PART 48

107 9 1
                                    

Syazira yang sedang membelek belek baju dihadapannya itu dipandang. Bebola matanya dinaikkan ke atas. Sudah berbuih mulutnya membebel kepada syazira supaya tidak membeli baju tersebut. Namun Syazira tetap syazira.

"Sudah sudah lah Syazira kita nak terperuk berapa lama lagi dalam kedai ni?. Aku lapar la. " Ujar Merlina. Tangannya naik mengusap perutnya yang kelihatan sedikit besar itu.

"Ala beb rilexlah.. Baru je kita masuk sini tau"Kata Syazira. Matanya dan tangannya masih lagi pada barangan disitu. Rambang matanya melihat barangan disitu.

"Masalahnya... Dah berapa kedai kita masuk ni syazira.. Banyak sangat ni.. baby pun belum keluar lagi.. Tapi kau dah beli banyak sangat baju dia.. "Kata Merlina lagi. Ya, mereka sekarang berada di dalam kedai menempatkan barangan bayi.

"Tak salahkan prepair  awal - awal. Bak kata orang dulu Sediakan payung sebelum hujan, Tak ke gitu merlina?."Balas Syazira dengan selamba. Merlina sudah memeluk tubuhnya.

"Lagi pun merlina.. Buatnya kau nak terberanak pula macam mana?. Jadi aku sebagai aunty yang baik lagikan cantik ni kene sediakan barang awal awal untuk anak buah dia ni.. " Ujar Syazira lagi lalu meninggalkan merlina dibelakang. Merlina sudah terpinga pinga apabila ditinggalkan begitu sahaja. Langkah milik Syazira diikuti juga.

Habis sahaja mereka membeli belah mereka terus menuju ke cafe yang dijanjikan syazira itu. Merlina sedang menghirup air itu dipandang syazira sebelum dia mengumpulkan nafas untuk bertanya kepada merlina.

"Merlina..? "Panggil Syazira. Merlina memandang ke arah syazira.

"Ye kenapa? " Soal Merlina pula.

"Aku nak tanya kau something ni tapi... kau jangan marah yer.. "Kata Syazira dengan nada suara yang serba salah. Merlina sudah mengerutkan dahinya. Tidak lama kemudian dia mengangguk.

"Kau... tak nak balik jumpa family kau ke?... I mean macam.. kau tak rindu diaorang ke?.. Family kau mesti risau kau hilang macam tu je.."Ujar Syazira serba salah.

"Hurmmm aku tak tau lagi.. Aku tak sedia lagi nak hadap family aku.. Nanti mesti diaorang persoalkan pasal aku dengan Izz semua.. Aku tak nak lagi.. Kau faham kan maksud aku.. " Kata Merlina lagi. Air nya itu dikacau kacau menggunakan straw.Syazira mengangguk lalu tersenyum

"Tak apa aku faham.Lagi pun aku yakin.. Dengan situasi kau macam ni.. mesti kau pening nanti..Kau tak salah pun dalam hal ni.. Ada masa nanti insyaallah ada petunjuk untuk kau"Ujar syazira lalu mengenggam tangan milik Merlina untuk menyalur kekuatan untuk sahabatnya itu.

"Merlina... "Panggil seseorang.Terus kepalanya dihadapkan ke belakang..

"Akak Izzarah"Ujar merlina perlahan..

"Akak sihat? " Soal Merlina lembut pada kakak iparnya itu.Sudah lama tidak bersua muka dengan izzarah.

"Alhamdulillah sihat.. Merlina dengan anak buah akak sihat ke? " Soal Izzarah tetapi matanya tertacap pada perut bulat milik merlina itu. Merlina mengusap perutnya itu

"Alhamdulillah merlina dengan baby sihat. "Balas merlina sambil Tersenyum. Tidak sangka hari ini dia berjumpa dengan kakak iparnya ini.

"Mama dengan papa okey ke kakak? " Soal Merlina lagi.

"Alhamdulillah mama sihat...tapi papa.... "Kata kata Izzarah terhenti seketika membuatkan Merlina mengerutkan dahi licin miliknya.

"Papa kenapa akak? " Soal Merlina. Wajah jelita milik izzarah dipandang.

"Papa dekat hospital merlina.. " Terus mati senyuman milik merlina.

"Papa?  Hospital? Kenapa akak?  papa sakit ke? " Soal Merlina lagi. Dia masih lagi tidak dapat menangkap apa yang di sampaikan oleh izzarah. Izzarah menganggukkan kepalanya dengan lemah.

Gangster Hot Suami AkuWhere stories live. Discover now