BAB 5

30 4 0
                                    

Ring! Ring!

Loceng pertama berbunyi. Cikgu Zahirah masuk ke dalam kelas dengan wajah yang agak tegang. Dia dengan sengaja menghempaskan buku-buku yang dibawanya di atas meja guru, lalu memandang anak-anak muridnya dengan pandangan yang geram dan marah yang ditahan.

"Apa dah jadi? Kamu semua tahu tak apa yang jadi semalam?" dia bertanya.

"Apa yang jadi cikgu?" Nessa memberanikan diri untuk bertanya.

"Kawan kamu, Hairul masuk wad semalam!" beritahunya.

"Hah?! Semalam sebelum balik okay je dia. Kenapa pulak tiba-tiba masuk wad pulak?" Izzy bersuara setelah Nessa.

"Hairul kena belasah semalam, ada ke sesiapa yang nampak? Boleh jadi saksi?" kata Cikgu Zahirah lagi. Semua yang hadir hari itu hanya menggeleng kecuali seorang. “Xiao Ning, kamu tahu siapa pelakunya?” tanya Cikgu Zahirah.

Xiao Ning mengagguk tanda mengiakan. “Budak kelas sebelah, Fitri, Jordan, Ehsan dan Kumar.” jawabnya singkat.

Semua terkejut.

“Budak-budak nakal tu lagi. Haih! Kamu tau tak ayah Hairul tu seorang polis?” ujar Cikgu Zahirah.

“Habislah mereka.” Kata salah seorang dari mereka.

Petang,

Hairul tengah bermain telefonnya, tiba-tiba pintu biliknya dibuka dari luar. Dia pun duduk manalah tau ada jururawat nak jalankan tugas mereka. Bibirnya melengkung ke atas setelah melihat kawan-kawannya yang datang.

“Eh korang!” sapanya dengan gembira.

“Yo bro! Apa khabar kau? Dah okay ke?” tanya Azif.

“Sakit lagi. Tapi aku dapat tahan,” jawab Hairul bersahaja.

“Ceh! Gentleman eh depan Nessa?” Izzy pulak menyakat.

“Mana ada!”

“Bila awak boleh keluar?” Nessa pulak bertanya.

“Seminggu dari sekarang,” jawab Hairul.

“Lamanya! Kau nak berkhemah ke apa kat sini ni?” kata Azif. Tak fasal-fasal kena luku oleh Izzy. “Sakitlah!” bentaknya.

“Ada ke orang dekat hospital nak berkhemah? Cuba kau fikir logik sikit!” balas Izzy.

“Orang cuba nak hiburkan suasana lah!” Azif membalas lalu menjeling.

“Nah, saya ada bawak nota semua subjek untuk awak. Supaya awak tak ketinggalan pelajaran sangat,” Nessa menghulurkan buku nota miliknya kepada Hairul.

Hairul menybutnya lalu berkata. “Terima kasih.”

“Sama-sama.” jawab Nessa seraya tersenyum.

Mereka pun bercerita mengenai guru kelas mereka marah tadi. Hairul juga tidak mahu ketinggalan untuk menceritakan bagaimana dia boleh berakhir di hospital. Syok sangat bercerita, sampai mereka tak perasan hari dah nak senja.

“Terima kasih tau sudi lawat aku,” ucap Hairul.

“Sama-sama, sikit punya hal. Lain kali kitaorang jenguk kau lagi. Cepat-cepat sembuh tau!” Azif menjawab.

“Okay, hati-hati tau korang balik tu.” Hairul berpesan.

Noted!” jawab mereka bertiga.

“Kitaorang balik dulu, bye!” Nessa berpamitan.

“Bye.” sahut Hairul sambil tersenyum.

Hairul kembali bersendirian. Dia berasa bosan dan kembali bermain telefonnya. Tak lama selepas itu, seorang jururawat pun masuk.

“Masa untuk sapu ubat,” ujar jururawat itu.

Hairul pun menaikkan bajunya seperti biasa lalu menyambung bermain dengan telefonnya. Tapi, dia merasakan jururawat itu pelik sikit, kerana lambat-lambat menyapu ubat pada lukanya. Seperti mengambil kesempatan pun ada. Hairul berdehem sekejap. Barulah jururawat itu mempercepatkan tugasannya. Selesai sahaja dia terus keluar tanpa mengatakan apa-apa.

“Kenapa dengan nurse tu?” dia bermonolog sendiri. “Agak-agaklah kalau nak ambil kesempatan pun. Haih geli aku!” katanya lagi.



Terima kasih


BERSAMBUNG

{7}REALITIWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu