Part 39

100 6 0
                                    

Hari ni dimana Merlina akan meninggalkan cara hidup kampungnya. Bermakna hari ini dia akan pulang ke Kuala Lumpur bersama Izz. Berat hati nya hendak meninggal Puan Sri Rosmidah.

"Barang semua dah packing ke Merlina?." soal Puan Sri Rosmidah. Merlina mengangguk menandakan sudah siap mengemas semua barang nya dan Izz untuk pulang ke Kuala Lumpur.

"Merlina nak mandi sekejap ya nenda."

"Ha pergi la " pesan nenda dibalas anggukan oleh merlina. Oleh kerana bilik air di luar rumah terpaksa merlina turun dari tangga rumah untuk ke bilik air.Baru sahaja tangan ingin membuka pintu bilik air itu. Pintu bilik air itu terlebih dahulu terbuka dari dalam.

"Nak mandi ke?"soal Izz yang baru sahaja selesai dari mandinya itu.Merlina pula sudah menejeling izz. Ada sahaja mamat ni .

" Tak lah nak masak ni."Terus terletus gelak Izz .

"Tepi lah nak masuk mandi ni! Nanti jalan jem pulak."kata merlina.

"Jom mandi sama sama"kata kata izz membuatkan mata merlina terbeliak.Mulut izz ditekup.Muka milik merlina bertukar berbahang

"Jangan nak merapu izz dah tepi aku nak mandi lah!"Kata merlina.lalu meloloskan diri masuk ke dalam bilik air. Izz di luar sudah bantai gelak.Merlina pula sudah menutup muka di dalam bilik air itu.

"Mikhail dengar Merlina balik hari ni betul ke mama?"soal mikhail sambil mengambil sandwich yang sudah dibuat oleh Datin Aminah itu.Datin Aminah yang sedang membancuh air itu memandang anak terunanya itu.

"Iye,hari itu Izz ada call mama katanya balik hari ni sebab cuti sekolah dia orang dah habis.Nanti dah mula balik sekolah diaorang."Kata datin aminah.Mikhail hanya membalas anggukkannya.

"Dia orang tak nak datang sini ke?"Soal mikhail.Tiba tiba datin aminah teringat akan sesuatu.

"Hari tu Izz ada bagi tahu kalau ada masa dia bawak merlina balik sini."kata datin aminah

"Oh bagus lah tu"balas Mikhail.

"Okey lah nenda Kami balik dulu tau.nanti ada masa kitaorang balik lagi"kata Izz lalu menyalam tangan nenda lalu mencium pipi tua milik Puan Sri Rosmidah itu.

"Merlina balik dulu Nenda.Nenda halalkan makan minum selama merlina balik sini.Terima kasih bagi nasihat betulkan apa yang salah merlina buat,ajar merlina apa yang merlina tak tahu sampai tahu. You're the best ever Nenda!"Kata merlina panjang lebar lalu memeluk nenda erat. Nenda pula membalas pelukkan tersebut dengan erat.

"Nenda memang halalkan makan minum kamu merlina.Datang je pintu rumah nenda memang sentiasa terbuka untuk kamu berdua ni.Ingat apa pesan nenda tau. Nenda halalkan semua ilmu yang nenda turunkan dekat kamu"balas nenda kepada merlina. Merlina pula sudah mengangguk angguk.

"Ni jangan sedih sedih nanti nenda turun KL kita party dekat KL amacam cun?"kata kata nenda membuatkan merlina tergelak.

"Boleh nenda! merlina tunggu nenda!"balas merlina semangat.

"Merlina dah ke?! nanti jem"Panggil Izz dari dalam kereta.

"Ha pergi lah Izz dah panggil.Ha ni lagi satu nenda nak pesan."kata nenda membuatkan merlina mengangkat kening

"Apa dia tu nenda?"soal merlina

"Nanti merlina balik sini dengan izz mesti dah ade cucu untuk nenda ya"kata kata nenda membuatkan muka merlina membahang.

"Insyaallah nenda hahaha"kata merlina membuatkan nenda tersenyum.

"Okey nenda merlina balik duly bye assalammualaikum nenda!"kata merlina lalu memasuki kereta BMW milik Izz itu.

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now