PART 42

128 10 0
                                    

Dato izz malik yang sedang menghirup kopi yang dibuat oleh datin marina dipandang.Dato Izz Malik yang perasan akan pandangan isterinya itu mengangkat kening.Sudah kenapa isterinya ini tersenyum tiba tiba.

"Awak ni dah kenapa tersenyum tiba tiba?"soal dato izz malik.Datin marina pula sudah menggeleng kepala namun,senyuman nya masih lagi terukir.

"Tak ada lah abang saya cuma Happy lah.."Kata datin marina lagi.

"Apa yang awak happy kan?"soal dato izz malik.Datin marina pula sudah berdecit.

"Ye lah abang tengok lah anak kita dengan menantu kita masa dekat rumah mak hari tu.Bahagia betul diaorang.Hubungan diaorang berdua pun makin rapat saya tengok.Sebagai mama of course i'm happy .."Kata datin marina lagi.Dato Izz Malik pula sudah menggelengkan kepalanya sambil bibirnya tersenyum. Ya dia perasan akan hubungan Anaknya seorang itu dengan menantunya itu semakin rapat dan baik.

"Bagus lah tu.Allah makbulkan doa kita yang anak kita lembut hati terima merlina tu as wife dia. Lagi pun dekat setahun kot diaorang kahwin tipu lah kalau antara diaorang berdua tu tak ade timbul perasaan sayang tak pun cinta?.Lagi lagi anak awak tu kan miang sikit."Kata Dato Izz Malik.Di akhir ayatnya dia menghamburkan tawa kecil.Datin Marina pula sudah menggelengkan kepalanya.

"Ikut Abang lah kan?"Kata Datin Marina lalu tergelak kecil.

"Ye lah abang parents mana je tak bahagia tengok anak diaorang happy , am i right?" Kata Datin Marina mendapat anggukkan daripada Dato Izz Malik.Dia sungguh bersyukur ke hadrat illahi kerana dapat melihat anaknya bahagia di depan matanya.Namun mereka tidak tahu apa yang berlaku antara suami isterinya itu.

"Merlina dengar dulu apa yang aku nak cakap ni!"Kata syaziq sambil berusaha meraih tangan merlina.Sikit sikit nak pegang ni lagi membuatkan dirinya benci akan lelaki bernama Muhd Syaziq Aiman.

"Kau nak apa lagi ni ?! kau tak faham bahasa lagi ke syaziq!? aku dah cakap dekat kau yang aku tak nak ada apa apa lagi hubungan dengan kau ?!"Marah merlina hatinya masih panas apabila teringat akan peristiwa hari itu.Kalau bukan kerana lelaki durjana di hadapannya ini hubungan Izz dan dia pasti dalam keadaan yang baik baik sahaja.

"Aku just nak hubungan kita macam dulu.Kita mula semu-"

PANG

"Kau jangan sesekali ajak aku mula macam dulu.Aku menyesal kenal dengan kau Syaziq!Kau lelaki durjana yang aku pernah jumpa!"Kata merlina lagi sakit hatinya apabila teringat akan masa silamnya.Pipi yang ditampar merlina dipegang.Boleh tahan berbisa tangan gadis dihadapannya ini.

"Aku benci kau Syaziq! sampai mati syaziq!"Kata merlina dengan air mata bertakung di tubir mata lalu pergi meninggalkan syaziq sendirian.

Tibanya dirumah merlina sudah mendengar suara Izz. Dipandang Izz sedang bercakap dengan seseorang di telefon bimbit itu.Nampak sahaja kelibat merlina memasuki rumah terus diletak telefon tersebut

"Awal balik hari ni? selalunya lambat? Oh! Sebab scandel kau tak ada hari ni?" Kata izz sambil tersenyum sinis terhadap merlina.Merlina pula tidak melayan.Kalau melayan pasti mereka bergaduh.Izz yang melihat merlina tidak melayannya mula panas hati.Didekati merlina ditarik merlina sehingga badan mereka dekat sekali.Merlina mula tidak keruan

"Kau tak menggatal ke dengan jantan tu hari ni? Ye la kau ni kan sehari tak menggatal tak sah?"Kata kata Izz.Sengaja dia ingin memancing kemarahan merlina.Merlina hanya tetap diam dia malas mengambil tahu apa apa kepalanya serabut.Sungguh serabut dengan SPM tinggal beberapa minggu sahaja lagi.Izz pula semakin hari semakin menyerabutkan kepalanya.

Mamat syaziq itupun semakin orang jauh semakin dia dekat!.Sudah kepalanya pening dekat sekolah hadap syaziq balqiz lagi fikir SPM lagi balik rumah hadap Izz pula yang melemparkan kata kata hinaan terhadap dirinya.

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now