BAB 9

4 1 0
                                    

     JORDAN berjalan dengan tergesa-gesa menuju ke kelasnya. Kelasnya yang riuh tidak dihiraukan. Dia terus sahaja duduk di mejanya dengan keadaan yang resah dan ketakutan. Ada diantara rakan-rakan sekelasnya yang perasaan akan hal itu hanya melihat dengan pandangan yang pelik.

Jordan mencapai botol airnya dan meneguknya dengan rakus sehingga air yang di minumnya itu jatuh berjuraian ke dagunya.

"Dah kenapa dengab si Jordan tu?" bisik salah seorang rakan sekelasnya.

"Entah." jawab rakannya yang lain.

Jordan meletakkan botol airnya di atas meja seraya memegang dadanya yang tiba-tiba sakit. Tak lama kemudian, dia terbatuk dan mengeluarkan cairan merah pekat.

"ARGHHHH!!!" beberapa rakan perempuan sekelasnya menjerit seperti orang terkena histeria.

Jordan kaku melihat darahnya sendiri sebelum rebah ke lantai. Semakin riuhlah kelas itu dengan jeritan perempuan.

•••••

     BEBERAPA kepingan gambar disorongkan di hadapan Hairul yang berada di bilik siasatan. Hairul memandang gambar-gambar itu dengan senyap.

"Kamu ke yang bunuh mereka?" soal anggota polis yang bernama Zura itu.

Hairul angkat wajahnya dan memandang anggota polis itu sebelum berkata. "Saya tak ada motif nak bunuh mereka," jawabnya.

Anggota polis itu tertawa sinis. "Habis ni apa?" soalnya seraya memainkan perakam suara di telefonnya.

"Betul encik. Saya yang menyaksikan sendiri bahawa dua mangsa itu terlibat dalam kes buli terhadap budak tu." - Pak Cik Sekuriti.

"Kamu nak balas dendam ke apa ni?" tanya anggota polis itu lagi.

"Tak. Saya tak ada simpan dendam pun dengan mereka," jawab Hairul lagi.

"Jadi gunting yang berada dalam lengan baju kamu tu kenapa?" tanyanya lagi.

Hairul menghela nafas berat.

"Saya nak lindungi diri saya," balasnya singkat.

Anggota polis itu memandang Hairul tepat pada matanya. Begitu jugak Hairul.

Gambar yang mempamerkan seseorang yang mengugut Jordan dengan gunting disorongkan ke hadapan Hairul.

"Adakah itu kamu?" soalnya lagi.

Hairul menggelengkan kepalanya. Anggota polis itu menghempaskan keluhan.

Ahmad yang memerhatikan tindak-tanduk anaknya dari bilik sebelah sambil berpeluk tubuh.

"Macam mana Tuan?" Reza, anggota polis yang bekerja di bawahnya bertanya.

"Bukti tak kukuh. Kita terpaksa lepaskan dia dan cari bukti yang lebih kukuh supaya kita boleh sabitkan kesalahan kepada dia," balas Ahmad dengan nada yang tegas.

"Tuan tak apa ke?" Reza bertanya lagi.

"Undang-undang tetap undang-undang Reza. Walaupun aku ayah dia, keamanan negara ni tetap menjadi tanggungjawab kita." ujarnya lagi. Dengan itu, dia terus berlalu pergi dari situ.

{7}REALITIWhere stories live. Discover now