BAB 4

36 4 0
                                    

"𝘈𝘮𝘪𝘳𝘶𝘭...𝘈𝘮𝘪𝘳𝘶𝘭...𝘈𝘮𝘪𝘳𝘶𝘭 𝘴𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨...𝘣𝘢𝘯𝘨𝘶𝘯𝘭𝘢𝘩..."

MATA Hairul terbuka luas. Jantungnya berdetak laju. Dadanya berombak kencang. Mata masih tepat memandang siling yang berwarna putih.

"Eh! Kamu dah bangun. Kejap saya panggilkan doktor." Seorang perempuan yang memakai pakaian serba putih berkata, dia kemudiannya terus bergegas keluar daripada tempat itu untuk mencari doktor.

Hairul yang masih sedikit mamai meliarkan matanya untuk mengenal pasti dia berada di mana sekarang. "Apa yang dah jadi?" dia bermonolog. Dia mengangkat kedua-dua belah tangannya di hadapan wajahnya. Selepas itu, baru dia perasan yang dia berada di hospital kerana melihat terdapat tiub jernih yang bersambung pada belakang tangan kirinya.

"Jadi...perempuan tadi tu nurse?" dia bermonolog lagi.

Tak lama kemudian seorang lelaki yang berkot panjang dan berwarna putih bersana nurse tadi masuk ke ruangan dia di tempatkan.

Setelah selesai memeriksanya, doktor lelaki itu pun bersuara. "Ada rasa sakit kat mana-mana?" tanyanya dengan ramah. Hairul menggerakkan badannya. Keningnya sedikit berkerut kerana merasakan sakit pada bahagian abdomennya. Dia memegang di bahagian perutnya.

"Biar saya tengok," doktor itu meminta izin untuk menyelak baju rumah sakit yang dikenakan oleh Hairul. Hairul pulak hanya menurut. "Kesan lebam ni, mungkin akan sembuh dalam seminggu. Jadi, kamu akan di tahan dalam dua hari lagi di sini," beritahu dokter itu sambil menutup kembali bahgian abdomen Hairul yang terdedah tadi.

"Baiklah," jawabnya sepatah.

"Kalau tak keberatan, saya nak tanya dari mana kamu dapat lebam ni? Kamu mangsa dera ke?" soal doktor itu. Hairul mendiamkan diri dan hanya memandang tepat pada anak mata doktor tersebut.
"Ehem! Kalau kamu tak nak cakap takpe. Saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa yang kamu nak, kamu boleh panggil nurse yang bertugas." Katanya lagi.

"Ok, terima kasih." Hairul membalas sepatah. Selajur itu jugaklah doktor dan nurse itu keluar. Hairul menghela nafas panjang.

Di luar wad.

"Aira, kamu tak pelik ke dengan budak tu? Tentangan mata dia tu macam pelik sikit," doktor lelaki menyoal.

"Ha'ahlah doktor. Saya sendiri pun seram tengok." nurse yang bernama Aira itu menyokong.

🅡🅔🅐🅛🅘🅣🅘

AHMAD menghidupkan ejin keretanya dalam keadaan yang bergegas. Semasa mesyuarat tadi, dia menerima panggilan daripada hospital yang memaklumkan kepadanya bahawa anaknya sudah sedarkan diri. Tanpa meminta izin dan diri, dia terus bangun daripada tempat duduknya lalu meninggalkan bilik mesyuarat dengan langkah yang besar.

Semasa dalam perjalanan, Ahmad cuba menelefon anaknya beberapa kali. Tapi tidak di angkat. Akhirnya dia menyerah lalu menekan pedal minyak, supaya dia cepat sampai ke hospital untuk bertemu anaknya.

BUZZZ~
BUZZZ~
BUZZZ~

Telefon milik Hairul bergetar tanda ada yang menelefonnya. Tapi Hairul tiada di dalam ruangan tersebut, kerana baru sahaja dia melangkahkan kaki keluar daripada wadnya untuk pergi ke bilik mandi.

Selepas sepuluh minit, Hairul kembali ke dalam wadnya dengan rambut yang basah. Dia merasa segar setelah mandi tadi. Dia menghampiri katilnya. Keningnya berkerut seketika.

"Siapa yang hantar makanan ni? Ayah ke?" Dia menyoal dirinya sendiri. Tanpa berfikir panjang dia terus menjamu makanan itu setelah membaca doa sebelum makan.

Habis je makan dia duduk menyandar di kepala katil sambil bermain smartphone miliknya. 4 minit setelah itu, pintu wadnya dibuka dari luar. Hairul angkat kepala. Wajah ayahnya terpacul sambil menjinjing plastik berwarna merah jambu masuk ke dalam wadnya.

"Hairul apa cerita ni? Kenapa sampai masuk hospital ni?" tanya ayahnya dengan nada yang cemas. Ayahnya terus memeriksa badan anaknya terdapat kesan lebam pada lengan anaknya.

"Hairul kena pukul ayah," jawabnya malas.

"Siapa yang pukul Hairul? Bagitau ayah, ayah boleh jalankan tidakan sepatutnya," balas Ahmad, menunjukkan emosinya.

"Tak payahlah ayah, lagipun Hairul pun salah dalam hal ni," ujarnya memandang wajah ayahnya.

"Maksudnya?"

"Hairul yang cabar mereka," Hairul tunduk lalu bermain dengan kain selimut yang menutupi kakinya.

"Kenapa Hairul? Hairul buat ayah susah hati. Nasib la tak ada apa-apa yang teruk," kata ayahnya. "Nah! Ayah ada bawak makanan kegemaran Hairul. Makan la sebelum sejuk nanti tak sedap pulak," Encik Ahmad menghulurkan plastik yang dibawa bersamanya tadi.

Hairul mengerutkan keningnya. "Aik, bukan ayah ke yang hantar makanan tu tadi?" Hairul bertanya. Encik Ahmad buat muka pelik.

"Bila masa pulak ayah hantar makanan ke sini. Ayah baru je sampai ni," jawab Encik Ahmad. Jawapan ayahnya itu membuatkan Hairul berasa hairan.

"Habis, siapa yang letak makanan dekat katil Hairul tadi?" tanyanya.






Terima kasih

BERSAMBUNG




{7}REALITIWhere stories live. Discover now