PART 50

162 9 2
                                    

Merlina mencelikkan kelopak matanya. Benda pertama yang dia nampak adalah siling berwarna putih. Kepalanya yang berdenyut di pegang. Satu persatu kejadian yang menimpanya diimbas kembali.

Air matanya mula gugur kembali membasahi pipi mulus miliknya. Terasa dirinya dipergunakan oleh suaminya sendiri. Sudah masuk dua kali seorang suami mengambil kesempatan keatas dirinya tanpa kerelaannya.Jam disebelahnya dipandang 12.00 malam

Dipandang ke sebelah.

Kosong

Izz tiada?.

Dibangun dari katil itu perlahan lahan. Terasa sakit yang menyucuk di kewanitaanya itu tidak diperdulikan. Digagahkan diri untuk menuju ke bilik air.

Seusai sahaja membersihkan diri merlina terus turun menuruni tangga untuk menuju ke dapur. Diperhati setiap sudut rumah itu lalu mengukir senyuman yang pahit. Jika dulu rumah ini adalah rumah yang penuh dengan gelak tawa, gurau senda izz dan bahagia dia bersama izz.. Namun kini.. Rumah ini ibarat neraka dan penjara baginya.

"Kau kene pergi dari sini merlina.. Demi diri kau dan anak kau... " Kata suara hatinya sendiri. Perutnya diusap usap. Dia benci dengan suasana yang begini.

Lari?

Itu yang berada di fikirannya tika ini. Itu sahaja jalan yang paling bernas dan terbaik untuk keliar dari penjara ini.

"Bagi tau aku apa yang kau nak dari aku? " Soal Izz dingin. Manusia yang berada di hadapannya itu ditatap dengan tatapan yang tajam.

"Bukan aku... tapi 'Dia'.. "Kata lelaki itu dengan lemah.. Dia sudah tidak berdaya hendak mengeluarkan kata kata. Kesan lebam dan darah yang mengalir di mulutnya membuatkan dia susah dan tidak berdaya meneruskan kata kata.

"Siapa dia? "Soal Izz lagi. Kali ini tatapannya semakin tajam. Leher lelaki itu dicengkam. Namun lelaki itu menggelengkan kepalanya. Izz terus mengambil pisau belati lalu menusuk peha lelaki itu yang sedia rabak yang di robek oleh Izz itu. Darah kembali keluar membuak buak memenuhi lantai bilik itu.

"CAKAP SIAPA YANG HANTAR KAU?! "Suara miliknya sudah meninggi. Lelaki itu masih lagi dengan pendiriannya.

"Aku tak akan bagi tahu.. tapi... aku ada pesanan nak bagi tahu kau.. " Kening milik berjongket.

"Jaga isteri kau baik baik..."Ujar lelaki itu sebelum nafas miliknya terhenti. Izz terkedu seketika. Cengkaman di kolar baju lelaki itu dilepaskan kasar dan penuh kesal.

"Bersihkan ni macam biasa."Pesan Izz kepala Carlos anak buahnya. Carlos seorang lelaki yang berumur sama seperti Izz. Namun Izz adalah ketuanya. Hormat tetap nombor 1.

"Baik."Ujar Karlos.

Merlina memulas tombol pintu muka hadapan rumah itu tidak boleh.

Kunci

"Ahh Kenapa kunci pulak ni?!. Selama ni elok je tak terkunci!!. " Marah merlina. Kakinya menyepak pintu besar berwarna coklat itu. Tiba tiba matanya tertacap pada dapur. Bibirnya mula mengukir senyuman sinis.

Pintu Belakang

Tangan kecil miliknya cuba menarik pintu belakang tersebut . Dan yes..

Terbuka.

Terus dia keluar perlahan lahan dari pintu belakang. Seperti pencuri pun ada sekarang rupa dia!.Mata milik merlina tertacap pada setiap penjuru rumah.Terbeliak besar matanya.

Bodyguard?!

Seriously?!

Sejak bila rumah ni ada bodyguard?! Paling gerun siap bersenjata lagi?!

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now