B A B 3

63 3 0
                                    

HAIRUL dan Nessa berjalan berdua menuju ke bilik guru untuk menghantar tugasan Pengajian Am yang diberikan oleh Cikgu Jamal sebelum rehat tadi. Selepas menghantar, mereka terus kembali ke kelas. Sepanjang perjalanan menuju ke kelas, Hairul dapat merasakan ada seseorang yang memerhatikan dirinya dari arah belakang. Apabila rasa ingin tahunya memuncak naik. Dia terus menoleh ke belakang. Tapi tiada siapa-siapa pun di situ.

"Kenapa Hairul?" soal Nessa yang perasan akan ketidakselesaan Hairul. Hairul pandang Nessa di sebelahnya lalu menggeleng.

"Tak ada apa. Jom." Mereka pun meneruskan langkah menuju ke kelas.

Habis je waktu persekolahan, seperti biasa Hairul terus balik ke rumah menggunakan basikalnya. Sampai ke rumah Hairul terus membersihkan dirinya. Sedang dia mengeringkan rambutnya dia baru teringat akan pesanan daripada emaknya. Dia terus mencapai telefonnya.

Dalam mesej tersebut emaknya bertanyakan khabarnya dan ayahnya. Dia pun membalas terus meminta maaf sebab tak membalas mesej emaknya kelmarin. Ibu dan anak itu pun berbalas mesej.

Ketukan pintu dari luar membuatkan jari-jemari Hairul berhenti menari di atas skrin telefonnya. Dia meletakkan telefonnya ke tepi lalu bangkit menuju ke pintu utama. Ketukan itu berlanjutan.  Sampai sahaja dia di depan pintu, ketukan itu berhenti serta-merta. Dengan pantas dia mengunci tingkap dan pintu-pintu yang ada dalam rumah tersebut. Dia kemudian, berjalan laju menuju ke biliknya dan mengunci diri di situ.

Hairul mencapai kembali telefonnya dan terus memanggil nombor ayahnya.

"Ayah, pintu kena ketuk lagi. Hairul seramlah ayah. Ayah lama lagi ke nak balik?" soalnya.

"Pintu dan tingkap dah kunci?"

"Ha'ah,"

"Jangan risaulah, orang-orang sana nak kacau anak teruna ayahlah tu. Kamu tu lelaki. Beranilah sikit," balas ayahnya.

"Hish, ayah ni. Orang cakap betul-betul dia main-main pulak. Dahlah, malas nak layan ayah." Hairul yang geram terus memutuskan panggilan.

Hairul pergi ke aplikasi foodpanda untuk memesan makan malamnya. Perutnya dah mula berkeroncong.

Malam itu Hairul bersendirian lagi. Dia tak tahu bila ayahnya balik. Sebab bangun-bagun je, satu nota melekat pada peti ais. Di dalam nota itu, ayahnya mengingatkan dia untuk bersarapan dan berhati-hati ke sekolah.

"Hairul!" panggil Izzy. Hairul tersedar daripada lamunannya.

"Hah? Err...apa dia?"

"Kau satu team dengan aku," kata Izzy.

"Kita kerja kumpulan ke?" tanya Hairul.

"Ha'ahlah, kau tak dengar ke arahan cikgu tadi?"

"Sorry, aku tak ambil perhatian tadi. Cikgu cakap apa tadi?"

"Cikgu dah bagi kita topik untuk di bentangkan. Kau dan aku satu team," beritahu Izzy.

"Oh...ok jom mula," balas Hairul singkat. Izzy mengerutkan keningnya, pelik dengan sikap Hairul itu.

"Bro, kau ada masalah eh?" pertanyaan Izzy itu hanya disambut dengan gelengan oleh Hairul. Izzy hanya jongket bahu.

Sebaik sahaja waktu rehat bermula, mereka berempat terus menuju ke kantin. Dapat sahaja tempat duduk, Nessa terus memulakan perbualan.

"Hairul kenapa awak lain macam hari ni?" tanyanya.

Hairul tidak menyahut. Dia hanya mengunyah makanan yang dibelinya tadi. Dia tersedar apabila Azif yang berada di sebelahnya menyikunya.

{7}REALITIWhere stories live. Discover now