PART 36

229 11 1
                                    

Sebaik sahaja makan malam habis semua keluarga izz pergi ke ruang tamu hanya tinggal merlina sahaja di dapur untuk mengemas dapur selepas makan. Izz pula sudah tegah dari awal supaya tidak payah mengemas dapur kerana sepupu perempuan yang lain akan mengemas tetapi merlina tetap merlina keras kepala.

Manakala mereka semua sudah ke ruang tamu untuk berbual bual. Malam ini agak meriah kerana semua adik beradik dato izz malik berkumpul di rumah Puan Sri Rosmidah.

"Ni izz macam mana kahwin okey ke tak rumah tangga kamu tu?" soal makcik zakiah adik bongsu kepada dato izz malik.Izz pula sudah mengangguk

"Bagus lah macam tu maklang doakan kamu dengan isteri kamu tu berkekalan sampai ke anak cucu"Kata maklang sambil tersenyum

" Alah ye ye lah tu bahagia entah entah belakang kita curang kita mana tahu kan? lagi pun izz kamu ni kenapa boleg terfikir nak beristerikan perempuan macam tu?" bidas makngah.Elly pula sudah tersenyum bahagia.

"Kamu ni lah zainab apa masalah kamu nak cari gaduh? kamu kalau tak boleh nak doakan yang baik baik tak payah nak memfitnah orang.Anak kamu si elly ni pun bukan nya baik sangat"Bidas  Puan Sri Rosmidah terdiam terus elly..Tiba tiba merlina naik ke ruang tamu dengan setalam air kopi

"Jemput minum semua minta maaf kemas dapur tadi lama " kata merlina sambil menghidang air kopi di atas meja tersebut.

" Bagus isteri izz untung izz dapat isteri baik macam ni , mesti izz senang kan?" kata kata maklang membuatkan merlina senyum tersipu malu.Diambil tempat duduk di sisi izz.

"Mesti lah senang kiah merlina ni sopan orangnya izz memang untung dapat merlina ni."balas datin marina sambil tersenyum ke arah merlina. Merlina pula sudah menyorokkan muka nye dibelakang izz

"Merlina ni memang cantik maklang pandai rajin kira orang kata full lah pakage dia. Memang lah izz untung dapat dia."kata izz bangga kerana mendapat isteri seperti merlina.

"Dah lah orang balik dulu. duduk sini lama lama makin panas pulak" kata makngah secara tiba tiba. Dibangun dari duduknya dicapai beg tangannya lalu keluar dari pada rumah itu diikuti oleh Elly.Elly pula menjeling tajam merlina.manakala merlina hanya tersenyum

"Fine kau nak main api dengan aku.Kau silap orang kau nak lawan elly"kata merlina di dalam hati terbit senyuman sinis di bibirnya.

Kini ruang tamu tersebut penuh dengan gelak tawa mereka di malam hari.

Di atas meja dipenuhi fail fail projek yang harus diteliti. Satu persatu fail diteliti oleh mikhail. Nafas dihela berat. Ditanggalkan tali lehernya.Lengan bajunya disingsing.

Serabut ya itu yang mikhail rasakan banyak benda yang perlu dia fikirkan. Dipicit kepalanya . Tiba tiba suara mama memenuhi ruang pemikirannya

"Sampai bila mikhail nak macam ni? asyik kerja kerja kerja tak ada masa langsung untuk cari isteri. Ingat mikhail kamu tu makin tua bukan muda lagipun kalau kamu tak ada pewaris siapa nak urus syarikat kamu nanti? tell me"kata mama memenuhi minda mikhail

"Ye tak ye jugak kata mama sampai bila aku nak macam ni..ahh aku ni dah kenapa kesitu."ditampar berkali kali pipinya.

Dikemas semua fail fail di atas mejanya supaya tersusun kemas.Kini masa dia untuk kembali ke Kondo nya.Sudah lama dia tidak kembali ke kondonya itu.

"Izz aku nak tanya something lah"kata merlina kepada izz yang sedang menghadap telefon bimbitnya itu.

"hmm apa dia?"soal izz tidak endah.Merlina pula sudah menjelingnya.

"Ish izz pandang lah sini letak dulu telefon tu isteri kau ni penting lagi"kata merlina lalu mengambil telefon bimbit izz dipegang muka izz menghadapnya..

"Ha ye lah apa dia yang nak ditanyekan merlina sayang oi"kata izz membuatkan merlina tersenyum malu.Izz pula sudah menggeleng kan kepalanya

"Tadi masa aku dekat dapur aku dengar makngah ada cakap pasal aku ke?"kata merlina membuatkan izz tersenyum.Dipegang muka milik merlina

"Merlina dengar sini makngah mulut dia memang puaka sikit jadi aku harap kau jangan ambil hati.Lagi pun aku pun selalu kene sembur dengan makngah tu"Kata izz membuatkan merlina terdiam

"Diaorang memang tak suka dengan aku ke izz? aku pembawa masalah ke dalam family kau?"soal merlina air mata nya sudah mengalir di tubir mata

"Ish kenapa kau cakap macam tu? Listen merlina kau tak pernah bawa masalah dalam family ni tapi kau lah yang bawa cahaya dalam keluarga ni. Dengar merlina biar lah orang nak cakap apa pun tapi aku nak kau percaya dengan aku cukup lah merlina" Pinta izz sambil mengesat air mata isterinya itu

"Dah jangan nangis lah tak cantik kau nanti dah sekarang ni dah malam tidur esok kene bangun awal kau kata nak pergi dusun nenda kan.Nenda pun memang suruh kau ikut esok" Kata Izz kepada merlina. Merlina pula sudah mengangguk.Tidak lama kemudian mereka berdua terlena

Seusai sahaja mandi mikhail terus pergi menaiki  katilnya itu.Termenung seketika dirinya.Tiba tiba kucing miliknya melompat menaiki katilnya..

"Hai anak daddy long time not see you"katanya sambil mencium kucing kesayangannya itu.

Meow

"muro rasa daddy kene kawin ke muro?"soal mikhail kepada kucingnya itu.

"Ahh daddy malas lah muro nanti mesti daddy ahh i don't know lah muro..muro tolong lah daddy"kata mikhail sambil membelai kucing nya itu

Meow

Malas hendak berfikir mikhail terus terlena akibat terlalu penat.

TBC

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now