengganggu fikiran awak sebenarnya?" tanya Nessa.

Hairul menghela nafas berat. "Macam yang saya cakap sebelum ni. Saya macam diekori dan diperhatikan oleh seseorang," beritahunya.

"Secret admire kau kot..." Azif mengusik.

"Takkanlah sampai melibatkan kes pembunuhan Fitri," pantas sahaja Hairul menjawab sambil memandang Azif tepat pada mata. Pandangan tersebut membuatkan Azif sedikit cuak.

"Ehem! Kalau ye pun...tak payahlah pandang aku macam tu sekali," katanya.

"Boleh ke kau bertenang kalau kau rasa keselamatan kau terancam? Boleh ke?" Hairul bertanya masih memandang Azif.

"Memang tak lah," Azif menjawab dengan nada yang sedikit gementar.

"Tahu pun," kata Hairul. "Cepatlah kita habiskan topik ni. Lagipun, hari dah nak senja. Korang baliklah sebelum hari bertukar menjadi gelap." Hairul berpesan sambil menunjukkan riak wajah yang datar.

Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.

.....


   HAIRUL meneguk air setelah menghabiskan sarapannya. Mata menangkap gunting yang tergantung pada dinding berhampiran sinki. Dia kemudiannya menghampiri lalu mencapai gunting tersebut. Dia pandang gunting itu lama sebelum memasukkannya ke dalam baju sekolah lengan panjangnya.

Dia pun terus melangkah meninggalkan kawasan rumah mereka.

Sampai ke sekolah, Hairul meneruskan langkahnya menuju ke kelasnya. Dalam perjalanan ke kelas itu dia melihat Jordan berjalan dihadapannya seperti orang yang ketakutan. Hairul pelik.

BUK!

Jordan terjatuh pada lantai sekolah. Hairul jugak terkejut akan hal itu. Baru sekejap tadi dia melihat Jordan tanpa sengaja melanggar seorang murid.

"Dah kenapa dengan buddy si Fitri ni?" Dia bermonolog.

Pada ketika itu jugak mata mereka bertembung.

Seperti orang dikejar sesuatu yang mengancam nyawa, Jordan merangkak menuju ke arah Hairul lalu memeluk kedua-dua belah kaki Hairul.

{7}REALITIWhere stories live. Discover now